CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


07 Mac 2011

Apam Labu.

 

 

 

Image3945

 

Assalamualaikum semua,semoga sihat hendaknya,syukur berjumpa lagi di minggu baru,mcmna dengan hujung minggu anda? semoga gembira,mak et n famili g jalan2 ke Melaka tp satu tempat jer..Jusco hehehe..melayan anak2 n mamanya,beli keperluan anak2,makan2 ,jalan2 sambil tu tukar sekali line telifon.Ok hari  ni nak entri apam labu yg dibuat pada hari Jumaat n dah abis pun hehehe sepatutnya letak kelapa putih tetapi dah siap buat baru teringat  lupa nak beli akhirnya apam labu ni x letak kelapa putih tetapi tetap sedap..x caya cubalah..

Resepi ni mak  et kutip dari rumah Kak Ummi Kuantan,yg sekarang ni dah semakin femes amous di majalah Jelita,tahniah yer! jugak terima kasih di atas resepi ni,mak et C&P resepinya..bilalah boleh bertentang mata ngn kak ummi ni,insyaALLAH jika diizinkan olehnya.ok jom layan resepi..

 

Image3930


Adaptasi dari: Apam Keledek
Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum

  • 2 sudu teh yis segera

  • 1 sudu teh gula kastor

  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-

  • 240 gm labu (dikukus/rebus)

  • 150 gm gula kastor

  • 1 biji telor

  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)

  • 200 gm tepung gandum

  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.

  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.

  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.

  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.

  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).

  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).

  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Nota:

Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi. Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat.

5 ulasan:

MSOM

Wah...Pn Siti kuih2 itu nampak begitu enak sekali.

Siti Indrawati

Assalam Cikgu..hehehe dah namanya surirumah kenalh buat keja rumah termasuklah membakar,mengukus,kalau x kelaparanlah semua org rumah.

Unknown

mak et--
adunan A tu kacau kering eik??

ayu mmg tak reti bab apam2 nie..agak senang bahan2 tapi step mmg fail..

TAYAR PANCIT

hai awak :) saye da follow awak :) follo me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/2011-fia-formula-one-world-championship.html

Siti Indrawati

Assalam Ayu..bahan A akan jadi mcm pes sebb dicampur air,saya pun tahap belajar ni,hehehe..kita ni pun 2x5 jgk dalam bab2mengapam,kena tanya ratu apam aka talam Kak yatie memories yg memang pro..