CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


07 Ogos 2009

Kisah si kakak Balqis n Insyirah


As'kum semua..di harap sihat semuanya..oklah hari ni mak et nak bercerita tentang kakak2 Dahlia Sofia pulak..mereka berdua ibarat kembar..selalunya memakai pakaian yang sama,kadangkala citarasa pun sama..biasanya si adik yang badannya agak montel berbanding kakak ni banyak mengikut kakaknya ...



Lagipun jarak umur mereka pun tak jauh belum genap umur kakak setahun dah keluar si adik..tu yang mereka nampak macam kembar..lagipun kalau g mana2 pun orang akan bertanya soalan cepu gangsa"kembar ke?"setelah di kira adalah dekat 99 0rang yang bertanya soalan yang sama..yang tak di kira entah tak tahu berapa...????





En Razak n isterinya biasanya membeli pakaian yang sama untuk mengelakkan berlaku pergaduhan,kadangkala kami sengaja menukar warna pakaian ..itu pun boleh jadi punca pergaduhan...last2 beli warna sama tak kiralah barang mainan ke pakaian ke apa jualah yang berkaitan dengan mereka berdua kecualilah pilihan mereka sendiri..barulah mereka tak bergaduh...biasanya Insyirah yang sengaja memulakan pergaduhan...saja cari pasal..dah namanya anak,begitulah ragam mereka...sebagai ibubapa kita yang mencorakkan mereka..semoga kamu semua menjadi anak yang baik,amin..

1 ulasan:

makLong

kakaknye nk buat aksi manje2... tapi insyirah macam gangster jer muka dia... he he he...