skip to main |
skip to sidebar
Salam Khamis semuanya..semoga bahagia selalu disamping yg tersayang..hari ni nak tayang kek semolina yg dibuat pada hari Sabtu dirumah mertua..untuk makan2 sambil bersantai..resepi ni mak et kutip kat dapur tanpa sempadan..sape lagi kalo bukan sifu masakanku Ah Mat Gebu..memang sedap kek ni n bahan2nya pun mudah je..yang penting mentega yg berkualiti tinggi..Jom layan bahan2nya…
Bahan2nya:
250g mentega berkualiti tinggi
170g gula halus
2sdb madu
4 biji telur gred A
100ml susu segar
2sdk esen vanila
170g tepung gandum
1sdk baking powder
100g tepung suji
secubit garam
Cara2nya:
1.Tepung gandum, digaul bersama baking powder dan diayak,kemudian campurkan tepung suji n garam digaul rata n ketepikan.
2.Telur,susu segar dan esen vanila disatukan dan di kocokkan hingga sebati.ketepikan.
3.Putar mentega,gula halus dan madu hingga kembang.masukkan bancuhan telur+susu+esen vanila sedikit demi sedikit hingga putih dan gebu.
4.Pada kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul rata.masukkanb dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
5.Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu175’c selama 45minit atau hingga masak..
***Selamat mencuba..nyam3x***
0 ulasan:
Catat Ulasan