CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


19 Februari 2010

Anak daraku demam..


As'kum semua..,sebenarnya hari ni mak et agak letih melayan 3 dara mak et yang demam..si Dahlia walaupun badannya panas tapi masih aktif berbanding 2 kakaknya..

Pada pukul 6 pagi tadi,Insyirah nangis dan cakap"ada pocong nak cekek leher Insyirah"hai kecut jugak perut mama dia,sambil bertanya "mana pocongnya?"Insyirah jawab "dalam mimpi"macam x caya je budak sebesar ni boleh cakap mcm ni..bila masa pulak dia nampak pocong?mungkin tengok cerita2 hantu yang kadangkala mamanya tengok huhuhu..aduhhh!!!

Bila mama pegang dahinya sah panas,demam rupanya!!Tengahari pulak si kakak pulak demam diikuti si kecik Dahlia..apa lagi terus telipon papanya dan papanya suh g klinik..lagi pun stok ubat dia orang pun dah habis..

Setelah diperiksa oleh Puan DR. memang sah lagi sahih 3 anak daraku demam dan terus di beri ubat b****t dan dibekalkan ubat..


SEMOGA CEPAT SEMBUH ANAK2 KU...AMIN.,

Ini ubat Dahlia

Ini ubat Insyirah
Ini ubat kakak

18 Februari 2010

Kembali bertugas


Selamat petang semua,apa khabar?Selamat kembali bertugas kepada mereka yang dah mula bertugas sama ada semalam @ hari ini..jugak untuk suami mak et yang telah terbang kembali ke Sarawak pada jam 1130pagi tadi..huhuhuhu..

Bagaimana dengan percutian anda semua?semoga gembira hendaknya dan sama seperti yang dirancangkan.Alhamdulilah begitu jugak ngn mak et,semua agenda yang dirancang bersama suami dapat dilaksanakan dengan jayanya,walaupun kami x pergi ke tempat percutian,hanya balik Jb,pergi Pontian dan balik Muar,tapi itu dah cukup bermakna kerana dapat berjumpa ahli keluarga,saudara mara dan paling bermakna lagi dpat meluangkan masa yang terhad bersama suami hehehehe...
Adik iparku,anak daraku dan adikku


Saat gembira anak2 bersama papanya!!


10 Februari 2010

Terubat rindu di hati..


Assalamualaikum berjumpa lagi..harap2 semuanya sihat hendaknya..apa perancangan pada cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang nanti?mungkin ada di antara kita sudah pun membuat perancangan awal...walau apa pun rancangan anda,harap semuanya berjalan dengan lancar,amin..berhati2 dalam apa jua tindakan anda yea,ingatlah orang yang anda sayangi dan mereka yang menyanyangi anda..

Bagi mak et pulak setakat ni ada 3 tempat yang dah ada dalam perancangan bersama suami..pertama akan ke Pontian,sepupu mak et walimah pada 13hb,kedua akan pulang ke Muar kerana ada kenduri kesyukuran dan ketiga akan pulang ke Jb jumpa keluarga mak et..Dan yang lain2 masih belum ada perancangan ..kena berbincang balik ngn suami..

Sempena menyambut kepulangan suami pada 9hb..(semalam pada jam 945malam)
mak et telah merajinkan diri menyediakan sedikit juadah istimewa iaitu kek lapis horlick neslo.. yang dikutip dari blog Cik Mat Gebu dan blog Bro Rozzan yang dok kat Kota Singa,antara blog kegemaran mak et...dan sedikit juadah ulangan kek puding karamel dan ayam pandan..nyam!nyam!nyam!
Haa beginilah rupa kek lapis ku,amacam kalo teruja buatlah,sodap!!!

03 Februari 2010

Sekejap je dah masuk bulan Febuari...

Berjumpa lagi dalam bulan yang baru...Semoga semuanya dalam keadaan sihat dalam melaksanakan tugas2 seharian...biasalah setakat ni hanya cerita biasa2 je,x sabar nak tunggu suami balik 9hb ni hehehe...

Sebenarnya Balqis dah tukar sesi persekolahan,sebelum ni mula kelas petang,tapi bermula 27Jan lepas bertukar pagi pulak,jadi terpaksalah adik2nya pun bangun pagi ikut hantar kakaknya g sekolah...

Haa bila dah bangun pagi,waktu petang secara automatik senanglah nak tido,x payahlah mamanya cakap banyak kali..yang penting perut dah kenyang.. Penat tau..pagi2 dah kena bangun hantar kakak g sekolah..