CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 Februari 2011

Segi tiga emas..

 

P2102043

Assalamualaikum semua..apa menu minum petang anda?mak et buat segi tiga emas,resepi  ni kutip dari dapur teruna Sedenak yg merupakan sifuku ..dah lama ngendap resepi ni cuma tetiba hari ni tergerak nak buat memandangkan semua bahan2 ada,roti pun dah beli 3 hari lalu x diusik2..apalagi terus zasss..cuma ada sedikit olahan cara yg mak et buat,harap tuan Ah MaT Gebu x murka hehehe.ini akibat menurun ilmu ala derhakalah ni heheh.anak2 suka pulak..ingatkan x jalan..syukur..pasni boleh buat lagi ..

Terima kasih yea sifu yg jgk aktif di FB..khasnya ruangan sahabat blogger,maaflah x dapat join sebab line tenet kurang memuaskan di Segamat ni semenjak banjir begitu jugak ngn bekalan elektrik selalu je putus walaupun setakat 2 hingga 3 jam huhuhu..ops! satu lagi mak et C&P bahan2 segi tiga emas ni dan jugak sos mayonisnya..tp kan  x sempat nak buat sosnya anak2 dan mamanya makan ngn sos salad coleslow jer,sedap sehingga abis semua 16 keping roti ..dahsyat betul! malam ni minum air jelah x yah makan nasi lagi.

Jom layan resepinya,terima kasih Cik Mat,mak et C& P segala2nya,harap dihalalkan yerSmile

 

P2102047

 

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (mak et guna 4 keping roti)
Bijan secukupnya
1/2 inci halia, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar bawang goreng, hancurkan
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus(x letak sebb x ada )

1 pokok kecil daun sup, hiris halus
120 g daging ayam, dicincang halus
1 putih telur (mak et guna sebiji telur)
1/2 camca besar tepung jagung (mak et tambah 1 1/2 sudu besar)
Garam secukup rasa

 
SOS CILI MAYONIESE :-) (sos ni mak et x buat, bg sesiapa nak mencubanya silalah yerSmile)
3 camca besar mayoniese
1 1/2 camca besar sos cili
10 biji jeruk capers, cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, roti dan bijan. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Terus menggaul sehingga mendapat adunan yang rata. Rehatkan 10 minit. (mak et satukan halia,bawang putih,serbuk lada hitam,bawang goreng,daging ayam dan telur ,blender semua sekali,kalau susah nak blender tambah air sedilkit jer,masukkan daun sup hiris,kacau dan rehatkan 10 minit)
  2. Roti dibuang tepi2nya, potong 4 secara menyerong untuk mendapat bentuk 3 segi. Ambil satu potongan dan sapukan paste daging ayam tadi atasnya, ratakan seperti menyapu seri kaya. Buat hingga siap.(mak et x buang tepi roti,kesian pulak hehehe..sapu dua2 bahagian)
  3. Tabur sedikit bijan atas setiap roti tadi. Goreng dalam minyak sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos cili mayoniese.(mak et makan ngn sos salad coleslow)

******Selamat Mencuba******

0 ulasan: