CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 September 2011

Suratan atau Kebetulan..?

Assalamualaikum semua pengunjung bog mak et yang selalu menjenguk blog yang suam2 kuku ni,sebenarnya tuan rumah ni pun berkeadaan suam2 kuku hehehe,masih lemau sebb masih lagi dalam suasana hari raya walaupun x kemana2 beraya sejak balik Paka ni,maklumlah eden kan perantau dalam Malaysia hehehehe..

Cerita masak2 pun agak lemau nak tayang,mungkinkah sebab????hehehehe sebab apa?nantilah mak et kongsikan yer buat masa sekarang simpan dulu yea..Dah lama nak kongsikan cerita gembira ketika Aidilifitri yang lalu seperti tajuk diatas kisahnya..Ala2 jejak kekasih gitu hehehehehe ops! jejak kasih..

Kisahnya begini ,kejadian berlaku pada hari Raya ke 4 di Kampung mertua,adik ipar yang dok bertapa di Korea pun balik bercuti,jadi seronoklah kan anak2 buah bila pakciknya yang dok jauh balik beraya nak dijadikan cerita Cik Ghani(adik ipar) bagi tau kawan dia yang keja sebagai trainer di Korea kampungnya di Panchor,Muar nak datang beraya,kawannya pun x sebaya kira pangkat Abanglah,dah kawen n anak2 pun dah 3,jadi mak et n ahli keluarga lain dengar jelah..oooo

Seperti yang dijanjikan lepas Maghrib sampailah kawan Cik Ghani dan famili dia,masa tu mak et x jenguk pun tetamu yg dtg sibuk kat dapur nguyah kuih raya hehehehe lepas menggoreng mee hon untuk tetamu Cik Ghani,sebenarnya mak et yang terlebih rajin yang mengoferkan diri nak masak,Cik Ghani pun sukalah jimat duit x yah nak beli kat warung.

Setelah tetamu menyuarakan hasrat nak balik ,en suami bg tau ‘Ct g lah salam isteri kawan Ghani,dia orang dah nak balik tu’..lebih kurang mcm tulah kata2 manis en suami..pastu dengan rela hati mak et pun naik ke atas nak bersalam DAN

Alangkah terperanjatnya mak et apabila melihat wajah isterinya itu..siapakah dia??

Peah oh Peah

Kak Fieah..@ Refiah Jamian(maap ye curi gambar dr FB akak)

Rupa2nya senior mak et semasa bersekolah di Sek Men Agama Kerajaan Johor(Kluang) aka kakak angkatku hehehehhe..apa lagi sibuklah berbual2 sehingga suami dia n suami mak et bg can berbual2  jejak kasih postpone waktu balik  kejap hehehehehe,lama x jumpa tau last jumpa 1996 hari terakhir dia di Sekolah.,syukur sangat2 dapat berjumpa kembali walaupun sekarang ni kalau nak cari kawan2 dah senang.tp bila jumpa dengan cara begini seronok rasanya..bila dah sibuk berbual nak ambik gambar pun lupa!

Itulah kisahku SURATAN@KEBETULAN..cheewah!pasni cari lagu tu kat youtube yea..

p/s balik keja nak membungkus baju2,malam nak g beraya ke Bangi,Shah Alam  n Sungai BulohSmileseronoknya nak g raya..

07 September 2011

Kutip kad raya dari blogger2 hebat…

Assalamualaikum semua,selamat Hari Raya Aidilfitri dari mak et n famili.Semoga Aidilfitri anda semua membahagiakan lebih2 lagi disamping insan2 yang tersayang walau dimana jua anda berada.Hari ni mak et nak kutip kad raya dari sifu2 mak et yang hebat dengan masakan dan sentiasa menjadi rujukan mak et kerana mereka tidak lokek dengan resepi dan jugak tip2 masakan.terima kasih sifu2 ku Smile

Sifuku yang paling mantopp!!Sifu Ah Mat Gebu..raya tahun ni x dpat dtg Sedenak sebab dah duk jauh di pantai timur Sad smile

dari kak Yatie yang sentiasa cool

 

dari Kak Ummi Kuantan yang sentiasa ceria diblognya walaupun x pernah bersua muka.

dari Ros jintanmanis pakar dalam meroti..

Kak Ita yang kreatif dalam mempersembahan masakannya..x pernah bertegur sekadar silent reader.

Ni pun sifu  yang sentiasa berkongsi segala  cerita suka duka dan pengalamannya kepada pengunjung2 blognya iaitu Kak Lia

05 September 2011

Selamat Hari Raya n Selamat bertugas kembali..

 

DSC_0662

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia ini,semoga semua sihat hendaknya,bagi yg dah mula bertugas silalah lakukan tugas2 anda dengan bersemangat yer yang masih bercuti lagi selamat bercuti raya,erm mak et n famili selamat sampai kembali ke bumi Terengganu pada hari Sabtu jam 1110malam,dalam hati ni sayu jer macam x puas jumpa ahli keluarga jugak sanak saudara  tapi apa kan  daya dah tugas suami  bertimbun2 menanti,ku gagahi jugak pulang ke  Ganu huhuhuhuhuhu…

Alhamdulilah Aidilfitri kali ini begitu membahagiakan mak et n famili sebab utamanya giliran beraya di JB,rumah bondaku,dapatlah merasa daging masak dalca bonda,meronda2 bazar ramadhan di Bandar Baru Uda yang meriah jugak berbuka puasa dan bersahur bersama bonda, adik beradik,ipar duai  dan anak buah walaupun dihujung RamadhanSmile

Walaupun cuti raya x panjang,mak et n famili dapat menziarahi rumah nenda,pakcik dan makcik kedua belah bonda dan abah mak et ,rumah saudara belah suami pun alhamdulilah sempat kami ziarah,cuma kesempatan ke rumah sahabat handai je x tertunai.insyaALLAH jika dipanjangkan umur kami akan menziarahi rumah sahabat handai dan saudara mara yang x sempat kami ziarahi.

Di kesempatan ini mak et ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin  kepada semua pengunjung blog mak et,saudara mara,sahabat blog,sahabat FB x kira dimana jua anda berada,semoga ikatan silaturrahim antara kita berkekalan selamanya walau di alam mana jua kita bersua..