CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


07 September 2011

Kutip kad raya dari blogger2 hebat…

Assalamualaikum semua,selamat Hari Raya Aidilfitri dari mak et n famili.Semoga Aidilfitri anda semua membahagiakan lebih2 lagi disamping insan2 yang tersayang walau dimana jua anda berada.Hari ni mak et nak kutip kad raya dari sifu2 mak et yang hebat dengan masakan dan sentiasa menjadi rujukan mak et kerana mereka tidak lokek dengan resepi dan jugak tip2 masakan.terima kasih sifu2 ku Smile

Sifuku yang paling mantopp!!Sifu Ah Mat Gebu..raya tahun ni x dpat dtg Sedenak sebab dah duk jauh di pantai timur Sad smile

dari kak Yatie yang sentiasa cool

 

dari Kak Ummi Kuantan yang sentiasa ceria diblognya walaupun x pernah bersua muka.

dari Ros jintanmanis pakar dalam meroti..

Kak Ita yang kreatif dalam mempersembahan masakannya..x pernah bertegur sekadar silent reader.

Ni pun sifu  yang sentiasa berkongsi segala  cerita suka duka dan pengalamannya kepada pengunjung2 blognya iaitu Kak Lia

05 September 2011

Selamat Hari Raya n Selamat bertugas kembali..

 

DSC_0662

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia ini,semoga semua sihat hendaknya,bagi yg dah mula bertugas silalah lakukan tugas2 anda dengan bersemangat yer yang masih bercuti lagi selamat bercuti raya,erm mak et n famili selamat sampai kembali ke bumi Terengganu pada hari Sabtu jam 1110malam,dalam hati ni sayu jer macam x puas jumpa ahli keluarga jugak sanak saudara  tapi apa kan  daya dah tugas suami  bertimbun2 menanti,ku gagahi jugak pulang ke  Ganu huhuhuhuhuhu…

Alhamdulilah Aidilfitri kali ini begitu membahagiakan mak et n famili sebab utamanya giliran beraya di JB,rumah bondaku,dapatlah merasa daging masak dalca bonda,meronda2 bazar ramadhan di Bandar Baru Uda yang meriah jugak berbuka puasa dan bersahur bersama bonda, adik beradik,ipar duai  dan anak buah walaupun dihujung RamadhanSmile

Walaupun cuti raya x panjang,mak et n famili dapat menziarahi rumah nenda,pakcik dan makcik kedua belah bonda dan abah mak et ,rumah saudara belah suami pun alhamdulilah sempat kami ziarah,cuma kesempatan ke rumah sahabat handai je x tertunai.insyaALLAH jika dipanjangkan umur kami akan menziarahi rumah sahabat handai dan saudara mara yang x sempat kami ziarahi.

Di kesempatan ini mak et ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin  kepada semua pengunjung blog mak et,saudara mara,sahabat blog,sahabat FB x kira dimana jua anda berada,semoga ikatan silaturrahim antara kita berkekalan selamanya walau di alam mana jua kita bersua..