
Assalamualaikum semua ,semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat kesihatan yang baik,insyaALLAH..bagi mak et jgk keluarga alhamdulilah sihat walaupun cuaca panas terik sekarang,oklah hari ni mak et buat donat mayonis,teringin nak makan donat lagipun mcm dah lama x buat,anak2 pun suka lebih2 lagi kalau donat tu lembut walaupun dah sejuk dan bersalut coklat,laju lah dia orang makan.
mak et banyak cuba resepi donat dari mereka2 yg pakar dan hari ni cuba dari dapur jintanmanis,alhamdulilah amatlah puashati,lembut sesangat walaupun dah sejuk kalah donat kat J.CO..X percaya??n cubalah buat ,terima kasih yea Puan Rosmarlina dari dapur jintanmanis,ni akan menjadi koleksi donat yg akan berulang2 mak et buat..memang best! cuma mak et buat ikut keadaan penduduk dirumah..ada sedikit perubahan,harap Puan Rosmarlina x marah..mak et copipes resepinya.

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya:
330 gram tepung gandum (mak et 210g tepung roti)
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)(1 sudu besar mayonis lady choices)
1 sudu besar susu tepung/skim milk (x letak)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam(mak et tukar 100ml susu segar)
1 1\2 sudu besar marjerin (1 sudu besar shortening)
3 sudu besar gula (1 sudu besar gula halus)
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)(1 sudu kecil yis)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.(mak et letak coklat masakan n gula icing)
Cara-caranya:
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.(mak et guna BM)
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula dan coklat masakan, sedia untuk dihidangkan.