CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


11 Mac 2011

Pumpin walnut muffin dan selamat bercuti...

Image3999

Assalamualaikum,bertemu lagi di hari Jumaat yg indah ini walaupun hujan masih lagi melanda bumi Segamat dari tengah malam td harap2 x banjir lagi..esok dah mula cuti sekolah tentu ibu bapa sudah mula membuat perancangan cuti2 Malaysia untuk anak2 dan jugak untuk ibu2 yg bekerja di rumah  untuk bercuti dari  masak2 n mengemas  mcm saya hehehe..Selamat bercuti semua!

mak et n anak2 akan meninggalkan bandar Segamat jgk ,antara destinasi yg pasti adalah Johor Bahru(rumah bondaku)Muar(mertuaku)dan Tengganu(rumah rehatku )hehehe..jom cuti2!Hajat nak ke  Sedenak jumpa hero Malaya DTS x pasti lagi sebab ada sedkit perubahan rancangan huhuhuhuwaaaa!!!x pe esok masih ada…nak pujuk hati sekejap,harap2 jadi.AMIN..

Oklah sebelum dapur ku x berasap,ku hadiah muffin labu berkacang walnut yg dah abis pun sebenarnya buat hari Selasa,dapat dalam 45biji,buat 2 adunan dari resepi dibawah,30biji kakak Balqis bg kawan2 dia,bg jiran depan rumah sikit dah yg selebihnya untuk kami,memang sedap ada walnut,,terima kasih sifu Ah Mat Gebu,mak et C&P resepinya,pasni boleh buat lagi..Jom layan resepinya

Image3997

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega berkualiti tinggi
1 camca besar mayonnaise (mat guna jenama "lady's choice)
2 biji telur gred A
175 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh garam
70 gram gula perang @ brown sugar
1 camca teh esen vanilla
80 gram parutan labu manis
30 gram kacang walnut, panggang hingga harum dan cincang kasar
80 ml susu segar (mat guna susu sejat 40 ml + 40 ml air)
Sedikit gula aising untuk hiasan (x letak)
Secubit serbuk kayu manis (optional, mat tak letak)mak et jgk x letak

mak et tambah serbuk badam dalam 2 sudu makan dan chocolate chips


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega, mayonnaise dan gula perang hingga sebati, tambah telur satu persatu dan putar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan labu parut, kacang walnut cincang,serbuk badam,coklat chips dan esen vanilla, kacau rata dan sudukan dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka.

0 ulasan: