CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 Ogos 2011

Aura balik raya sudah terasa..

DSC_0286

puan blog interprem jap hehehehhe..

Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di penghujung Ramadhan..adong dah lama x mengupdate blog ni,sibuk +penat sangat sejak bekerjaya ni,balik keja terus ke dapur,malam lepas isyak dah bammm..nak entri cerita masak2 pun x berkesempatan sekarang ni,nak cerita yang lain2 pun dah x mampu nak di kongsikan di blog ni,apapun mak et tetap BW blog rakan2 kalau x di laptop di hpn..cuma jika ada kesempatan jejak rindu akan di tinggalkan jika x bekesempatan  hanya di ingatan jer.

Sebenarnya dah rindu sangat2 nak  jumpa family di JB,harap2 dapat balik seawal yang boleh,perasaan ni dah melayang2 ke rumah bonda,nenda,makcik2,pakcik2,mertua dan semua sanak saudara di Johor,kalau ikutkan hati mcm nak naik bas jer hehehehe..(mcmlah tiket bas ada lagi)

Tahun ni mak et beraya di rumah bonda bersama adik beradik,lepas bersalaman kami akan bergerak pulang ke Pontian beramai2 ke rumah 2 nenda diikuti rumah pakcik2 dan makcik2 belah Abah dan bonda dua-dua di Pontian,bermalam semalam di Pontian pada malam raya ke 2,keesokkannya bergerak pulang ke Muar pulak…

Pertama kali dalam hidup nak balik kampung menempuh  perjalanan jauh,harap2 dipermudahakan segalanya,mengikut perancangan,kami pulang ke Johor Bahru pada hari Sabtu petang kerana suami mak et masih lagi bekerja pada hari tu,tp mak et berharap dpt balik awal lagi hehehehehe.malam ni operasi membungkus baju2 dan apa jua yang boleh dibungkus bermula..

Sebelum balik awal2 lagi dah call bonda mintak masakkan dalca  daging.terngidam pulak..aduh..perasaan ni dah melayang2 ke Johor..tolong!!!!

Sebelum mengundur diri mak et ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog mak et,jika ada terguris perasaan dengan celoteh mak et,Salam Aidilfitri semoga anda semua meraikannya bersama insan2 tersayang dan bergembira hendaknya,jika diberi kesempatan insyaALLAH akan mak et kongsikan bersama kisah Aidilfitri.Winking smile 

Doakan kami selamat sampai ke destinasi,begitu jugak dengan anda semua,berhati2 di jalanraya..

11 Ogos 2011

Selamat panjang umur Dahlia Sofia Binti Abd Razak….

 

 

Image027

semasa berusia 2 bulan dah pandai kenyit!

Image057

semasa berusia 3 bulan,rindunya saat ini!

DSC_0252 (2)

sekarang dah besar dia!

Salam 11 Ramadhan semua,kalau semalam mak et berkongi cerita dapat anak buah baru,hari  ni pulak berkongsi cerita hari kelahiran Dahlia Sofia Binti Abd Razak yang ke 3tahun hari ni,dah besar dia,macam baru jer melahirkan dia..

Sepanjang mengandungkan Dahlia,mak et x ada masalah,semua boleh dimakan tiada yang alah..tp yang paling x boleh mis 100plus n megi @mamee.semasa g check bulanan doktor kata Dahlia akan keluar pada tarikh 8.8.2008,sampai jer tarikh tu x ada tanda2 nak bersalin pun, 2 hari tunggu x nak keluar jugak si Dahlia ni,maka  mak et g check doktor kata jalannya baru 1 cm..suh datang esok,sempatlah melihat adik lelaki mak et nikah kat Pontian walaupun dalam hati ni berdebar2.

Pada pagi Isnin selepas sarapan mak et n suami pun ke klinik bersalin,doktor mengesyorkan masuk ubat supaya baby ni keluar,macam kes Damia Insyirah,setelah masuk ubat dalam 5jam ,tanda2 nak bersalin mula terasa,perut mula memulas,pinggang pun sengal,datang Puan Misi check kata jalan dah buka sepenuhnya,lepas panggil doktor x sampai 10minit,keluarlah Dahlia Sofia seberat 3.43kg pada jam 130petang.

Mama,papa,Kakak Balqis dan Kakak Insyirah mendoakan adik dipanjangkan umur,diberi nikmat kesihatan yang baik,menjadi anak dan adik yang baik,AMIN..Kami sayang sangat kat ADIK!

Kalau x ada aral kita sambut kat rumah Atok yer dik!Petang ni nak balik Muar,doakan perjalanan kami selamatSmile

 

10 Ogos 2011

Tahniah Cik Olen n uncle Mad..

DSC_0038

Assalamualaikum berjumpa lagi..hari ni mak et nak berkongsi berita gembira,adik ipar mak et selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada pagi tadi jam 130 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,baby boy seberat 3.6kg,semoga kehidupan Cik Olen dan suami bertambah bahagia lagi lebih2 lagi dibulan mulia ini,AMIN..

InsyaALLAH jika dipanjangkan umur kita berjumpa di kg hujung minggu ini kerana kami akan pulang pada esok hari..yahooo! x sabar nak jumpa Mad Noor JuniorSmile

09 Ogos 2011

Sebulan sudah..

red ribbon formed the 30 number

(tq mr google)

Assalamualaikum semua,selamat berpuasa..dah 9hari kita melalui bulan Ramadhan Al Mubarak semoga kita terus kuat dan sihat hendaknya..diam x diam dah sebulan mak et n famili duk kat Paka,rasanya macam dah lama dok sini,rindu kat kampung halaman mula terasa,harap2 minggu ni dapat balik Muar,rindu sangat2 merasai suasana Ramadhan di Johor.

Kerasian di sini masih belum dapat dirasai di sini,lebih2 lagi bab makanan,masih kurang serasi dengan anak tekak mak et n famili di sini,rindunya Bazar Ramadhan Sungai Abong,Parit Sulong,Bandar Baru Uda,Kampung Melayu ..rindu semuanya termasuk orang2 di JB,masakan bonda khasnya..

Jusco Taman Maluri

(tq mr google)

Alhamdulilah persiapan raya untuk anak2 pun dah siap,pada hari Sabtu lepas mak et n anak2 dapat ikut suami ke Taman Maluri atas urusan keja,sempatlah kami menggunakan kesempatan yang ada untuk bershoping2 kat Jusco Taman Maluri,selesai sudah persiapan raya anak2 dan mamanya sekali,cuma kesempatan nak  membakar biskut-biskutan jer x dapat dipastikan lagi ni,harap2 mampu nak membiskut kalau x beli jelah heheheheehe..

Oklah nanti  mak et sambung lagi yer,nak balik masak!!!Winking smile

04 Ogos 2011

GOLDEN CHURN @MAJERIN CAP TONG SAH HARAM…

artikel diambil dari sifu n sis lin thanks!

Assalamualaikum semua,alhamdulilah berjumpa lagi kita hari ni,selamat menunaikan ibadah puasa semua.Hari ni mak et nak kongsikan bersama info yang amat penting untuk semua pengguna golden churn seperti mak et n bonda mak et jugak mereka2 rajin membakar kek,biskut dan menggunakan jenama ini.

Bonda mak et selalu  menggunakan majerin ini semasa membuat kek kukus buah2an.apapun bila dah tahu sebaik2nya kita tinggalkan aje majerin ini buat selamanya.Semoga ketelanjuran kita memakannya di ampunkan ALLAH kerana tidak tahu,AMIN..

Terima kasih kepada sifu Mat Gebu jugak Sis Lin dan rakan2 blogger lain yang berkongsi info ini  Smile

03 Ogos 2011

Sekolah Baru Kakak Balqis n Damia..

 

 

DSC_0248

Assalamualaikum semua,,berjumpa lagi ..dah  3 Ramadhan  hari ni,1 dan 2 Ramadhan mak et hanya berbuka puasa bersama anak2 kerana suami ke Singapura,x sempat lagi nak meninjau2 bazar Ramadhan di sini,kalau x ada aral mungkin petang ni nak melihat keadaan bazar ramadhan di sini,mana yg berkenan bolehlah dibeli.

Ok ni lah wajah 2 abaradik yang bersekolah sama,nak masukkan Pra,penuh,nak masukkan Tabika Kemas x jumpa sekolahnya,tanya orang orang kata Sekolah ni,pergi daftar rupa2nya Sekolah ni Tabika Perpaduan,dah daftar  x kan nak batalkan,sekolah jelah,sekali harung 1 sekolah cuma dia orang duduk asing2 ikut umur.

Semoga anak2 mama n papa dapat belajar rajin2 di tempat baruSmile