06 November 2019
November 2019
31 Mac 2012
Minggu peperiksaan Sek Agama bermula..
Assalamualaikum,alhamdulilah berkesempatan mengupdate lg,tentu ada yang berjalan2 @menghadiri majlis2 kenduri dihujung minggu sebegini,mak et n anak2 duk rumah je..lagipun minggu depan Kakak Balqis akan menghadapi peperiksaan semester pertama bagi murid2 darjah 1,2 dan 3..diikuti minggu seterusnya untuk murid2 darjah 4,5 dan 6..kerja hari ni dan esok adalah melayan kakak Balqis membaca kitab sek agama..
Seronoknya sistem peperiksaan Sekolah Agama di negeri Johor adalah jika murid darjah 1,2 dan 3 periksa,murid darjah 4,5 dan 6 akan bercuti seminggu dan begitulah sebaliknya,x pernah berubah sejak zaman mak et sekolah dulu..dan dulu kitab2nya boleh digunapakai sejak zaman abang hinggalah ke adik2 yang lain.
Cuma sejak 3 tahun ni kalau x silap,kitab2 sekolah agama telah bertukar wajah dan isi kandungannya,lagi memudahkan anak2 untuk mengeja/membacanya dan ada gambar..senang dah anak sekarang..zaman mak et dulu kitabnya dahlah nipis pastu tulisannya kecik2,kalau yang tebal satu je mutlaalbadrain namanya,kitab warna biru digunakan dari darjah 4 hingga darjah khas...tp alhamdulilah sampai jugak darjah khas dan berkesempatan menjadi pendidik selama hampir 6 tahun di Sekolah Agama..rindunya kenangan jadi murid sekolah..
Sekarang giliran anak2 pulak..zaman tu dah berlalu,sudah menjadi kenangan semua tu..salah satu sebab mak et sayang nak tinggalkan negeri Johor adalah sistem sekolah agamanya yang dah lama wujud di negeri ni walaupun sekarang sistem pendidikannya telah mula dinaik taraf ke sistem lebih baik oleh Jakim.mak et x bermaksud memperkecilkan mana2 sek agama di negeri lain,sekadar berkongsi apa yg mak et tahu,jangan ada yang terasa hati pulak yea,belajar kat mana2 sama yang penting rajin @malas je
nilah jadual waktu periksa bagi murid2 darjah 1,2 dan 3 sekolah agama di negeri Johor..darjah 1 dan 2 cuma periksa 3 hari,Selasa,Rabu dan Khamis..jadi hari Isnin dan Jumaat x sekolah..
30 Mac 2012
Bila anak mula mengerti erti kerinduan..
Kakak Balqis
Assalamualaikum semua..alhamdulilah diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi cerita di hari Jumaat yang mulia ini,sekadar kisah keluarga mak et.
Bila anak2 semakin membesar dan mula bersekolah,daya pemikirannya mula bercambah..tiba2 air mata ini mengalir deras apabila melihat gelagat anak sulungku dah mula memahami erti kerinduan bila berjauhan dengan papanya pabila papanya berkata yang papa akan g keja esok..yelah bukannya dekat walaupun masih dalam Malaysia,jangka waktu untuk pulang jugak bukan seminggu dua bergantung pada rutin kerjanya ..jika banyak memakan masa sebulan setengah baru pulang berjumpa kami sekekuarga![]()
Ketika si Anak mula memahami pasni lama lagi dapat bermanja dengan papanya dan mereka berpelukan di depan mata ini..begitu deras air mata ini mengalir tanpa dapat ditahan-tahan lagi..Begitu kuatnya kasih sayang seorang anak terhadap bapaknya,begitulah sebaliknya..Itulah pengorbanan yang mesti kami sekeluarga lalui..semoga ianya berbaloi dan diberkati ALLAH,Amin..
p/s..peristiwa ini berlaku pada 11MARCH 2012…
27 Mac 2012
Indahnya persahabatan ini..
(ihsan dari blog AYU)
Ayu bertudung n baju purple,sebelahnya kak Yatie dan disebelahku Kak SARI
Assalamualaikum semua..erm dah x tahu nak coret apa.lama sangat duk bertapa,diharapkan semua pengunjung blog mak et sihat dan terima kasih seandaianya anda masih sudi menjenguk blog yang kejap aktif kejap x..entahlah tuan empunya blog ni semakin sibuk ngn rutin seharian bersama anak2,lebih2 lagi dengan kehadiran boboboi yang masih terlalu awal utk mak et aktif kembali berblog..iyealah baru 26hari..masih tempoh darurat..jadual tido n jaganya pun x konsisiten lagi..jadi mamanya pun masih mamai nak pegang laptop..selalu layan pesbuk pun kat hanpon walaupun en suami dengan senang hati menghadiahkan saya n anak2 streamyx di rumah hehehehe..terima kasih yea En Suami..i lap u!
Sebenarnya mak et nak kongsikan perasaan mak et yang terlalu gembira,terharu dan bangga kepada seorang blogger yang berbakat besar bukan saja dalam bidang memasak,mengecis tart,membakar jugak dalam bidang penulisan..sebab hari Jumaat lepas dia telah mengupdate@menunjukkan bakat diblognya sebuah kisah menarik yang menggabungkan blogger hebat,terima kasih kak SARIatas persahabatan yang indah walaupun pertemuan kita baru sekali di banglo sifu Mat Gebu
..DAN kerananya jua mak et kuatkan hati mengupdate blog ni,kalau x,x tahu bilalah nak mengupdatenya,InsyaALLAH jika berkesempatan mak et akan menukar segala langsir dan perabot dalam rumah ni kepada yang lebih antik lg hehehe..jika nak dibandingkan dengan diri ni dengan Kak SARI,jauh bezanya,..nak tunjuk skill masak pun takut sendiri langgar pantang jadi melopong jelah sekarang ni,jalan2 blog otai2 yang mengupdate pelbagai resepi2 yang menyelerekan dan kerja mak et sekarang ni copy n paste je segala resepi tu..entahkan buat entahkan tidak,harap2 terbuatlah hendaknya..
Oklah atas tanda penghargaan mak et kepada blogger yang sudi mencoret nama ini di blognya,mak et nak kongsikan bersama pengunjung mak et kisah ini..harap2 anda semua sudilah membacanya yea terasa diri ni muda remaja ala2 cinta monyet dulu2 hehhehe..sila klik sini untuk episod pertama dan sini untuk episod ke 2…
Sekian…ada masa insyaALLAH akan ada entri terbaru lagi..wasalam.
08 Mac 2012
Alhamdulilah bertemu lagi…
Assalamualaikum semua pengunjung blog mak et yang masih sudi menjenguk blog yang dah lama bersawang..bukan niat x nak berblog atau berjalan2 ke blog kawan2 n sifu masakan mak et yang mak et sayangi tapi banyak faktor yang lebih penting dari berblog perlu diutamakan terlebih dahulu dan alhamdulilah kini segala perjalanan kehidupan mak et n famili sudah pun teratur,bila anak2 dah mula sek keb n sek agama jadi nampaknya tetaplah kami tinggal di Daerah Muar..akhirnya kembali jua ke negeri kelahiran kami sefamili…
Banyak cerita gembira yang ingin mak et kongsikan bersama..insyaALLAH jika diberi kesempatan akan mak et kongsikan yea..cuma bab makanan buat masa ni x dapat nak kongsikan sebab mak et masih lagi dalam mood berpantang 44 hari hehehehe..tukang masak import aka bonda n mak mertua yang bertungkus lumus di dapur buat masa ini..jadi makan jelah apa yang dua bonda tu masak..
Pada 2 March yang lalu bersamaan hari Jumaat ,jam 1013am..alhamdulilah lahirlah putera yang kami sekeluarga nantikan..alhamdulilah bersyukur sangat2..seberat 3.4kg baby boboboi mak et diberi nama AHMAD DARWISY BIN ABD RAZAK
25 November 2011
Lamanya x berceloteh..ada yang rindu ke??
Assalamualaikum semua..semoga sihat hendaknya walaupun cuaca x menentu sekarang ni,bagi mak et n famili alhamdulilah…dah lama menyepi dari dunia blog ni lebih sebulan…bukan merajuk tp angin musim tengkujuh melanda diri hehehehe..tp blog sifu2 n rakan2 tetap mak et kunjungi walaupun x meninggalkan jejak..
nak cite apa erk??erm sekarang ni mak et masih di bumi Ganu..hajat nak berpindah ke Bangi x kesampaian kerana en suami x jadi pindah kerja…mungkin jodoh kami kembali di sini cuma mak et n anak2 akan berjauhan lagi ngn suami..sama ada duk semula di Segamat@Jb @Muar tu masih dalam pemikiran lagi..kenapa??x boleh bg tau dulu kerana masih lagi dlm pemikiran dah confirm nanti mak et bg tau ye:
Oklah kat sini mak et nak kongsikan berita gembira…mungkin x semua yg tahu hanya keluarga n rakan2 terdekat jer..dah tahu ke??apa dia?alhamdulilah tahun depan ahli keluarga mak et bertambah lagi,rezeki yang x ternilai bg mereka2 yang dah berumah tangga kan..seronok sebenanrnya melalui detik2 indah ini dan alhamdulilah mak et x mengalami alahan yang teruk cuma nak mengupdate blog je malas sangat2…di harap pengunjung blog mak et mendoakan mak et n baby selamat yer dan dipermudahkan segalanya,AMIN…walaupun yang ke 4..debarannya macam yang pertama dulu..
bersama adik yang bongsu n 3 puteri angry bird!
Oklah berhenti dulu yea,insyaALLAH jika diberi ruang dan kesempatan mak et kongsikan lagi…
12 Oktober 2011
Syukur walaupun sikit..
Assalamualaikum semua,alhamdulilah berkesempatan berjumpa lagi di dunia blog..operasi membungkus x mula lagi,sebab barang2 yang di bawa semasa berpindah ke Paka x banyak, barang2 lain masih di Segamat,jadi petang ni operasi mencari kotak dan hari2 seterusnya barulah membungkus..x pe perlahan2 pasti berjaya..![]()
Ok hari ni mak et nak kongsikan kegembiraan mak et setelah membuat bisnes kecil2lan barang tupperware,ni merupakan cek yang ke 3,lagi 2 cek masih di Segamat,yang ke tiga ni guna alamat Paka,tu yang teruja sikit walaupun jumlahnya x lah sebesar mana,tp syukur kerana keja part time ni memberi duit tepi..bagi sesape yang nak beli barang tupperware mehlah order ngn mak et nanti mak et bagi diskaun%%%%%% mari!mari!mari!:![]()
10 Oktober 2011
Jodoh kami sampai di sini nampaknya…
Assalamualaikum semua..semoga sihat hendaknya disamping insan2 yang tersayang..bagi mak et n famili,alhamdulilah sihat sokmo..bila dah lama x update ni rasa mcm ting tong sekejap hehehehe..Sebenarnya pada 22 September yang lalu mak et n anak2 dok bertapa di rumah bonda memandang suami ada urusan keja di Bintulu,dan secara x rasminya 2 anak dara mak et pun cuti khas selama 2 minggu..bila dah sampai Paka balik ni kepalanya mengong pulak,nak updater segala cerita,resepi pun mood ke laut ditambah pulak jodoh kami x panjang di bumi Ganu ni..erm antara faktor kami berpindah kerana kurang keserasian dok di sini diikuti pulak ngn peluang keja suami yang lebih baik di tempat baru,rezeki anak2,alhamdulilah..x salah kan tempat ini tapi diri ini,apapun seronok dapat dok kat sini walaupun hanya 3 bulan dok di sini.pasni kalu g Ganu tempat ini akan menjadi kenangan kami hehehehe..
Tempat tinggal baru mak et nanti adalah di area Bangi..kami akan berpindah ke Bangi dalam waktu terdekat ni,walaupu terbayang keja2 membungkus,mengangkut dan mengemas semula tp x apalah semua itu pengalaman kan..biarlah penat tapi hati gumbira.
Oklah yea,ada masa nanti mak et update lagi yer nak selesaikan urusan keja2 yang x seberapa ni sebelum kaki melangkah pergi meninggalkan Terengganu Darul Imansebelum tu jom layan lagu ni..
15 September 2011
Suratan atau Kebetulan..?
Assalamualaikum semua pengunjung bog mak et yang selalu menjenguk blog yang suam2 kuku ni,sebenarnya tuan rumah ni pun berkeadaan suam2 kuku hehehe,masih lemau sebb masih lagi dalam suasana hari raya walaupun x kemana2 beraya sejak balik Paka ni,maklumlah eden kan perantau dalam Malaysia hehehehe..
Cerita masak2 pun agak lemau nak tayang,mungkinkah sebab????hehehehe sebab apa?nantilah mak et kongsikan yer buat masa sekarang simpan dulu yea..Dah lama nak kongsikan cerita gembira ketika Aidilifitri yang lalu seperti tajuk diatas kisahnya..Ala2 jejak kekasih gitu hehehehehe ops! jejak kasih..
Kisahnya begini ,kejadian berlaku pada hari Raya ke 4 di Kampung mertua,adik ipar yang dok bertapa di Korea pun balik bercuti,jadi seronoklah kan anak2 buah bila pakciknya yang dok jauh balik beraya nak dijadikan cerita Cik Ghani(adik ipar) bagi tau kawan dia yang keja sebagai trainer di Korea kampungnya di Panchor,Muar nak datang beraya,kawannya pun x sebaya kira pangkat Abanglah,dah kawen n anak2 pun dah 3,jadi mak et n ahli keluarga lain dengar jelah..oooo
Seperti yang dijanjikan lepas Maghrib sampailah kawan Cik Ghani dan famili dia,masa tu mak et x jenguk pun tetamu yg dtg sibuk kat dapur nguyah kuih raya hehehehe lepas menggoreng mee hon untuk tetamu Cik Ghani,sebenarnya mak et yang terlebih rajin yang mengoferkan diri nak masak,Cik Ghani pun sukalah jimat duit x yah nak beli kat warung.
Setelah tetamu menyuarakan hasrat nak balik ,en suami bg tau ‘Ct g lah salam isteri kawan Ghani,dia orang dah nak balik tu’..lebih kurang mcm tulah kata2 manis en suami..pastu dengan rela hati mak et pun naik ke atas nak bersalam DAN…
Alangkah terperanjatnya mak et apabila melihat wajah isterinya itu..siapakah dia??
Kak Fieah..@ Refiah Jamian(maap ye curi gambar dr FB akak)
Rupa2nya senior mak et semasa bersekolah di Sek Men Agama Kerajaan Johor(Kluang) aka kakak angkatku hehehehhe..apa lagi sibuklah berbual2 sehingga suami dia n suami mak et bg can berbual2 jejak kasih postpone waktu balik kejap hehehehehe,lama x jumpa tau last jumpa 1996 hari terakhir dia di Sekolah.,syukur sangat2 dapat berjumpa kembali walaupun sekarang ni kalau nak cari kawan2 dah senang.tp bila jumpa dengan cara begini seronok rasanya..bila dah sibuk berbual nak ambik gambar pun lupa!
Itulah kisahku SURATAN@KEBETULAN..cheewah!pasni cari lagu tu kat youtube yea..
p/s balik keja nak membungkus baju2,malam nak g beraya ke Bangi,Shah Alam n Sungai Bulohseronoknya nak g raya..
07 September 2011
Kutip kad raya dari blogger2 hebat…
Assalamualaikum semua,selamat Hari Raya Aidilfitri dari mak et n famili.Semoga Aidilfitri anda semua membahagiakan lebih2 lagi disamping insan2 yang tersayang walau dimana jua anda berada.Hari ni mak et nak kutip kad raya dari sifu2 mak et yang hebat dengan masakan dan sentiasa menjadi rujukan mak et kerana mereka tidak lokek dengan resepi dan jugak tip2 masakan.terima kasih sifu2 ku
Sifuku yang paling mantopp!!Sifu Ah Mat Gebu..raya tahun ni x dpat dtg Sedenak sebab dah duk jauh di pantai timur
![]()

dari kak Yatie yang sentiasa cool
dari Kak Ummi Kuantan yang sentiasa ceria diblognya walaupun x pernah bersua muka.
dari Ros jintanmanis pakar dalam meroti..
Kak Ita yang kreatif dalam mempersembahan masakannya..x pernah bertegur sekadar silent reader.

Ni pun sifu yang sentiasa berkongsi segala cerita suka duka dan pengalamannya kepada pengunjung2 blognya iaitu Kak Lia
05 September 2011
Selamat Hari Raya n Selamat bertugas kembali..
Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia ini,semoga semua sihat hendaknya,bagi yg dah mula bertugas silalah lakukan tugas2 anda dengan bersemangat yer yang masih bercuti lagi selamat bercuti raya,erm mak et n famili selamat sampai kembali ke bumi Terengganu pada hari Sabtu jam 1110malam,dalam hati ni sayu jer macam x puas jumpa ahli keluarga jugak sanak saudara tapi apa kan daya dah tugas suami bertimbun2 menanti,ku gagahi jugak pulang ke Ganu huhuhuhuhuhu…
Alhamdulilah Aidilfitri kali ini begitu membahagiakan mak et n famili sebab utamanya giliran beraya di JB,rumah bondaku,dapatlah merasa daging masak dalca bonda,meronda2 bazar ramadhan di Bandar Baru Uda yang meriah jugak berbuka puasa dan bersahur bersama bonda, adik beradik,ipar duai dan anak buah walaupun dihujung Ramadhan
Walaupun cuti raya x panjang,mak et n famili dapat menziarahi rumah nenda,pakcik dan makcik kedua belah bonda dan abah mak et ,rumah saudara belah suami pun alhamdulilah sempat kami ziarah,cuma kesempatan ke rumah sahabat handai je x tertunai.insyaALLAH jika dipanjangkan umur kami akan menziarahi rumah sahabat handai dan saudara mara yang x sempat kami ziarahi.
Di kesempatan ini mak et ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung blog mak et,saudara mara,sahabat blog,sahabat FB x kira dimana jua anda berada,semoga ikatan silaturrahim antara kita berkekalan selamanya walau di alam mana jua kita bersua..
25 Ogos 2011
Aura balik raya sudah terasa..
puan blog interprem jap hehehehhe..
Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di penghujung Ramadhan..adong dah lama x mengupdate blog ni,sibuk +penat sangat sejak bekerjaya ni,balik keja terus ke dapur,malam lepas isyak dah bammm..nak entri cerita masak2 pun x berkesempatan sekarang ni,nak cerita yang lain2 pun dah x mampu nak di kongsikan di blog ni,apapun mak et tetap BW blog rakan2 kalau x di laptop di hpn..cuma jika ada kesempatan jejak rindu akan di tinggalkan jika x bekesempatan hanya di ingatan jer.
Sebenarnya dah rindu sangat2 nak jumpa family di JB,harap2 dapat balik seawal yang boleh,perasaan ni dah melayang2 ke rumah bonda,nenda,makcik2,pakcik2,mertua dan semua sanak saudara di Johor,kalau ikutkan hati mcm nak naik bas jer hehehehe..(mcmlah tiket bas ada lagi)
Tahun ni mak et beraya di rumah bonda bersama adik beradik,lepas bersalaman kami akan bergerak pulang ke Pontian beramai2 ke rumah 2 nenda diikuti rumah pakcik2 dan makcik2 belah Abah dan bonda dua-dua di Pontian,bermalam semalam di Pontian pada malam raya ke 2,keesokkannya bergerak pulang ke Muar pulak…
Pertama kali dalam hidup nak balik kampung menempuh perjalanan jauh,harap2 dipermudahakan segalanya,mengikut perancangan,kami pulang ke Johor Bahru pada hari Sabtu petang kerana suami mak et masih lagi bekerja pada hari tu,tp mak et berharap dpt balik awal lagi hehehehehe.malam ni operasi membungkus baju2 dan apa jua yang boleh dibungkus bermula..
Sebelum balik awal2 lagi dah call bonda mintak masakkan dalca daging.terngidam pulak..aduh..perasaan ni dah melayang2 ke Johor..tolong!!!!
Sebelum mengundur diri mak et ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog mak et,jika ada terguris perasaan dengan celoteh mak et,Salam Aidilfitri semoga anda semua meraikannya bersama insan2 tersayang dan bergembira hendaknya,jika diberi kesempatan insyaALLAH akan mak et kongsikan bersama kisah Aidilfitri.
Doakan kami selamat sampai ke destinasi,begitu jugak dengan anda semua,berhati2 di jalanraya..
11 Ogos 2011
Selamat panjang umur Dahlia Sofia Binti Abd Razak….
semasa berusia 2 bulan dah pandai kenyit!
semasa berusia 3 bulan,rindunya saat ini!
sekarang dah besar dia!
Salam 11 Ramadhan semua,kalau semalam mak et berkongi cerita dapat anak buah baru,hari ni pulak berkongsi cerita hari kelahiran Dahlia Sofia Binti Abd Razak yang ke 3tahun hari ni,dah besar dia,macam baru jer melahirkan dia..
Sepanjang mengandungkan Dahlia,mak et x ada masalah,semua boleh dimakan tiada yang alah..tp yang paling x boleh mis 100plus n megi @mamee.semasa g check bulanan doktor kata Dahlia akan keluar pada tarikh 8.8.2008,sampai jer tarikh tu x ada tanda2 nak bersalin pun, 2 hari tunggu x nak keluar jugak si Dahlia ni,maka mak et g check doktor kata jalannya baru 1 cm..suh datang esok,sempatlah melihat adik lelaki mak et nikah kat Pontian walaupun dalam hati ni berdebar2.
Pada pagi Isnin selepas sarapan mak et n suami pun ke klinik bersalin,doktor mengesyorkan masuk ubat supaya baby ni keluar,macam kes Damia Insyirah,setelah masuk ubat dalam 5jam ,tanda2 nak bersalin mula terasa,perut mula memulas,pinggang pun sengal,datang Puan Misi check kata jalan dah buka sepenuhnya,lepas panggil doktor x sampai 10minit,keluarlah Dahlia Sofia seberat 3.43kg pada jam 130petang.
Mama,papa,Kakak Balqis dan Kakak Insyirah mendoakan adik dipanjangkan umur,diberi nikmat kesihatan yang baik,menjadi anak dan adik yang baik,AMIN..Kami sayang sangat kat ADIK!
Kalau x ada aral kita sambut kat rumah Atok yer dik!Petang ni nak balik Muar,doakan perjalanan kami selamat
10 Ogos 2011
Tahniah Cik Olen n uncle Mad..
Assalamualaikum berjumpa lagi..hari ni mak et nak berkongsi berita gembira,adik ipar mak et selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada pagi tadi jam 130 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,baby boy seberat 3.6kg,semoga kehidupan Cik Olen dan suami bertambah bahagia lagi lebih2 lagi dibulan mulia ini,AMIN..
InsyaALLAH jika dipanjangkan umur kita berjumpa di kg hujung minggu ini kerana kami akan pulang pada esok hari..yahooo! x sabar nak jumpa Mad Noor Junior
09 Ogos 2011
Sebulan sudah..
(tq mr google)
Assalamualaikum semua,selamat berpuasa..dah 9hari kita melalui bulan Ramadhan Al Mubarak semoga kita terus kuat dan sihat hendaknya..diam x diam dah sebulan mak et n famili duk kat Paka,rasanya macam dah lama dok sini,rindu kat kampung halaman mula terasa,harap2 minggu ni dapat balik Muar,rindu sangat2 merasai suasana Ramadhan di Johor.
Kerasian di sini masih belum dapat dirasai di sini,lebih2 lagi bab makanan,masih kurang serasi dengan anak tekak mak et n famili di sini,rindunya Bazar Ramadhan Sungai Abong,Parit Sulong,Bandar Baru Uda,Kampung Melayu ..rindu semuanya termasuk orang2 di JB,masakan bonda khasnya..
(tq mr google)
Alhamdulilah persiapan raya untuk anak2 pun dah siap,pada hari Sabtu lepas mak et n anak2 dapat ikut suami ke Taman Maluri atas urusan keja,sempatlah kami menggunakan kesempatan yang ada untuk bershoping2 kat Jusco Taman Maluri,selesai sudah persiapan raya anak2 dan mamanya sekali,cuma kesempatan nak membakar biskut-biskutan jer x dapat dipastikan lagi ni,harap2 mampu nak membiskut kalau x beli jelah heheheheehe..
Oklah nanti mak et sambung lagi yer,nak balik masak!!!
04 Ogos 2011
GOLDEN CHURN @MAJERIN CAP TONG SAH HARAM…
artikel diambil dari sifu n sis lin thanks!
Assalamualaikum semua,alhamdulilah berjumpa lagi kita hari ni,selamat menunaikan ibadah puasa semua.Hari ni mak et nak kongsikan bersama info yang amat penting untuk semua pengguna golden churn seperti mak et n bonda mak et jugak mereka2 rajin membakar kek,biskut dan menggunakan jenama ini.
Bonda mak et selalu menggunakan majerin ini semasa membuat kek kukus buah2an.apapun bila dah tahu sebaik2nya kita tinggalkan aje majerin ini buat selamanya.Semoga ketelanjuran kita memakannya di ampunkan ALLAH kerana tidak tahu,AMIN..
Terima kasih kepada sifu Mat Gebu jugak Sis Lin dan rakan2 blogger lain yang berkongsi info ini
03 Ogos 2011
Sekolah Baru Kakak Balqis n Damia..
Assalamualaikum semua,,berjumpa lagi ..dah 3 Ramadhan hari ni,1 dan 2 Ramadhan mak et hanya berbuka puasa bersama anak2 kerana suami ke Singapura,x sempat lagi nak meninjau2 bazar Ramadhan di sini,kalau x ada aral mungkin petang ni nak melihat keadaan bazar ramadhan di sini,mana yg berkenan bolehlah dibeli.
Ok ni lah wajah 2 abaradik yang bersekolah sama,nak masukkan Pra,penuh,nak masukkan Tabika Kemas x jumpa sekolahnya,tanya orang orang kata Sekolah ni,pergi daftar rupa2nya Sekolah ni Tabika Perpaduan,dah daftar x kan nak batalkan,sekolah jelah,sekali harung 1 sekolah cuma dia orang duduk asing2 ikut umur.
Semoga anak2 mama n papa dapat belajar rajin2 di tempat baru
31 Julai 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum semua..semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah mulia ini,maaf lah dah lama mak et menyepi,mood mengupdate lambat benar nak datang,tp mak et selalu jugak jalan2 ke blog kawan2 walaupun kadangkala tidak meninggalkan jejak,semoga ikatan persahabatan di alam blog terus berpanjangan,insyaALLAH..
Dikesempatan ini mak et ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal kita lalui walau dimana jua kita berada,begitu jgk dengan diri ini dan keluarga kerana ini merupkan Ramadhan pertama kali sambut di negeri orang ,dah jadi perantau lah kiranya kami ini hehehehe..walaupun sayu tapi itulah lumrah kehidupan kan.Jugak kemaafan dipohon seandainya mak et ada menguris perasaan anda semua tanpa disedari.
Jika diberi keizinan oleh ALLAH insyAALLAH mak et akan berceloteh lagi yer..kerana sekarang ni mak et telah memulakan tugas tambahan sebagai pekerja di tempat kerja suami,alhamdulilah,hikmah disebalik menjadi perantau.
11 Julai 2011
Bila Insyirah x tido siang beginilah jadinya…..
Assalamualaikum semua..ok hari ni mak et nak berkongsi cerita semasa nak bergerak ke Terengganu pada Jumaat malam 8hb Julai,kira2 pukul 10 malam,kami bergerak meninggalkan rumah..sebelum tu 3 dara sibuk ajak singgah rumah kawan Damia,namanya Dhia,papanya melayan permintaan 3 dara..nombor rumahnya x tahu main belasah jer,tengok keta x ada,si mama pun cakap Dhia x adalah dia balik rumah atok dialah,setelah mereka puashati,perjalanan pun diteruskan..
Setelah membelok ke lebuhraya Segamat-Kuantan,en suami berhenti lagi untuk mengisi minyak,lepas isi dia tanya,”nak makan x anak2 papa?”mama tukang jawab..”boleh jugak”,pusing2 kat kawaan Taman Yayasan,teruslah berhenti kat satu kedai makan,semasa nak turun tu Insyirah bg tau,”Insyirah x nak makan,Insyirah nak tido dalam keta”jadi yang turun makan hanya berempat jelah.Selepas siap makan,kami pun ke kereta,semasa nak bukak pintu x boleh bukak,rupa2nya Insyirah kunci dari dalam dan dia nyenyak tido di sit belakang,puaslah kami mengetuk cermin ,pintu sambil sebut nama Insyirah,namun..Insyirah x bergerak pun malah nyenyak tido..adoonnng!!!mcmana ni pa..mama yang gabra..sehingga 2 orang lelaki Cina menawarkan pertolongan yg agak menarik..apa dia???membunyikan hon keretanya yang boleh berdengung n cair ta*k telinga..namun Insyirah tetap maintain tido lena seperti tiada apa2 yang berlaku..mama semakin panik..papa nampak cool dalam hati xtahulah..
Setelah usaha lelaki Cina x berjaya,mereka meninggalkan kami huhuhu..bermacam2 perkara yang mak et pk..Insyirah kalau x tido siang,tido malam memang lena lah diulit mimpi,bom jatuh sebelah dia pun dia x bangun.
Akhirnya dengan izin ALLAH..suami menjenguklah kat tingkap bumbung keta,terbuka sedikit,barulah mak et teringat semasa nak memulakn perjalanan Dahlia sibuk nak jengukkan kepala dia,sambil tu tangan dia dah picit sikit suis tingkap bumbung tu tp terbukak sikit je..alhamdulilah,pemilik kedai makan pun memberi batang mop..lalu en suami pun menjolokkan batang mop dari atas tingkap ke butang pintu,semasa usaha ini dilakukan,mak et masih lagi mengetuk cermin dan memanggil nama Insyirah,sambil berselawat dan berdoa agar Insyirah sedar,namun Insyirah x bangun2 jugak huwaaa!!
ALHAMDULILAH..akhirnya pintu kereta berjaya dibuka atas usaha papa..syukur sangat2 masa tu..x terkata hanya ucapan ALHAMDULILAH berkali2...Kalau x,x tahulah apa yang akan terjadi,mungkin kami berempat tido kat sebelah keta hinggalah Insyirah bangun dan bukak pintu hehehehe..
Perjalanan di teruskan sehinggalah sampai ke Kuantan oleh kerana suami mak et dah ngantuk yang teramat2 sangat makanya kami bermalam di bandar Kuantan akhirnya,apapun fuh lega dah sampai separuh perjalanan kalau x masih lagi di Segamat menunggu Insyirah bangun..
Itulah kisah Damia Insyirah Binti Abd Razak..bila x tido siang sibuk main game dalam laptop mama,malamanya tido memang x sedar apa2..pengajarannya lepas ni,kena paksa Insyirah turun walaupun dia ngantuk dan keduannya papa kena simpan kunci pendua dalam dompet..
P/s:Petang ni mak et nak g station bas Dungun ambik bonda mak et n anak saudara sampai dari Jb..terubat rindu kat bonda..
10 Julai 2011
Akhirnya Segamat dan Johor Darul Takzim ku tinggalkan jua..
ami cue aka birasku..
Assalamualaikum semua pengunjung setia blog mak et,terima kasih kerana sudi menjenguk blog yg dah lama x berupdate,bukan malas tetapi kekangan masa dan keadaan diri yg kurang sihat membuatkan mood untuk mengupdate sedikit terjejas jugak untuk menjenguk blog rakan2 dan biras mak et..apapun mak et muncul lagi walaupun kali ni tidak berada di bumi lahir mak et,suami n anak2, sekarang mak et berada di negeri Darul Iman..
Dua minggu sebelum pindah mak et n anak2 pulang ke JB kerana adik lelaki mak et nikah,x buat majlis besar2an hanya kenduri kesyukuran,balik dari JB badan rasa lain macam,semua sakit2..almaklumlah adik yg nikah,kakak yang over buat itu,ini kesana kesini,dan akhirnya mak et kena demam urat..
pengantin bersama bonda n ayanhanda ku..i love mak n abah!
Lega sedikit sakit2 badan,operasi membungkus pulak,walaupun barang2 yg diangkut x banyak mana tp penatnya masyaALLAH..mak et sempat jgk mengekek n memufiin untuk kawan2 kakak Balqis n Kakak Insyirah pada hari terakhir persekolahan mereka di bumi Segamat, tp nak memposing nya malas + penat yang amat sangat ..segalanya tinggal kenangan.
X pelah kan,walau dimana jua kita berada Malaysia adalah tanahair kita yang tercinta huhuhuhu memujuk hati yang lara waktu ini,yang penting en suami ada disisi,senang nak uruskan segala keperluannya dan anak2 bila dia disampingku hehehhe..
Urusan anak ke sekolah mana masih x buat lagi,minggu depan baru mulakan,en suami kata bagi peluang anak2 bersukaria dulu ,mamanya pun ok bos!anak2 kena biasakan keadaan disini maklumlah sebelum ni cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad sekarang dah sampai sini Jumaat dan Sabtu n juga slang bahasa di sini ..insyaALLAH lama2 nanti dia orang biasa.
Cerita masak2,kek2,biskut2,muffin2 dan segala yang berkaitan dengan makanan akan menyusul,cuma x tahu cepat@lambat, sebab segala stok kuih muih mak et sudah tiada,nak kena cari kedai menjual bahan2 kuih dulu kat sini,x tahu lagi kat mana,en suami ada kelapangan nanti baru on GPS n tuju hehehe…
Oklah nanti mak et sambung lagi bercerita yer,harap terubat rindu yea..erm ada ke yang rindu kat mak et???kwang3x



