Assalamualaikum semua..semoga semua pengunjung yg sudi singgah dan menjenguk blog mak et sihat hendaknya,mak et sefamili alhamdulilah sihat.Dah lama x berceloteh,agak sibuk melayan 3 puteri dan kebetulan Jumaat lepas suami balik,jadi banyak aktiviti luar yg kami lakukan termasuklah makan hehehe..
Sebenarnya pada hari Sabtu petang kami pulang ke Muar dan pagi Ahad balik semula ke Segamat,petangnya pulak bawak anak2 g Taman permainan di Segamat,dah masuk 3 tahun duk sini baru tahu ada tempat riadah yg luas dan tenang ..tu pu kawan mak et yg bg tau,terima kasih yer Puan Adilah..dapatlah en suami melayan karenah 3 puteri,sambil tu sempatlah mak et menembak aksi2 mereka,walaupun x sehebat penembak negara heheehe..
Ok jom layan aksi2 yg sempat ditembak oleh mak et n en suami..
Kakak Balqis masa ni tengah merajuk,gambar 3 model nampak kecik pulak huhuhu..
ada pulak selonggok ranting2 kering yg x dibersihkan..rasanya ni sampah semasa banjir hari tu..iskk pencemaran mata pulak..
papa melayan anak2..
kakak tolak buaian Insyirah dulu tau..
Pastu giliran Insyirah pulak tolak…
Dah puas berjalan kaki kami singgah ngap pulak hehehe..
barulah nak senyum sebb papa tanya kat dia nak makan kat mana kakak?maka di sinilah jawapannya..
0 ulasan:
Catat Ulasan