CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


10 Mei 2011

Moist Chocolate Cake..

Image4527

Assalamualaikum semua..selamat berjumpa lagi di hari Selasa yg indah ini..erm bagaimana ngn rutin seharian anda semua?mak et doakan semuanya berjalan lancar,insyaALLAH..Erm dah lama x berceloteh ..sebenarnya x ada apa yg nak dikongsikan,yealah selepas suami kembali bekerja rasa macam mood nak mengupdate sedikit kurang rajin hehehe..

Macamana ngn hari ibu lepas? tentu seronok kan? mak et n anak2 sambut kat rumah jer,kebetulan adik  n adik ipar mak et datang,jd seronoklah anak2 mak et,riuh rendah rumah sekejap.mak et pun sempat mengekek sebiji kek coklat yg lembut dan sedap..resepi yg dah lama mak et simpan,iyealah resepi kek coklat ni ada berbagai2 bahan2 yg berbeza2 tp koko n coklat masakan adalah bahan utamanya,mak et kutip dari dapur sifu Ah Mat Gebu..memang sedap!

Kek coklat ni berada di  DTS pada 9 Disember 2008..lama kan?puas semalam mak et selongkar satu persatu resepi kek ini,akhirnya jumpa,sebelum ni mak et salin kat kertas je..pas jumpa semalam terus je print masuk buku simpanan kek..senang nak  rujuk dilain kali..

Hanya sempat ambik gambar sepotong tu jer..dah kelam kabut semalam kirim separuh loyang untuk adik n bonda di Jb,harap adik2 n bonda suka,Terima kasih  Sifu atas resepi kek ni dan izinkan mak et C&P untuk dikongsikan bersama pengunjung2 mak et yg lain..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

0 ulasan: