CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


03 Mei 2010

Berkongsi Resepi

A. Nasi Berani

Bahan-Bahan :
1. Beras Herbaponi Taj Mahal - 1 cawan
2. Air bersih - 2 cawan

Cara Memasak :
1. Masukkan beras ke dalam kendil.
2. Masukkan air yg bersih kedalam kendil yg berisi beras.
3. Kalau berani masaklah beras tersebut menggunakan dapor gas.
4. Siap dan sedia utk dihidangkan " Nasi Berani "

B. Telur Goreng Mistik
Bahan-bahan:
1. Telur ayam kampung - 2 biji
2. Bawang besar (lebih kurang 3inch dia.) - 1 biji
3. Cili besar warna hijau - 3 batang
4. Ikan bilis - 20 ekor
5. Sos thai
6. Kicap masin habhal
7. Minyak masak

Cara memasak :
1. Goreng bilis sehingga separuh masak
2. Kemudian rajang bawang dan cili dan masukkan kedalam kuali yg sama sehingga separuh masak.
3. Kemudian pecahkan telur dan masukkan kedalam kuali (harus diingat kuning telur tidak boleh pecah.)
4. Tuangkan sos (lebih kurang 3 sudu besar bersama kicap secukup rasa)
5. Siap telur doreng mistik.
6. Semasa memasak bayangkanlah anda sedang memasak telur bistik.

C. Kari Lembu Istimewa
Bahan-bahan :
1. 1 tin kari lembu (ada dijual di kebanyakan supermarket dan pastikan yang halal)
2. Bawang merah - 3 biji
3. Bawang besar - 1 biji
4. Cili besar - 3 batang
5. Sedikit minyak masak

Cara memasak :
1. Masukkan bawang merah, bawang besar dan cili yang telah siap dirajang kedalam kuali sehingga separuh masak.
2. Kemudian masukkan kari dalam tin tadi ke dalam kuali.
3. Masukkan sedikit sos ke dalam kuali.
4. Dan siap untuk dihidang.
5. Istimewanya tak payah pon masukkan kari.

HASILNYA :


Inilah set makanan tengahri untuk hari ni.

Tips :
1. Sesuai dimasak untuk orang bujang atau suami yang berjauhan dengan isteri
2. Sesuai untuk mereka2 yang malas hendak keluar mencari makanan di luar.
3. Amat menjimatkan wang (tak habis pon RM4.00) dan masa (lebih kurang 20 minit setel.)

Sekian selamat mencuba, renung2kanlah dan selamat beramal.

IKHSAN DARI WK

0 ulasan: