CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


19 Julai 2010

Cream puff lagi..

 

Image989 Selamat petang semua..dah hari Isnin ..kejap je masa berlalu.macamna ngn program hujung minggu anda?semoga ianya menceriakan,pada Jumaat petang sempatlah mak et buat cream puff lagi atas permintaan si kakak..kali ni buat comel2 sikit,dapat banyak n senang je bila masuk mulut..

Image991 Selepas tu sempat jgk mak et buat apple crumble muffin sebelum balik Jb,seronoknya dapat jumpa mak n adik2,Sabtu petang mak et n  d geng  lepak kat Angsana hehehe..bestnya!

 

Image1013 Ahadnya pulak g Jusco Bukit Indah pastu g ziarah kedua nenda mak et yg kurang sihat di Pontian,kemudian makan malam kat BP Mall,Batu Pahat seterusnya balik Muar,..Pagi ni baru balik Segamat semula..aduiii penat tp seronok n berbaloi2..

 

Oklah kali ni mak et selitkan resepi cream puff dulu Muffinnya esok2 yea.dikutip dari rumah Cik Mat Gebu n Puan Hana..jom layan:

Bahan Cream Puff:-(Cik Mat Gebu)


100 g mentega
25o ml air


1/2 camca teh garam


150 g tepung gandum, diayak


3 biji telur gred A

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.

  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.

  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.

  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.

  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan kastard

Bahan kastard(P.Hana)

2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

**Gaul semua dalam periuk ngn api sederhana sehingga pekat**

    

Selamat mencuba!!!

3 ulasan:

MSOM

Seluruh Rakyat Pt Jerman tu pasti kecewa sangat Jerman tak dapat kalahkan Sepanyol.

en_me

ammvoiii.. trip gi germany tewww..

me pown pernah gi gak.. ihihi

http://yginsaf4.wordpress.com/2009/09/16/kg-parit-jerman/

Siti Indrawati

en-me..Heeeheee yeas disitulah saya dilahirkan..ada sejarah tu kg PT Jerman..

Cikgu..betul tu kecewa terduduk hehehee..apapun setiap nama tu kadangkala ada kenangan tersendiri.x abis kaji ngn nenek lagi sejarah nama kg..