CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


28 Januari 2010

Bila Balqis mula menulis nombor...


As'kum .....hari ni cerita pasal hasil keja tangan kakak di sekolah setelah 4 minggu berada di alam persekolahan,jom tengok macamna bentuk,rupa dan gaya anak berumur 5 tahun mula belajar menulis nombor...dia dah belajar menulis sampai nombor 6 je..





Hasil seni yang agak cantik...

Sebenarnya kat sekolah banyak aktiviti yang menarik yang dia buat selain menyanyi,menari,menulis,mendengar cerita,bermain,makan hehehe....


Antaranya aktiviti bermain tepung..seperti pada minggu lepas dia belajar buat kuih donat,siap masak n makan ramai2 dalam kelas...Dalam perjalanan balik rumah x habis2 dia cite dari asal tepung sampailah jadi bentuk donat,yang adiknya 2 orang terngangalah dengar cite kakaknya..hehehe termasuklah mamanya jadi wartawan TV3 kejap.

25 Januari 2010

Kunjungan yang dah lama di tunggu2


Assalamualaikum semua..alhamdulilah bertemu kembali pada hari Isnin,sekejap je dah 4 minggu sesi persekolahan ,bagi rakyat negeri Johor sekarang ni adalah tempoh berkabung selama seminggu bermula hari Sabtu atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Semoga rohnya dicucuri rahmat,Amin.




Dan pada hari Sabtu itu jugaklah mak et telah menerima kunjungan adik dan isterinya dengan membawa segala kelengkapan membuat kuih yang masih ada tertinggal di Jb.Terima kasih yea adindaku berdua dan yang paling seronok tentulah anak dara 3 orang tu terima tetamu yang dah lama kata nak datang tapi x jugak sampai dan akhirnya sampai jugak ke rumah kami walaupun hanya tido semalam.

Sebagai rasa gembiranya mak et menyediakan sedikit juadah istimewa untuk tetamu iaitu ayam pandan dan kek puding karamel,nyam!nyam!nyam!..




Syukur alhamdulilah kerana dengan kehadiran adik mak et dapatlah membantu apa yang x termampu mak et buat seperti pasangkan jam dinding,betulkan lampu di ruang tamu,pasang mandian air panas dan servis keta antara keja2 suami yang x sempat nak lakukan..Semoga segala pertolonganmu akan dibalas oleh Allah dan cepat2 dapat baby,amin...


18 Januari 2010

Yeah cuti x tak hantar Kakak g Sekolah...

As'kum semua..berjumpa di entri terbaru..dah makan tengahari?hari ni mak et masak bubur ayam je untuk anak2,sekali sekala tukar selera...pada hari Sabtu yang lepas mak et n anak2 dara hanya dok kat rumah je, melayan si kakak buat keja sekolah,pastu ada lah jugak buat sedikit kuih muih untuk minum petang..


Hajat di hati nak buat mexican bun,yealah setelah menjenguk kat blog kaksu72,tapi kebanyakkan bahan2nya x lengkap kerana masih ada tertinggal kat rumah mak kat Jb,terpaksalah tangguhkan dulu hajat tu..huhuhu..akhirnya pk punya pk..mak et pun buatlah kuih bakar yang diciplak dari blog Cik Mat Gebu,antara blog yang diminati ramai tu n muffin coklat yang diambil dari myresipi.com..






Kalau nak tahu resepinya g lah jenguk kat blog Cik Mat Gebu n myresipi yea..dalam blog ni layan gambar jelah sebagai pembakar semangat untuk merajinkan diri anda membuat kuih muih yea...

Pada hari Ahad pagi pulak,mak et bersama 3 anak dara membuat aktiviti bersama air n keta,apa lagi kalau bukan mencuci keta..sukalah dia orang main air dan petangnya barulah projek muffin bermula setelah kakak membuat permintaan nak bawak g sekolah pada hari Isnin untuk kawan2nya.


Setelah projek muffin selesai,kami pun keluar pusing2 kat bandar Segamat dan hinggap sebentar kat pasaraya Giant membeli sedikit keperluan dapur dan anak2,sempat jugak layan dia orang main patung berirama,nasib naik percuma apa lagi duduklah puas2 kat patung tu,bila berhenti tekan je butang yang ada kat patung tu,bergeraklah ia bersama iringan muzik..hai anak!..anak!!




14 Januari 2010

Cuti ke Terengganu lagi..penutup tahun 2009..

Salam hari Khamis..hari ni nak cerita cuti2 ke Terengganu lagi,cerita penghujung tahun lepas...baru berkesempatan nak cerita..mak et pergi cuti2 ni bersama keluarga mertua..jalan2 cuci mata,cuci poket suami ,cuci minda dan sewaktu dengannya pada Krimas yang lalu..


Sambil menziarahi keluarga pakcik suami..atau nama timangannya PAMAN AUD ..seronoklah jugak g jalan2 ni..memang berbaloi2 penatnya sebab lepas tu mengemas rumah kat Segamat pulak...



Tempat kami mencuci mata..




Jom layan gambar......





peace!!!!!!


Tiga dara pinggitan!


Wajah riang abang iparku..


Ayu gitu, birasku hehehe..


Abah yang sedang menikmati hidangan tengahari seorang diri...


Mak menghilangkan dahaga...ah!!!lega rasanya..



Panjang umur dan dimurahkan rezeki kita g Tegganu lagi...kenangan manis 2009..



















12 Januari 2010

Selamat datang 2010 dan 1431H


Salam 2010 dan tahun 1431H..Semoga kehadirannya memberi sinar baru dalam hidup kita semua dan sebagai pembuka tirai tahun baru ni,Mak et nak cerita aktiviti2 terkini sempena tahun baru,bulan baru dan rumah baru hehehe..rumah sementara..


Pada 4 Januari yg lalu,suamiku telah terbang kembali ke Sarawak,jam 230pagi telah bergerak ke LCCT..huhuhu..dan pada tarikh itu jugaklah anak daraku yang sulung mula bersekolah,nasib baik ada mak mertua,dapatlah dia jagakan 2 anak lagi anak dara kecilku sementara kuuruskan pendaftaran si kakak Dania Balqis.Terima kasih banyak2 ibu mertuaku......


Lepas sesi pendaftaran anakku di benarkan pulang kerana sesi pembelajaran bermula pada keesokkan harinya lega rasa hati,Almaklumlah pertama kali hantar anak ke sekolah..mungkin apa yang ku rasa sama seperti ibu bapa lain yang pertama kali menghantar anak ke sekolah..x kiralah sekolah apa,betul x?





Haa nilah sekolah anak dara mak et yang diberi nama Tabika Kemas Kg Tengah Segamat..suka betul dia g sekolah,maklumlah sekolahnya bewarna warni,kawan2nya pun ramai dan cikgunya pun baik...


Alhamdulilah nasib baik x ada masalah pada hari pertama persekolahannya sehinggalah hari Jumaat,semuanya ok walaupun ditinggalkan ,syukur.Semoga kakak akan serasi dan biasa dengan keadaan persekolahan,amin...