CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


22 Februari 2011

Tergendala sementara waktu…

DSC_0085

 

DSC_0086DSC_0074

 

Assalamualaikum semua..semoga sihat hendaknya di samping rutin seharian,bagaimana dengan cuti hujung yg baru berlalu? mak et n anak2 gembira pabila papanya  balik sebab..? banyak aktiviti di luar termasuklah makan hehehe..balik rumah terus tido je..2 kali seminggu jer..cuma buat masa  ini x dapat jenjalan ke blog kawan2 jgk biras tersayang ami cue  kerana network internet belum pulih sepenuhnya di bandar Segamat huhuhuhu termasuklah line telifon,kalau call bonda selalu jer putus2..

Setelah mak et membuat aduan rakyat  kepada pegawai yg berkenaan dia kata masalahnya akan berakhir pada 28hb ni..ok kita tunggu dan lihat,x ok jgk mak et tukar line lain  pulak…apa susah kan?jadi segala entri masakan rasanya x dapatlah di publish selalu..chee..macamlah mak et ni selau update blog,dah namanya manusia ada kalanya rajin dan adakalanya sedikit malas..

Oklah sampai di sini saja syarahan saya..Wasalam…

17 Februari 2011

Donat mayo

Image3770

Assalamualaikum semua ,semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat kesihatan yang baik,insyaALLAH..bagi mak et jgk keluarga alhamdulilah sihat walaupun cuaca panas terik sekarang,oklah hari ni mak et buat donat mayonis,teringin nak makan donat lagipun mcm dah lama x buat,anak2 pun suka lebih2 lagi kalau donat tu lembut walaupun dah sejuk dan bersalut coklat,laju lah dia orang makan.

mak et banyak cuba resepi donat dari mereka2 yg pakar dan hari ni cuba dari dapur jintanmanis,alhamdulilah amatlah puashati,lembut sesangat walaupun dah sejuk kalah donat kat J.CO..X percaya??n cubalah buat ,terima kasih yea Puan Rosmarlina dari dapur jintanmanis,ni akan menjadi koleksi donat yg akan berulang2 mak et buat..memang best! cuma mak et buat ikut keadaan penduduk dirumah..ada sedikit perubahan,harap Puan Rosmarlina x  marah..mak et copipes resepinya.

Image3767

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya:

330 gram tepung gandum (mak et 210g tepung roti)
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)(1 sudu besar mayonis lady choices
1 sudu besar susu tepung/skim milk (x letak)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam(mak et tukar 100ml susu segar
1 1\2 sudu besar marjerin (1 sudu besar shortening)
3 sudu besar gula (1 sudu besar gula halus)
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)(1 sudu kecil yis)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.(mak et letak coklat masakan n gula icing)

Cara-caranya:

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.(mak et guna BM
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula dan coklat masakan, sedia untuk dihidangkan.

15 Februari 2011

Bun pandan..

Image3759

 

Assalamualaikum semua,selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ,Semoga amalan kita yg kita lakukan banyak mengikut sunnahnya,InsyaALLAH,hari ni bumi Segmat hujan lagi ,hujan rahmat.mak et n  anak2 pun x kemana2 hanya berehat dirumah,dan  hari ni mak et nak entri bun pandan yg mak et kutip dari dapur Puan Rosmarlina..memang berbaloi2 ikut resepinya yg mudah dan sedap,terima yer dapur jintanmanis kerana menjadi sumber meroti mak et,khasnya untuk sarapan dan minum petang.

Mak et buat ni semalam petang hanya menggunakan khidmat bibik Melayu hehehe,dari minggu lepas nak buat tp minggu lepas bekalan letrik asyik putus jer,postpone minggu ni,mak et C& P resepi dari dapur jintanmanis,terima kasih sekali lagi,semoga ilmu ini dapat dimanafaatkan untuk mereka2 yg baru je nak belajar meroti seperti mak et dan rakan2 yg lain.Jom layan resepinya..mak et buat separuh adunan dan mendapat 13biji bun.

Bahan-bahanya

250 gram tepung roti

50 gram tepung gandum

2 sudu besar marjerin

140 ml air suam/ atau susu segar

1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti

2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil yis

1 sudu kecil bread improver atau dough softner

sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.

Cara-caranya:

1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).

2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

- Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu  macam mana nanti.

11 Februari 2011

Chocolate chips muffins..

Image3724

Assalamualaikun semua..,semoga kita sama2 mendapat keberkatan di hari Jumaat yg mulia ini,erm hari ni projek  memuffin setelah sekian lama x memufin memandangkan esok ada gotong royong di Sekolah Insyirah dan hari Ahad pulak Insyirah dan kawan2nya akan mendapat sumbangan berupa peralatan sekolah dan keperluan yg lain2 dari pihak yg berhati mulia,syukur,Alhamdulilah..

Kalau buat muffin ni sedap makan ramai,sebab sekali buat hasilnya amat lumayan,jadi bila buat ni bolehlah bawak g Sek esok untuk aktiviti gotong royong..bahan2nya pun mudah didapati dan cara membuatnya mudah x perlu mixer cuma guna senduk @whisk jer,mak et dapat idea buat muffin ni dari rumah kak su Mersing dan kak su dapat dari rumah kak yatie cooking,terima kasih pada anda berdua,mak et C& P resepinya..Jom layan resepinya dan selamat mencuba,mak et buat 1 1/2 adunan di bawah,mendapat 72 biji muffin bergantung pada mangkuk muffin memasing yer,mak et guna mangkuk muffin yg sedang2 saja hehehe..

Bahan A
1 cwn butter (cairkan)
2 cwn butter susu segar
2 biji telur (pukul sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
3 cwn tepung gandum + 1/2 cwn serbuk koko + 2 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil soda bikarbonat - semua bahan diayak 2 kali
2 cawan gula perang
Chocolate Chips secukupnya

Image3741

untuk dibawa ke sek Insyirah esok

Cara-cara:

**Panaskan oven pada suhu 160’C***
1. Bahan B digaul rata menggunakan senduk.@spatula@whisk 
2. Masukkan pula Bahan A ke dalam adunan Bahan B & gaul rata
3. Masukkan dalam bekas muffin dan bubuh sedikit chocolate chips

4.Bakar pada suhu 160’c selama 25 minit..ni pun ikut oven memasing yer..

10 Februari 2011

Segi tiga emas..

 

P2102043

Assalamualaikum semua..apa menu minum petang anda?mak et buat segi tiga emas,resepi  ni kutip dari dapur teruna Sedenak yg merupakan sifuku ..dah lama ngendap resepi ni cuma tetiba hari ni tergerak nak buat memandangkan semua bahan2 ada,roti pun dah beli 3 hari lalu x diusik2..apalagi terus zasss..cuma ada sedikit olahan cara yg mak et buat,harap tuan Ah MaT Gebu x murka hehehe.ini akibat menurun ilmu ala derhakalah ni heheh.anak2 suka pulak..ingatkan x jalan..syukur..pasni boleh buat lagi ..

Terima kasih yea sifu yg jgk aktif di FB..khasnya ruangan sahabat blogger,maaflah x dapat join sebab line tenet kurang memuaskan di Segamat ni semenjak banjir begitu jugak ngn bekalan elektrik selalu je putus walaupun setakat 2 hingga 3 jam huhuhu..ops! satu lagi mak et C&P bahan2 segi tiga emas ni dan jugak sos mayonisnya..tp kan  x sempat nak buat sosnya anak2 dan mamanya makan ngn sos salad coleslow jer,sedap sehingga abis semua 16 keping roti ..dahsyat betul! malam ni minum air jelah x yah makan nasi lagi.

Jom layan resepinya,terima kasih Cik Mat,mak et C& P segala2nya,harap dihalalkan yerSmile

 

P2102047

 

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (mak et guna 4 keping roti)
Bijan secukupnya
1/2 inci halia, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar bawang goreng, hancurkan
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus(x letak sebb x ada )

1 pokok kecil daun sup, hiris halus
120 g daging ayam, dicincang halus
1 putih telur (mak et guna sebiji telur)
1/2 camca besar tepung jagung (mak et tambah 1 1/2 sudu besar)
Garam secukup rasa

 
SOS CILI MAYONIESE :-) (sos ni mak et x buat, bg sesiapa nak mencubanya silalah yerSmile)
3 camca besar mayoniese
1 1/2 camca besar sos cili
10 biji jeruk capers, cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, roti dan bijan. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Terus menggaul sehingga mendapat adunan yang rata. Rehatkan 10 minit. (mak et satukan halia,bawang putih,serbuk lada hitam,bawang goreng,daging ayam dan telur ,blender semua sekali,kalau susah nak blender tambah air sedilkit jer,masukkan daun sup hiris,kacau dan rehatkan 10 minit)
  2. Roti dibuang tepi2nya, potong 4 secara menyerong untuk mendapat bentuk 3 segi. Ambil satu potongan dan sapukan paste daging ayam tadi atasnya, ratakan seperti menyapu seri kaya. Buat hingga siap.(mak et x buang tepi roti,kesian pulak hehehe..sapu dua2 bahagian)
  3. Tabur sedikit bijan atas setiap roti tadi. Goreng dalam minyak sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos cili mayoniese.(mak et makan ngn sos salad coleslow)

******Selamat Mencuba******

Ikan masak singgang..

 

P2102020

 

Assalamualaikum semua,semoga sihat dan bahagia selalu,selamat berhari Khamis,begitu cepat masa berlalu,apa pun semoga kerja2 yg dilakukan berjalan ngan lancar,insyaALLAH..Erm hari nak kongsi lauk yg mudah,sedap dan berkhasiat,rasanya semua dah tahu dan suka makan lebih2 lagi ketika cuaca panas seperti sekarang.mak et masak ikut bilangan askar yg ada di rumah.

Jom layan resepi yg mudah ni dan selamat mencuba..

Bahan-bahan:

2 ekor ikan selar hijau disiang,cuci bersih dan toskan

sebatang serai(ditumbuk)

1biji cili hidup dibelah 2

Air asam jawa(agak2 sendirilah yea)

Air secukupnya

Garam,sedikit gula dan cukup rasa(ni pun agak2lah yea)

sebiji tomato dibelah 4

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1/2 inci kunyit

1/2 biji bawang besar



CARA MEMASAKNYA:

  1. Dalam periuk satukan bahan tumbuk,air asam, air n serai,kacau dan jerang hingga mendidih. Tambah , garam  secubit gula dan serbuk cukup  rasa.
  2. Perlahankan api dan masukan ikan bersama cili hijau belah dan tomato.Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

07 Februari 2011

Simple apple pie

Image3669

Assalamualaikum semua.syukur alhamdulilah bertemu lagi dientri yg baru,alhamdulilah rutin harian bermula lagi menghantar dan mengambil anak2 ke sekolah,walaupun keadaan sek Kakak Balqis kurang memuaskan pembelajaran berjalan seperti biasa cuma Insyirah akan memulakan persekolahan pada hari esok memandangkan keja2 pembersihan masih lagi dilakukan,sekolah Insyirah teruk kena banjir sampai bumbung.En suami pun awal2 pagi dah bergerak  mencari rezeki,tinggallah mak et n 3 dara lagi..

Semalam  dapatlah menjenguk bandar Segamat,banyak kedai2 yg terkena banjir,bank pun x dapat beroperasi,kesiannya tengok pemilik kedai2 dan pegawai bank membersihkan premis masing2,nasib baik Pizza Hut bukak dapatlahh merasa pizza baru..erm macam ngidam jer hehehe..xlah cuma dah lama x makan kat restoran Pizza Hut,sekali en suami offer x dilepaskan peluang keemasan di waktu2 keemasan,belum sampai ke tahap warga emas lagi yea hehehe..

Image3658

Image3659

wajah2 ceria sebelum menikmati pizza…

Syukur sekali lagi rumah mak et dan segala harta benda yg x seberapa x terkena banjir,dan hari ni merajinkan diri membuat epal puff ni sebab anak2 suka makan,mamanya lagilah suka,buat minum petang merangkap sarapan pagi esok,mak et borong puff pastri ni kat Carefour BP memandangkan semasa g Tesco Bukit Indah kehabisan stok,ambik ko mak et borong 4 bungkus terus,iyealah  bila lagi nak beli,kat Segamat ni susah nak jumpa benda ni,nak  tunggu balik JB kurang2 lagi sebulan huhuhu..

puff_pastry

                                             ni rupa bentuk puff pastri,terdapat di Tesco n Carrefour,Giant n Jusco mak et x jumpa lagi..

Jom layan resepi yg mudah ni,mak et kutip kat mana lagi kalau bukan kat Banglo sifuku Ah Mat Gebu,terima kasih sekalung budi,mak et C&P resepinya.syukran jazilan!


BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam
BAHAN LAIN :-)
Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

02 Februari 2011

Kuih bakar labu..

Salam bertemu lagi..sebelum  berceloteh dengan lebih panjang lagi nak ucapkan terima kasih pada kak yatie kerana memberikan sejambak bunga pink kepada sahabat2 blog termasuklah diriku ini,cukup gembira kerana mengenali kak yatie walaupun di alam maya ,pelbagai resepi yg boleh dicuba dari blog beliau khasnya kuih muih,memang puashati mencubanya,tahniah kak kerana pengikut akak telah mencapai 1000 orang dan mudah-mudahan lebih lagi,Amin..Image3460Kali ni nak tayang kuih bakar labu yg dah selamat abis sebenarnya,buat Khamis malam sebagai ole2 untuk bonda sebab bonda mak et suka kuih2 bakar macam ni,memandang ada labu,mak et buat,resepi macam biasalah di kutip dari rumah Sifu Ah Mat Gebu..mak et buat separuh dari adunan di bawah memandangkan labu yg ada cuma 250g jer..

Ok jom layan resepi..mak et C&P resepi dari Sifu Mat Gebu..terima kasih seribu kali heheehe…selamat bercuti tahun baru cina,mak et n anak2 nak balik Muar jap lagi ni,nak jumpa en suami  windunya!!!

Image3448

 

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.(mak et bakar selama 1setengah jam pada suhu 150c)
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.