22 Ogos 2009
Ramadhan di Bandar Seri Putra...
Puasa hari pertama
Bersahur di mana ? : Di Bandar Sri Putra
Menu apa ? : Nasi Putih, Ayam Percik "Rasamas", Telur 'Ayam Kampung' Goreng Kicap, Sup Sayur, Air Nescafe, Air Sirap, Air Kosong
Kenapa ? : Sebab Husband baru balik dari Bintulu.
Plan Berbuka di mana ? : Di kampung Air Hitam Muar Johor.
Menu apa? : Rasanya Pak Mertua mesti beli ayam tergolek2, Murtabak parit jawa, kuih tako, ikan pari bakar, air cikong, air buah2an.
Destinasi sebelum sampai dikampung? Mungkkin berpusing2 sambil cuci mata di bandar Muar..
07 Ogos 2009
Kisah si kakak Balqis n Insyirah
As'kum semua..di harap sihat semuanya..oklah hari ni mak et nak bercerita tentang kakak2 Dahlia Sofia pulak..mereka berdua ibarat kembar..selalunya memakai pakaian yang sama,kadangkala citarasa pun sama..biasanya si adik yang badannya agak montel berbanding kakak ni banyak mengikut kakaknya ...
Lagipun jarak umur mereka pun tak jauh belum genap umur kakak setahun dah keluar si adik..tu yang mereka nampak macam kembar..lagipun kalau g mana2 pun orang akan bertanya soalan cepu gangsa"kembar ke?"setelah di kira adalah dekat 99 0rang yang bertanya soalan yang sama..yang tak di kira entah tak tahu berapa...????
En Razak n isterinya biasanya membeli pakaian yang sama untuk mengelakkan berlaku pergaduhan,kadangkala kami sengaja menukar warna pakaian ..itu pun boleh jadi punca pergaduhan...last2 beli warna sama tak kiralah barang mainan ke pakaian ke apa jualah yang berkaitan dengan mereka berdua kecualilah pilihan mereka sendiri..barulah mereka tak bergaduh...biasanya Insyirah yang sengaja memulakan pergaduhan...saja cari pasal..dah namanya anak,begitulah ragam mereka...sebagai ibubapa kita yang mencorakkan mereka..semoga kamu semua menjadi anak yang baik,amin..
Langgan:
Catatan (Atom)