CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Mei 2010

Tak kenal maka x cinta..

Salam Ahad semua..semoga cuti minggu ni dapat diisi ngn sebaik2nya bersama keluarga…alhamdulilah sekarang ni mak et n famili berada di Muar..Jumaat dari Jb singgah ke Sedenak pastu balik Muar..

DSC_0604

Hari wesak 2010 menjadi kenangan paling indah dalam hidup mak et kerana dapat bertentang mata,berbual,belajar tentang masakan dari idola masakan mak et..sape lagi kalo bukan Cik Mat Gebu..terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami yang di ketuai oleh Siti Ruhayu(Citarasa Rinduan)..di tambah lagi ngn kehadiran En Ben Ashaari n isterinya..meriah rombongan kami..

DSC_0601

Hidangan istimewa untuk kami…nyam..nyam..nyam.

Antara koleksi2 yg ada di teratak Cik DSC_0599DSC_0597DSC_0612

Antara para peserta rombongan..En Abang kami sibuk ambik gambar..DSC_0637

DSC_0642

En Ben yang sempat berposing ngn tiffinbiru..

Layanan yang amat2 istimewa..jom layan gambar

DSC_0592

DSC_0610

DSC_0625

DSC_0634

24 Mei 2010

Kek lapis tembikai..

Salam 1 Malaysia..macamna ngn mood hari Isnin?harap2 baik dan menceriakan..hari ni nak tayang kek lapis tembikai..buat sempena menyambut kepulangan En Razak esok..ambil kat Bro Rozzan..erm memang sedap dan menyelerakan cuba jangan x cuba yea..

 

 

Image497

Image494

Bahan2 nya:

 

10 biji telur gred A

150gram gula halus

180-200gram tepung Hong Kong

1sudu ovallete(mak et guna 1 sudu kecil)

100gram horlick

1 tin kecik susu pekat manis

450gram mentega

250gram cream cheese

chocolate chips

 

 

Cara2nya:

 

1)Telur,gula,tepung Hong Kong,horlick n ovallete di pukul hingga kembang dan pekat..

 

2)Mentega,cream cheese n susu pekat manis di pukul hingga putih..satukan kedua2 adunan dan gaul hingga sebati.bahagi kepada 3 bahagian

 

 

     a)warna hijau 3 lapisan (setiap lapisan 5 sudu makan)

 

     b)warna putih 2 lapisan (setiap lapisan 5 sudu makan)

 

     c)warna merah lapis hingga habis..setiap lapisan tabur chocolate chips..

 

 

 

* Bakarlah selapis-selapis hingga habis*

19 Mei 2010

Jom sarap apam mekar..

Assalamualaikum semua..erm dah sarap?malam tadi saja2 mencuba membuat apam mekar yg dikutip dari dapur Kak Fida yg duk kat Kota Singa..terima kasih yea kak.dan bila jalan2 kat blog pakar masakan yg lain ramai yg dah buat apam ni..lama kelamaan hati ni pun terpanggil untuk mencuba dan.. ini lah hasilnya…

Image469

Sepatutnya apam ni tersenyum simpul macam ni..tp kebanyakkannya pemalu mcm mak et hehehehe…apa2 pun memang sedap,lembut mcm aiskrim..cubalah dan bahan2nya pun senang. pagi ni mak et n d geng sarap apam mekar ni..nyam..nyam,,nyam…

Image482

Jom layan bahan2nya:Anggaran –+40 biji(bergantung pada saiz cawan kertas..

200g gula halus

300g tepung gandum

3 sb susu tepung

1sk baking powder

1sk ovallete

220ml susu perisa strawberi/ plain(mak et guna susu cair)

2 biji telur –A

sedikit esen ros

1sk pewarna merah

Cara2nya:

-Didihkan air di kukusan -

1)Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah..pukul hingga sebati dan pekat..

2)Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah

3)Bubuh adunan plain ke dalam acuan yg beralaskan cawan kertas dan bubuh sedikit pewarna merah..

4)Kukus selama 10-15 minit atau hingga masak..

16 Mei 2010

Selamat Hari Guru..

  

 ab7c8e727c15842e

Salam hari Ahad semua.Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik walau di mana jua anda berada..tetiba teringat waktu mengajar dulu huhuhuhu..sekolah yang memberi kenangan terindah dalam hidup mak et iaitu SEKOLAH AGAMA PASIR GUDANG 2(SAPG2)..teruskan perjuangan wahai sahabat2 sekalian..didik anak bangsamu ngn bersungguh2..walaupun gaji x seberapa tetapi ganjaran di akhirat begitu lumayan.insyaALLAH..
 
Pada cuti ni sempatlah mak et buatkan kek untuk hari guru atas permintaan si kakak..simple je..tangan x berseni janji jd kek..rasanya harap2 sedap..kek marble brownies dari rumah Cik Mat Gebu n Puan Rinn Chan..terima kasih anda berdua kerana sudi berkongsi resepi n teknik2 membuat kek ni..
 

Hari Guru 010

 

 
 
yang ni pulak versi makan kat rumah…kek coklat tanpa telur dari rumah DayangJack..nyam3x sedap..
  

Image445

 

Ni pulak hadiah dari kakak untuk 2 org gurunya  Cikgu Izan n Cikgu Ain..terima kasih atas tunjuk ajar kalian ..(Tabika Kemas Kg Tengah)..

Image437Image436

09 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

Image415

Salam ceria di hari Ahad..apa plan hari ni bersama bonda tercinta?semoga aktiviti yg di rancang bersama ibu berjalan ngn lancar…minggu ni mak et balik jb sambut hari ibu di restoran ngn adik2 n familli masing2..sederhana je yg penting dapat jumpa bonda tercinta…

Selamat Hari Ibu untuk wanita2 yg bergelar ibu walau dimana jua anda berada,semoga segala pengorbananmu akan dibalas oleh ALLAH ..Untuk bondaku ROSMANINGKA BT SAYED n bonda mertuaku AZIZAH BT HJ SADIMAN..jasa kalian amat kami hargai dan sanjungi..

06 Mei 2010

Perasmian oven baruku..

   Salam hari Khamis..makan apa hari ni..?mak et n d geng makan bubur ayam ala2 bubur lambuk..permintaan si kakak jemu asyik makan nasi.

 

  Hari ni mak et telah selamat merasmikan oven baru dengan membakar kek marble Sheila Mambo…biasalah kutip kat mana lagi kalo x kat rumah Cik Mat Gebu..terima kasih Cik Mat..

 

 

Image393

 

BAHAN2NYA:

125g mentega

155g tepung naik sendiri

2 biji telur

100-125g gula halus(mak et guna 100g)

125g cookong chocolate

1sudu kecil esen vanila

80ml susu segar

 

CARA2NYA..

1)Panaskan oven dengan suhu 170C,lenser loyang ngan mentega n alas ngn kertas minyak.. Cairkan cooking chocolate secara double boiler..ketepikan.

2)Putar mentega n gula hinggga putih,masukkan telur sebiji demi sebiji n terus putar hingga kembang,masukkan esen vanila.

3)Pada kelajuan sederhana ,masukkan tepung berselang seli ngn susu hingga habis..kacau rata..

4)Bahagia 2 adunan,1 dicampur dengan coklat yang telah di cairkan tadi,gaul rata..Tuang selang seli dalam loyang adunan coklat n adunan plain..lorekkan dengan hujung pisau..Bakar 40-45 minit atau sehingga masak

 Image384

05 Mei 2010

Renungan untuk diri sendiri..


Akur Takdir Baik & Buruk dalam hidup kita...

Kehidupan yang dilalui penuh dengan liku..Ada yang menyenangkan hati dan ada yang mendukacitakan.... Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaiman yang tertulis di Lohmahfuz.ALLAH Maha Mengetahui segala-galanya.Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada & Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini..


Usah sesekali meratap menyesal atas apa yang telah berlaku.Apatah lagi kita tahu semua itu ditentukan-Nya..Reda dan berserah diri kerana kesabaran itu bakal mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH................Sumber Majalah NUR(Mei 2010)

03 Mei 2010

Berkongsi Resepi

A. Nasi Berani

Bahan-Bahan :
1. Beras Herbaponi Taj Mahal - 1 cawan
2. Air bersih - 2 cawan

Cara Memasak :
1. Masukkan beras ke dalam kendil.
2. Masukkan air yg bersih kedalam kendil yg berisi beras.
3. Kalau berani masaklah beras tersebut menggunakan dapor gas.
4. Siap dan sedia utk dihidangkan " Nasi Berani "

B. Telur Goreng Mistik
Bahan-bahan:
1. Telur ayam kampung - 2 biji
2. Bawang besar (lebih kurang 3inch dia.) - 1 biji
3. Cili besar warna hijau - 3 batang
4. Ikan bilis - 20 ekor
5. Sos thai
6. Kicap masin habhal
7. Minyak masak

Cara memasak :
1. Goreng bilis sehingga separuh masak
2. Kemudian rajang bawang dan cili dan masukkan kedalam kuali yg sama sehingga separuh masak.
3. Kemudian pecahkan telur dan masukkan kedalam kuali (harus diingat kuning telur tidak boleh pecah.)
4. Tuangkan sos (lebih kurang 3 sudu besar bersama kicap secukup rasa)
5. Siap telur doreng mistik.
6. Semasa memasak bayangkanlah anda sedang memasak telur bistik.

C. Kari Lembu Istimewa
Bahan-bahan :
1. 1 tin kari lembu (ada dijual di kebanyakan supermarket dan pastikan yang halal)
2. Bawang merah - 3 biji
3. Bawang besar - 1 biji
4. Cili besar - 3 batang
5. Sedikit minyak masak

Cara memasak :
1. Masukkan bawang merah, bawang besar dan cili yang telah siap dirajang kedalam kuali sehingga separuh masak.
2. Kemudian masukkan kari dalam tin tadi ke dalam kuali.
3. Masukkan sedikit sos ke dalam kuali.
4. Dan siap untuk dihidang.
5. Istimewanya tak payah pon masukkan kari.

HASILNYA :


Inilah set makanan tengahri untuk hari ni.

Tips :
1. Sesuai dimasak untuk orang bujang atau suami yang berjauhan dengan isteri
2. Sesuai untuk mereka2 yang malas hendak keluar mencari makanan di luar.
3. Amat menjimatkan wang (tak habis pon RM4.00) dan masa (lebih kurang 20 minit setel.)

Sekian selamat mencuba, renung2kanlah dan selamat beramal.

IKHSAN DARI WK

02 Mei 2010

Terima kasih daun keladi

Thanks to mami-sue kerana sudi meluangkan masa membantu mak-et berpindah ke rumah baru. Harap anda semua ok dengan layout baru  ni. Nampaknya saya perlu belajar lebih lagi..

 

gambar dlm phn 481amboi.. sukanya dia..