Assalamualikum semua..jom makan donat,2 versi donat bersalut coklat n donat bergula..tp yg abis dulu tentu lah yg bercekolat..resepi diambik dari rumah yang sentiasa bersinar fm..heheehe..sape lah kalau bukan kak yatie yg rajin membingka tu..terima kasih atas resipi yg amat mudah dan sedap ni..nampaknya ni dah jadi koleksi donat kegemaran mak et..
Oklah jom layan resipi yg mudah ni..mak et C &P yer..
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
- 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
- 50g Marjerin/butter
- 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
- 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
- 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Garam
- Gula Halus atau topping kegemaran anda
- 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
- Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
- Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
- Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
2 ulasan:
et.,
tahniah....makin menjadi hasil donutmu itu..tembamlah..
ayu nak coklat 10 biji..free eik
ayu.. terima kasih,ni semua hasil dari guru2 masakan yg handal didunia blog.. yea temabam mcm tuannya...
Boleh nak free..bila free datang rumah yer..
Catat Ulasan