CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


24 Mei 2011

Terima Kasih Cik Ghani..

mak et kutip kat pesbuk Cik Ghani..

Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di hari Selasa..buat masa ni entri memasak x masukkan dulu sebab operasi meroti,mengekek@ memuffin dihentikan sementara waktu sebab Kakak Balqis dalam pantang selepas di tindik,x boleh makan telur..dah seminggu dia tindik  tapi telinga masih sakit,jadi mamanya terpaksa stop dulu aktiviti2 di dapur kecuali masak lauk2 yg simple tanpa telur hehehe..

Mak et nak ucapkan terima kasih kepada adik ipar merangkap pakcik kepada 16 anak saudara,x lama lagi jd 18 yer sebab lagi 2 masih dalam perut heheheh kerana sudi mengepos ole2 untuk anak sedara,ingat jgk kat kami di sini.walaupun mama n papa x dapat ole2 tp 3 puteri dapat tumpang gembira,doa2lah mana tau anak2 sedara yg ramai  ni dapat ikut jejak Cik Ghani belajar sampai Korea @ luar negara,AMIN..

Image4652

Yang ditengah2 tu Dahlia punya beg,kiri n kanan pulak untuk Kakak Balqis n Kakak Insyirah punya bekas pensel..

23 Mei 2011

Hujung Minggu Yang Ceria..

Assalamualaikum semua..semoga semua pengunjung yg sudi singgah dan menjenguk blog mak et sihat hendaknya,mak et sefamili alhamdulilah sihat.Dah lama x berceloteh,agak sibuk melayan 3 puteri dan kebetulan Jumaat lepas suami balik,jadi banyak aktiviti luar yg kami lakukan termasuklah makan hehehe..

Sebenarnya pada hari Sabtu petang kami pulang ke Muar dan pagi Ahad balik semula ke Segamat,petangnya pulak bawak anak2 g Taman permainan di Segamat,dah masuk 3 tahun duk sini baru tahu ada tempat riadah yg luas dan tenang ..tu pu kawan mak et yg bg tau,terima kasih yer Puan Adilah..dapatlah en suami melayan karenah  3 puteri,sambil tu  sempatlah mak et menembak aksi2  mereka,walaupun x sehebat penembak negara heheehe..

Ok jom  layan aksi2 yg sempat ditembak oleh mak et n en suami..

DSC_0201

DSC_0203

Kakak Balqis masa ni tengah merajuk,gambar 3 model nampak kecik pulak huhuhu..

DSC_0186

 

DSC_0130

ada pulak selonggok ranting2 kering yg x dibersihkan..rasanya ni sampah semasa banjir hari tu..iskk pencemaran mata pulak..

 

DSC_0147

papa melayan anak2..

DSC_0159

DSC_0170

kakak tolak buaian Insyirah dulu tau..

DSC_0178

Pastu giliran Insyirah pulak tolak…

Dah puas berjalan kaki kami singgah ngap pulak hehehe..

DSC_0208

DSC_0211

barulah nak senyum sebb papa tanya kat dia nak makan kat mana kakak?maka di sinilah jawapannya..

11 Mei 2011

BUN INTI COKLAT

Image4500Assalamualaikum semua..bertemu kembali,sebelum celoteh panjang mak et nak ucapkan takziah diatas pemergian ayahanda Kak Cik Nurseroja,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba2 yg dikasihi ALLAH,AMIN ..

Ok mak et nak tayang bun inti coklat yg mak et buat pada minggu lepas semasa x bersiaran hehhe..dah abis pun,mak et ikut resepi yg pernah mak et buat sebelum ni,dikutip dari dapur Sifu Ah Mat Gebu,cuma mak et ubah sikit rupanya ,masukkan dalam cup ikut gaya Kak Nor Secubit garam.terima kasih yer..inti coklat pun mak et ikut resepi Kak Nor,memang sedap!

Jom layan resepi.,

BAHAN-BAHANNYA :
140 ml air
1 biji telur, pukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1 camca teh bread improver
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
30 gram mentega
Inti kegemaran (mak et guna inti coklat)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 kecuali mentega dan inti, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, adunan agak lembut sedikit, boleh tabur sedikit tepung masa menguli. Bulat2 kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, perap 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali inti dalam BreadMaker, pilih setting untuk DOH, tekan ON. tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Bahagikan adunan kepada 12bahagian.. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian leperkan isi inti coklat  1 camca teh penuh, kemaskan dan bulat2kan,masukakn dalam cup.Buat hingga siap.
  3. Susun dalam dulang pembakar. Biar 40 minit hingga naik, sapu dengan kuning telur,bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, boleh hidangkan.

10 Mei 2011

Pada sesape yg mengenali AZMIR ADZHA….

 

  

Pada mereka2 yang mengenali "Azmir Adzha" seperti gambar di atas, sila ke blog "Kak chik Nurseroja" di sini.., dengan segera, ini kerana Ayahanda beliau sedang sakit tenat di Ward ICU PANTAI HOSPITAL, AMPANG....

Pada yang sudi, sila lah panjang2kan N3 ini, kita blogger merupakan satu komuniti jadi apalah salahnya saling membantu satu sama lain....

P/S: mak et C&P dari DTS..

Moist Chocolate Cake..

Image4527

Assalamualaikum semua..selamat berjumpa lagi di hari Selasa yg indah ini..erm bagaimana ngn rutin seharian anda semua?mak et doakan semuanya berjalan lancar,insyaALLAH..Erm dah lama x berceloteh ..sebenarnya x ada apa yg nak dikongsikan,yealah selepas suami kembali bekerja rasa macam mood nak mengupdate sedikit kurang rajin hehehe..

Macamana ngn hari ibu lepas? tentu seronok kan? mak et n anak2 sambut kat rumah jer,kebetulan adik  n adik ipar mak et datang,jd seronoklah anak2 mak et,riuh rendah rumah sekejap.mak et pun sempat mengekek sebiji kek coklat yg lembut dan sedap..resepi yg dah lama mak et simpan,iyealah resepi kek coklat ni ada berbagai2 bahan2 yg berbeza2 tp koko n coklat masakan adalah bahan utamanya,mak et kutip dari dapur sifu Ah Mat Gebu..memang sedap!

Kek coklat ni berada di  DTS pada 9 Disember 2008..lama kan?puas semalam mak et selongkar satu persatu resepi kek ini,akhirnya jumpa,sebelum ni mak et salin kat kertas je..pas jumpa semalam terus je print masuk buku simpanan kek..senang nak  rujuk dilain kali..

Hanya sempat ambik gambar sepotong tu jer..dah kelam kabut semalam kirim separuh loyang untuk adik n bonda di Jb,harap adik2 n bonda suka,Terima kasih  Sifu atas resepi kek ni dan izinkan mak et C&P untuk dikongsikan bersama pengunjung2 mak et yg lain..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

07 Mei 2011

Sekuntum bunga ros dari…

SIFUKU…Cik Mat Gebu….terima kasih di atas penghargaan untuk semua ibu2 di dunia ini..semoga kita sama2 mendapat keberkatan hidup berkat doa seorang wanita bernama IBU,MAMA,MUMMY,UMMI,BONDA,MAK dan apa jua gelaran untuk ibu…

Selamat Hari Ibu..

(gambar ihsan dari google)

Bonda tercinta PUAN ROSMANINGKA BINTI HJ SAYED dan Bonda mertua AZIZAH BINTI HJ SADIMAN…. jugak untuk  semua wanita yg bergelar ibu walau dimana jua anda berada…Semoga ALLAH panjangkan umur kalian semua untuk mencurahkan kasih sayang,doa, kata2 semangat dan nasihat untuk anak2mu,AMIN…

(gambar ihsan dari google)