CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


31 Mac 2011

Pizza Wheels dan bun..

Image4211

Image4205

 

Assalamualaikum semua ,semoga sihat hendaknya..erm sekejap je dah Khamis kan..semoga apa jua yg anda lakukan membawa kebahagiaan dan mendapat rahmat darinya,AMIN..Ok hari ni nak tayang minum petang semalam merangkap sarapan pagi ni,bila dah lama x meroti rindulah pulak,tu yg buat3 jenis sekali ,guna doh yg sama,hasilnya amat memuaskan hati dan anak2 pun suka,resepi ni dah selalu jugak mak et buat,kira ulang tayanglah.

Terima kasih kepada Puan Puan Rosmarlina kerana berkongsi resepi yg sedap dan mudah ini,semoga ilmu yg baik ini mendapat keberkatan darinya,AMIN..mak et C&P resepinya dari dapur jintanmanis.com,terima kasih sekali lagi ,Jom jenguk resepinya dan selamat mencuba..

Pizza Wheels
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)(mak et guna shortening)
90ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit mix vegetable dan mix cheese(mak et x letak x ada stok)
sedikit taburan oregano@ dry pasley( x letak jugak)

2 batang crabstik dihiris  nipis(mak et tambah)
nanas dipotong secukupnya(mak et tambah)

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato
Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili, sosej, crabstik,nanas dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.
5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang

28 Mac 2011

Sekadar hiburan

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi,sekadar hiburan bersama nak tayang 3 situasi yang berlaku di Jusco tempohari,cerita dah basi heheehe.

 

Image3994

Image3995Image3996

 

                             Gambar 1: Dahlia dah terlelap sebenarnya,tetiba kakak Insyirah bersuara”ma..adik dah tido”bila terdengar suara Kak Insyirah automatik Dahlia buka mata pada gambar ke 2,bila mama buat isyarat senyap,maka akhirnya Dahlia sambung tido semula pada gambar ke3  hehhehheehehe..(penat sangatlah tu!)

Image3989

Ni pulak gambar Kakak Insyirah yg merajuk bila ditegur oleh mamanya..mamanya saja je ambik gambar dia merajuk nak panaskan lagi enjin hehehe..

DSC_0170

Kakak Balqis masa ni gembira sebab dapat jalan2..walaupun g Jusco je..