CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


28 Januari 2010

Bila Balqis mula menulis nombor...


As'kum .....hari ni cerita pasal hasil keja tangan kakak di sekolah setelah 4 minggu berada di alam persekolahan,jom tengok macamna bentuk,rupa dan gaya anak berumur 5 tahun mula belajar menulis nombor...dia dah belajar menulis sampai nombor 6 je..





Hasil seni yang agak cantik...

Sebenarnya kat sekolah banyak aktiviti yang menarik yang dia buat selain menyanyi,menari,menulis,mendengar cerita,bermain,makan hehehe....


Antaranya aktiviti bermain tepung..seperti pada minggu lepas dia belajar buat kuih donat,siap masak n makan ramai2 dalam kelas...Dalam perjalanan balik rumah x habis2 dia cite dari asal tepung sampailah jadi bentuk donat,yang adiknya 2 orang terngangalah dengar cite kakaknya..hehehe termasuklah mamanya jadi wartawan TV3 kejap.

25 Januari 2010

Kunjungan yang dah lama di tunggu2


Assalamualaikum semua..alhamdulilah bertemu kembali pada hari Isnin,sekejap je dah 4 minggu sesi persekolahan ,bagi rakyat negeri Johor sekarang ni adalah tempoh berkabung selama seminggu bermula hari Sabtu atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Semoga rohnya dicucuri rahmat,Amin.




Dan pada hari Sabtu itu jugaklah mak et telah menerima kunjungan adik dan isterinya dengan membawa segala kelengkapan membuat kuih yang masih ada tertinggal di Jb.Terima kasih yea adindaku berdua dan yang paling seronok tentulah anak dara 3 orang tu terima tetamu yang dah lama kata nak datang tapi x jugak sampai dan akhirnya sampai jugak ke rumah kami walaupun hanya tido semalam.

Sebagai rasa gembiranya mak et menyediakan sedikit juadah istimewa untuk tetamu iaitu ayam pandan dan kek puding karamel,nyam!nyam!nyam!..




Syukur alhamdulilah kerana dengan kehadiran adik mak et dapatlah membantu apa yang x termampu mak et buat seperti pasangkan jam dinding,betulkan lampu di ruang tamu,pasang mandian air panas dan servis keta antara keja2 suami yang x sempat nak lakukan..Semoga segala pertolonganmu akan dibalas oleh Allah dan cepat2 dapat baby,amin...