Selamat berhari Rabu semua..sarap apa pg ni?mlm tadi mak et merajinkan diri buat roti boy ni,ada jgk panggil papa roti@mama roti..sebiji kalau x silap harganya RM1.80 betul x?mak et sefamili memang pengemar rotiboy ni..bila berjaya buat sendiri rasa suka sangat..lagilah tengok anak2 bersemangat makan..
Sumber dari DianaA@myresipi.com , n Kak su mersing terima kasih yea.sesape nak mencuba silalah yea jenguk ke bawah untuk resepinya;
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum
Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250ml air/susu segar(jgn guna susu tepung sekiranya menggunakan susu segar.)
-60gm mentega
Cara-cara
-
Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
-
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.
-
Doh Roti
-
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-
-Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
-
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn kain lembab selama 10 min.
-
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dalam 7.5cm.
-
Rehatkan selama 45minit ditempat panas.
-
Pipe kan topping diatas bun secaraspiral bermula dari tengah bun.
-
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu170’c selama 15minit atau sehingga bun keperangan..
1 ulasan:
makET....makLong pon sukerrr sgt roti mama.... nyummm...nyummmm...
ngences nih....
Catat Ulasan