CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


29 Oktober 2010

Kek lapis pandan

DSC_0045 Salam bertemu kembali semua..semoga semuanya sihat dan bahagia selalu,hari ni mak et nak entri kek lapis pandan yg di kutip dari majalah kegemaran mak et apa lagi kalau bukan dari  majalah Rasa..

DSC_0066

Mak et buat sempena menyambut ulangtahun kelahiran bonda mak et yg ke  53tahun pada 21hb Oktober yang lalu..apa nak buat baru balik Jb minggu ni.. jadi barulah buat pada hari ini ..Bonda mak et ni kalau kek sebiji yg penuh krim dia x berapa suka,jadi mak et buatlah kek lapis pandan,biasanya  geng2 yang  seangkatan usia  dengannya  pasti suka..salah satu sebabnya  x muak,pastu ada campuran kek dan agar2 @ puding..

Jom layanzzzzzzzzz resepinya

 

Bahan2untuk kek:

250g mentega

250g gula halus(mak et kurangkan kepada 200 g)

5 biji telur gred B

250g tepung naik sendiri

1 sudu makan pes pandan

Cara-caranya:

1.Putar mentega dan gula halus hingga kembang.

2.Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan,kemudian masukkan tepung naik sendiri  dan terus putar rata.

3.Masukkan pes pandan dan putar lagi.Kemudian masukkan adunan kedalam loyang .

4.Bakar pada suhu 180C selama sejam,.setelah dipanaskan oven.

 

Bahan2 untuk agar2:

1 kg kek mentega pandan(seperti diatas)

12g serbuk agar2

20g tepung Hong Kwee

110g gula halus

1 tin susu cair

1 liter air

4 helai daun pandan

Pewarna hijau secukupnya

Cara-caranya

:1.Didihkan air,agar2 dan daun pandan didalam periuk ,kacau rata sehingga agar2 larut.

2.Masukkan teoung,susu cair  dan gula ,kacau rata.

3.Masukkan pewarna hijau dan kacau hingga sebati.Tutup api dan biarkan suam.

4.Potong kek menjadi 3 @4 bahagian mengikut kreativiti masing2..mak et potong  3 bahagian.

5.Letakkan  1 bahagian kek didalam bekas yg sesuai.Curahkan bancuhan agar2 ke atas kek tadi.Biarkan separuh beku.

6.Letakkan lapisan kedua kek ke atas puding,curahkan lagi bancuhan agar2 begitu juga untuk lapisan kek ketiga dan curahan agar2  keatas lapisan kek .

7. Sejukkan di dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI KEENAKAN KEK DAN AGAR2..

7 ulasan:

Tanpa Nama

[url=http://viagraboutiqueone.com/#fiuwq]viagra online[/url] - viagra 100 mg , http://viagraboutiqueone.com/#aesrm buy generic viagra

Tanpa Nama

[url=http://buyonlineaccutanenow.com/#wuxyj]accutane online without prescription[/url] - accutane 20 mg , http://buyonlineaccutanenow.com/#azcji accutane 10 mg

Tanpa Nama

klonopin drug klonopin 93 833 effects - 2 mg klonopin high

Tanpa Nama

\content.

txt \content.

txt \content.
txt \content.
txt \content.
txt \content.
txt

Tanpa Nama

\content.
txt \content.

txt \content.
txt \content.
txt \content.
txt \content.
txt

Tanpa Nama

Tanpa Nama

http://landvoicelearning.com/#57594 is tramadol for dogs an nsaid - can i order tramadol online legally