Assalamualaikum semua pengunjung blog mak et walau dimana jua anda berada semoga kebahagiaan mengiringi hidup anda..selamat berhari Rabu..pagi ni anak2 dan mamanya sarapan pizza wheels ala2 pizza mini @ pusing,mak et jumpa kat dapur Puan Rosmarlina yg duk di Jepun..Terima kasih kerana memberi idea kepada mak et ,kekadang hilang idea nak buat sarapan apa yg ringkas untuk anak2 yg dah bersekolah..cuma mak et guna apa yg ada dalam simpanan peti besi..al maklumlah nak beli pun x lama lagi dah start cuti sekolah..apa lagi balik bandaraya Jb dan Muar semestinya..aduh! bertambah2 rindu kat bonda huhuhu…
Ok jom layan resepi dari dapur Puan Rosmarlina @ jintanmanis.com.terima kasih sekali lagi yer,mak et C&P resepinya..syukran jazilan,
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
90ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit mix vegetable dan mix cheese
sedikit taburan oregano@ dry pasley
* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato ( mak et tambah sos thousland island)
Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili dan taburkan, oregano@ dry pasley, sosej, mix vegetable dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.
5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang.
2 ulasan:
bila agaknya nak bersua dgn mak et...
ayu suka roti dan pizza..nanti jumpa..tolong buatkan utk ku...hehehe
Salam Ayu..aah yer bilalah boleh jumpa lagi? no pblem punya jgnkan untuk ayu,umai,en zalie pun boleh..ada rezeki dan masa insyaALLAH kita pasti bersua lagi..
Catat Ulasan