Salam Selasa semua..erm hari ni anak2 x sekolah kerana hari Hol di Johor..mak et merajinkan diri membuat puff ni untuk sarapan bersama anak2.Sejak 2 kendara sekolah ni sarapan mak et hanya yg ringkas je untuk mak et dan si kecik..sebab 2 kakaknya memang sarapan kat Sekolah..jadi biasanya dia orang minum milo je sebelum g sekolah.senang jer nak buat ni sebab kulit pastri ni dah sedia ada dijual kat pasaraya Tesco..tempat2 lain mak et x pernah jumpa lagi setakat ni.resepi ni mudah je..mak et kutip dari banglo yg tersergam indah di atas Bukit Sedenak hehehehe boleh gitu?Sifu Ah Mat Gebu.terima kasih atas ilmu masakan yg amat berguna..
Bahan untuk sardin:
1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya(mak et ganti air asam jawa..agak2 lah yer)
BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)(mak et guna chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
- UNTUK PUFF PASTRy: Ambik sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna dan letak sedikit chesdale yg telah dihancurkan . Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya
0 ulasan:
Catat Ulasan