CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 Mac 2012

Minggu peperiksaan Sek Agama bermula..

2012-03-30 14.18.14

Assalamualaikum,alhamdulilah berkesempatan mengupdate lg,tentu ada yang berjalan2 @menghadiri majlis2 kenduri dihujung minggu sebegini,mak et n anak2 duk rumah je..lagipun minggu depan Kakak Balqis akan menghadapi peperiksaan semester pertama bagi murid2 darjah 1,2 dan 3..diikuti minggu seterusnya untuk murid2 darjah 4,5 dan 6..kerja hari ni dan esok adalah melayan kakak Balqis membaca kitab sek agama..

Seronoknya sistem peperiksaan Sekolah Agama di negeri Johor adalah jika murid darjah 1,2 dan 3 periksa,murid darjah 4,5 dan 6 akan bercuti seminggu dan begitulah sebaliknya,x pernah berubah sejak zaman mak et sekolah dulu..dan dulu kitab2nya boleh digunapakai sejak zaman  abang hinggalah ke adik2 yang lain.

Cuma sejak 3 tahun ni kalau x silap,kitab2 sekolah agama telah bertukar wajah dan isi kandungannya,lagi memudahkan anak2 untuk mengeja/membacanya dan ada gambar..senang dah anak sekarang..zaman mak et dulu kitabnya dahlah nipis pastu tulisannya kecik2,kalau yang tebal satu je mutlaalbadrain namanya,kitab warna biru digunakan dari darjah 4 hingga darjah khas...tp alhamdulilah sampai jugak darjah khas dan berkesempatan menjadi pendidik selama hampir 6 tahun di Sekolah Agama..rindunya kenangan jadi murid sekolah..

Sekarang giliran anak2 pulak..zaman tu dah berlalu,sudah menjadi kenangan semua tu..salah satu sebab mak et sayang nak tinggalkan negeri Johor adalah sistem sekolah agamanya yang dah lama wujud di negeri ni walaupun sekarang sistem pendidikannya telah mula dinaik taraf ke sistem lebih baik oleh Jakim.mak et x bermaksud memperkecilkan mana2 sek agama di negeri lain,sekadar berkongsi apa yg mak et tahu,jangan ada yang terasa hati pulak yea,belajar kat mana2 sama  yang penting rajin @malas jeWinking smile

2012-03-29 15.53.54

nilah jadual waktu periksa bagi murid2 darjah 1,2 dan 3 sekolah agama di negeri Johor..darjah 1 dan 2 cuma periksa 3 hari,Selasa,Rabu dan Khamis..jadi hari Isnin dan Jumaat x sekolah..

30 Mac 2012

Bila anak mula mengerti erti kerinduan..

 

DSC_0211

Kakak Balqis

Assalamualaikum semua..alhamdulilah diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi cerita di hari Jumaat yang mulia ini,sekadar kisah keluarga mak et.

Bila anak2 semakin membesar dan mula bersekolah,daya pemikirannya mula bercambah..tiba2 air mata ini mengalir deras apabila melihat gelagat anak sulungku dah mula memahami erti kerinduan bila berjauhan dengan papanya pabila  papanya berkata yang papa akan g keja esok..yelah bukannya dekat walaupun masih dalam Malaysia,jangka  waktu untuk pulang jugak bukan  seminggu dua bergantung pada rutin kerjanya ..jika banyak memakan masa sebulan setengah baru pulang berjumpa kami sekekuargaSad smile

Ketika si Anak mula memahami pasni lama lagi dapat bermanja dengan papanya dan mereka berpelukan di depan mata ini..begitu deras air mata ini mengalir tanpa dapat ditahan-tahan lagi..Begitu kuatnya kasih sayang seorang anak terhadap bapaknya,begitulah sebaliknya..Itulah pengorbanan yang mesti kami sekeluarga lalui..semoga ianya berbaloi dan diberkati ALLAH,Amin..

p/s..peristiwa ini berlaku pada 11MARCH 2012…

27 Mac 2012

Indahnya persahabatan ini..

(ihsan dari blog AYU)

Ayu bertudung n baju purple,sebelahnya kak Yatie dan disebelahku Kak SARI

Assalamualaikum semua..erm dah x tahu nak coret apa.lama sangat duk bertapa,diharapkan semua pengunjung blog mak et sihat dan terima kasih seandaianya anda masih sudi menjenguk blog yang kejap aktif kejap x..entahlah tuan empunya blog ni semakin sibuk ngn rutin seharian bersama anak2,lebih2 lagi dengan kehadiran boboboi yang masih terlalu awal utk mak et aktif kembali berblog..iyealah baru 26hari..masih tempoh darurat..jadual tido n jaganya pun x konsisiten lagi..jadi mamanya pun masih mamai nak pegang laptop..selalu layan pesbuk pun kat hanpon walaupun en suami dengan senang hati menghadiahkan saya n anak2 streamyx di rumah hehehehe..terima kasih yea En Suami..i lap u!

Sebenarnya mak et nak kongsikan perasaan mak et yang terlalu gembira,terharu dan bangga  kepada seorang blogger yang berbakat besar bukan saja dalam bidang memasak,mengecis tart,membakar jugak dalam bidang penulisan..sebab hari Jumaat lepas dia telah mengupdate@menunjukkan bakat diblognya sebuah kisah menarik yang menggabungkan blogger hebat,terima kasih  kak SARIatas persahabatan yang indah walaupun pertemuan kita baru sekali di banglo sifu Mat Gebu

..DAN kerananya jua mak et kuatkan hati mengupdate blog ni,kalau x,x tahu bilalah nak  mengupdatenya,InsyaALLAH jika berkesempatan mak et akan menukar segala langsir dan perabot dalam rumah ni kepada yang lebih antik lg hehehe..jika nak dibandingkan dengan  diri ni dengan Kak SARI,jauh bezanya,..nak tunjuk skill masak pun takut sendiri langgar pantang jadi melopong jelah sekarang ni,jalan2 blog otai2  yang mengupdate pelbagai resepi2 yang menyelerekan dan kerja mak et sekarang ni copy n paste je segala resepi tu..entahkan buat entahkan tidak,harap2 terbuatlah hendaknya..

Oklah atas tanda penghargaan mak et kepada blogger yang sudi mencoret nama ini di blognya,mak et nak kongsikan bersama pengunjung mak et kisah ini..harap2 anda semua sudilah membacanya yea terasa diri ni muda remaja ala2 cinta monyet dulu2 hehhehe..sila klik sini untuk episod pertama dan sini untuk episod ke 2…

Sekian…ada masa insyaALLAH akan ada entri terbaru lagi..wasalam.

08 Mac 2012

Alhamdulilah bertemu lagi…

 

2012-03-02 17.35.50

Assalamualaikum semua pengunjung blog mak et yang masih sudi menjenguk blog yang dah lama bersawang..bukan niat x nak berblog atau berjalan2 ke blog kawan2 n sifu masakan mak et yang mak et sayangi  tapi banyak faktor yang lebih penting dari berblog perlu diutamakan terlebih dahulu dan alhamdulilah kini segala perjalanan kehidupan mak et n famili sudah pun teratur,bila anak2 dah mula sek keb n sek agama jadi nampaknya tetaplah kami tinggal di Daerah Muar..akhirnya kembali jua ke negeri kelahiran kami sefamili…

Banyak cerita gembira  yang ingin mak et kongsikan bersama..insyaALLAH jika diberi kesempatan akan mak et kongsikan yea..cuma bab makanan buat masa ni x dapat nak kongsikan sebab mak et masih lagi dalam mood berpantang 44 hari hehehehe..tukang masak import aka bonda n mak mertua yang bertungkus lumus di dapur buat masa ini..jadi makan jelah apa yang dua bonda tu masak..

Pada 2 March yang lalu bersamaan hari Jumaat ,jam 1013am..alhamdulilah lahirlah putera yang kami sekeluarga nantikan..alhamdulilah bersyukur sangat2..seberat 3.4kg baby boboboi mak et diberi nama AHMAD DARWISY BIN ABD RAZAK