CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


26 September 2010

Jom makan pizza..

Image1465

Selamat petang semua..buat apa tu?jom makan pizza buatan sendiri heheehe..resepi doh dari rumah Puan dayangjack,terima kasih yer,toppingnya sendiri punya heheheh...

Pizza base : Large size(doh)

  • 2 cawan tepung gandum

  • 2 sk yis segera(sebaik2nya yis mauripan)

  •   2 sb susu tepung

  • 157ml air suam(39c..suhu org demam panas)

  • 1 sb gula halus

  • 1/2 sb bread softenet

  • 1 sb olive oil

Cara-cara

  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)

  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.

  3. Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.

  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.

  6. Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).

  7. Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg kesukaan anda. kecuali keju parut dan oregano.

  8. Bakar selama 20 minit@   sehingga perang.

Sepagi di Muar..

 

DSC_0007Salam 17 Syawal semua..salam aidilfitri..semoga sentiasa bahagia dibulan mulia ini,amacam banyak dapat undangan rumah terbuka?bagi mak et pulak x dapat mana2 undangan rumah terbuka,almaklumlah dah duk rumah hhuhuhuhuhu..apapun seronok jgk bekerja sendiri,majikannya en suami.

Nak g mana2 pun dah senang x mcm dulu,kadang2 setiap hari Sabtu kena g sekolah,bukan buat apa pun sekadar tayang muka kat Guru Besar,x pergi nanti nama naik kat pejabat...itulah lumrah makan gaji hehehehehe..windunya kat Sekolah Agama Pasir Gudang 2 lagi2 kawan2 yg sekepala..hehehhee.korang windu kat AKU  X????

Oklah semalam pagi g sarapan sate yg glamer di bandar Muar..orang boleh tahan ramai,asalnya nak bawak si kakak d klinik pastu en Razak offer jom aar makan sate sekali..apa lagi bab makan2 ni mana boleh tolak..pastu g tengok zoo monyet pulak..si anak dara ni punyalah syok tengok gelagat si monyet  bersama Cik Ola ,Cik Apis n papanya..mamanya duk keta kerana kekenyangan hehehehe..

Jom layan aksi2 mereka

DSC_0002 Menunggu giliran jumpa doktor..lamanya..

DSC_0003 posing jap..

DSC_0009nyam..nyam..nyam..

DSC_0016orang x sihat..

DSC_0025  peace dari zoo monyet..DSC_0058

DSC_0029 ooh jelir lidah yer..

DSC_0035 baby monyet pun nak posing tau..

DSC_0033time makan buah betik..

DSC_0051

DSC_0061Ikan belacak@tembakul..betul kan? 

 

DSC_0047

DSC_0048

16 September 2010

Salam Aidilfitri semua..

 

Assalamualaikum semua.semoga aidilfitri tahun ni membahagiakan anda semua,tahun ni giliran mak et  beraya di Air Hitam,Muar,alhamdulilah meriah dan membahagiakan.

Selepas 3 hari di Muar bergerak ke Pontian menziarahi nenda,makcik2 n pakcik2 sebelah mak n abah mak et seronoknya..

Kini berada di Jb pulak n sempatlah beraya ke rumah saudara mara dan sahabat en suami di Pasir Gudang..

Esok akan pulang  ke Segamat semula,insyaALLAH,harap2 perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat,AMIN..

Jom layan kenangan 1 Syawal mak et di Muar..

DSC_0611

DSC_0613

DSC_0638

kenangan bersama ahli keluarga yg dapat beraya bersama

DSC_0647

my famili

DSC_0642 famili kakak

DSC_0643 Kak eley n famili

DSC_0645 Abang Mamat n famili

DSC_0641

Ayu n famili

DSC_0633Abah n mak bersama anak n menantu lelaki

DSC_0629

Abah n mak bersama anak n menantu perempuan

DSC_0617

Abah n mak bersama cucu2..

09 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

SelamatHariRayaAidilfiti_220x220

Dari mak et  sekeluarga walaupun dimana jua anda menyambut Aidilfitri  tahun ini,semoga perjalanan anda semua selamat ketika menziarahi kaum keluarga,sahabat handai juga mereka2 yg anda sayangi.

Maaf Zahir dan Batin  jika disepanjang penulisan di blog yg serba kekurangan ini mak et ada menguris hati dan perasaan anda semua dan dengan segala hormatnya silalah ke teratak mak et sempena Syawal ini semoga ikatan persaudaraan kita semakin erat dan berpanjangan,AMIN..