CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 April 2011

Jom kita hayati maksud mutiara kata ni..

images

(ihsan uncle google)

 

Kadang2 kita meminta pd Allah setangkai bunga yg indah tp Allah berikan kaktus berduri,kita minta kupu2 tp diberikan ulat.Kita pun sedih,kecewa bahkan marah!Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali&ulat itupun jadi kupu2 yg cantik.Itulah jalan Allah SWT,indah pd waktu-NYA.Allah tidak memberi apa yg kita harapkan, TAPI Allah memberikan apa yg kita perlukan.

Tuna Roll Rangup..

Image4493

Assalamualaikum semua..selamat berjumpa lagi ,dah hari Khamis kan?hehehe..hari ni mak et buat tuna roll ni setelah memendam rasa,setelah menjenguk dapur sifu Ah Mat Gebu ,kebetulan anak2 pun dah tak berapa nak makan nasi tengahari,jadi mamanya buatlah tuna roll diwaktu tengahari buta yg panas terik,erm sedap jgk…x payah tunggu petang .

Mak et buat separuh dari resepi dibawah,sebab bila dah dipotong kecik2 memang boleh makan 2 orang kanak2..menu pun sesuai untuk sarapan pagi.jadi sesape yg nak mencubanya silalah yer,terima kasih sifu,izinkan mak et C&P resepinya.Kalau nak tengok cara2nya step by step boleh ke DTSyer..

BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon
BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu cair dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
  2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).
  3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

27 April 2011

Bila Dahlia keseorangan…

Apa aktiviti sampingan Dahlia bila kakak2nya g Sekolah..nak tahu?ok jom…

Image4481

erm tengah khusyuk dia layan lappy ..sebelum tu tengoklah lappy mama dia pakaikan bedak huhuhuhu..

Image4484

main tekan2 jer..mcm handal je guna sebelah tangan pulak tu..buat keja apa tu?

Image4482

ooo..main game rupanya..ok teruskanlah ye..

TAG DARI PUAN YANG SANGAT COMEL..

Assalamualaikum semua..jumpa lagi di hari Rabu,sekejap je dah hari Rabu kan?lagi 2 hari dah hari Jumaat kan?hehehhe…sabar..sabar..sabar..Hari ini nak menjawab tag yg diberikan  oleh Kak Sari Yusa sahabat alam maya,suka baca cerita harian dia,sempoi dan menghiburkan.

Terima kasih yer kak.semoga persahabatan ini terus berpanjangan dan kekal selamanya,Amin..Ok jom layan jawapan mak et,harap memuaskan hati yea Kak..sekadar suka suki di hari Rabu.

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
  Bekas Pelajar UTM dalam bidang Ukur bahan..

2.Saya sedang mendengar :

Sinar FM..

3.Mungkin saya patut:

Hantar ucapan..


4.Saya suka :

Memukul telur sampai kembang heheehe..

5.Sahabat baik saya :

Abd Razak Bin Salleh

6.Saya tak faham :
Kenapa orang yang suka memperlekehkan orang x bekerja seperti saya huhuhu..


7.Saya kehilangan :

seliper nike suatu masa dahulu

8.Ramai yg bertanya :

kenapa berhenti kerja???sayangnya!!

9.Makna nama saya :

X ada makna sebab sejarahnya mak n abah  pilih sebab masa tu Azean Erdawaty tgh popular sebagai penyanyi..ha tu yg dia orang letak Siti Indrawati..hihihihi.. 

10.Cinta itu adalah :

Sesuatu yg amat bermakna dalam hidup ..lebih2 lagi jika kita  menyintai orang yg benar2 menyintai kita jugak cinta kepada ALLAH dan sesama makhluknya..

11.Saya akan cuba :

Menjadi isteri,mama,anak,menantu,ipar duai dan sahabat yg terbaik..

12.Telefon bimbit saya :

Nokia tetap di hatiku sampai bila2..hehehe..

13.Bila saya terjaga dari tidur :

Syukur,alhamdulilah masih bernafas untuk melaksanakan tugas2 harian.

14.Saya paling meluat apabila:

Orang  yang suka memandang rendah pada orang lain..


15.Pesta/party adalah :

Menyeronokkan dan menyenyangkan

 
16.Haiwan yg paling comel :

Arnab


17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :

24 tahun..jadi isteri kepada suami yg amat penyanyang..

18.Hari ini :

 Rabu


19.Malam ini saya akan :

Menjenguk almari doreomon saya di dapur ..apa aku nak buat erk?

20.Esok pula saya akan :

Macam biasa menghantar dan mengambil anak dari sekolah,kalau rajin singgah kedai beli Metro..


21.Saya betul2 inginkan :
Kebahagiaan yg berterusan dalam famili..ada rezeki nak tambah lagi ahli keluarga ,AMIN..

22.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :

Cantik lagi aku yer..hehehe..manisnya senyumanku  walaupun belum berus gigi..

23.Siapa yg anda mahu tag

1.Birasku ami cue

2.Zura permata hatiku

3.HotMaMa Lela

4.Dila D sweetkitchen

26 April 2011

MUFFIN PISANG

Image4472

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Selasa.alhamdulilah..semoga anda semua sihat hendaknya..sambil menghitung hari tunggu en suami balik hari Jumaat ni..lagi 3 hari, anak2 pun dah sibuk kira berapa hari lagi hari Jumaat..

Ok hari ni nak tayang muffin pisang yg sempat di buat pagi tadi,anak2 mak et kalau balik sekolah sekarang dah jarang nak makan nasi,lagi sekarang ni cuaca panas terik,jadi mak et buat muffin ni,pisang pun kebetulan ngam2 ada 3 biji dan cukup2 secawan setelah dilecek..mak et kutip resepi ni sekali lagi dari buku kek cawan hasil Puan Lynn Hassan,amat puas hati,cukup rasa..Terima kasih Puan Lynn.

Jom layan resepi dan cara2nya:

Bahan-bahannya:

3/4 cawan gula kastor

1/2 cawan minyak jagung

2 biji telur

1sudu teh esen vanila

1 cawan pisang yg dilecek(mak et guna pisang berangan)

1 1/4 cawan tepung halus

1 sudu teh soda bikarbonat

secubit garam

40gram walnut dicincang kasar

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suu 180’c.

2Ayak tepung halus bersama soda bikarbonat.Gaul dengan garam dan walnut cincang,ketepikan adunan kering ni.

3Pukul gula dan minyak sampai gula hancur,Masukkan telur sebiji demi sebiji,Pukul lagi kemudian masukkan esen vanila dan pisang yg dilecek.

4Akhir sekali masukkan bahan kering tadi.Gaul rata  dan bakar selama 23minit,bergantung pada oven masing2 dan saiz kertas cawan yg digunakan.

24 April 2011

CURRY PUFF..

Image3669

Assalamualaikum semua,apa aktiviti hari ni?semoga ia menggembirakan anda semua .mak et n anak2 x kemana2 duk rumah je,lagipun cuaca kat luar  panas terik,layan tv sambil kemas rumah dan buatlah apa2 yg difikirkan patut…dah minum petang? mak et buat curry puff.stok puff masih ada,kali ni mak et letak inti keledek..buat inti pun x pedas jd laju jelah anak2 makan..

Ok jom layan resepi inti yg simple dan sedap,khasnya untuk anak2 yg x tahan pedas sebab x letak cili kering/giling,ikut selera masing2 lah,kalau nak pedas letaklah cili.

Bahan inti keledek

  • 2 sudu besar ikan bilis(kalau nak letak udang kering pun boleh)*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* bhn yg di tumbuk)
  • 4 biji keledek sederhana besar, dipotong dadu  n rendam dengan air.
  • 3 sudu makan serbuk kari daging baba’s
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara Masak Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yg telah di tumbuk dan gaul sebati.
  2. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Apabila garing masukkan air dan keledek. Kacau rata dan masak hingga keledek empuk.
  4. Setelah sebati,rasa,sekiranya dah ok, angkat dan sejukkan.

22 April 2011

Blueberi cheese tart..

Image4448

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Jumaat penghulu segala hari,semoga sihat hendaknya,semalam petang mak et merajinkan diri mengecis tart ni,sebab suami nak  baliklah katakan ,tp en suami call bagi tau x jadi balik minggu ini tunda ke minggu depan,jadi projek mengecis ni tetap diteruskan jgk,walaupun hati lara huhuhu..x pe sabar..minggu depan bukannya lama pun,pujuk hati yg lara ni,kalau ada lagi hayat tart ni berjumpalah ngn en suami,kalau x kena tunggu mood rajin datang lagi lah yer..resepinya mak et  kutip dari dapur Kak Sari Yusa yg merupakan tauke cheese tart,cuma mak et olah dari strawberi kepada blueberi ,memang sedap,tp tangan keras yg buat jadi kejadian tart shell ni x lah secantik tauke yg jual,untuk makan sendiri oklah tu kan,anak2 pun x berhenti2 ngap heheh..terima kasih kak Sari Yusa..

Pagi tadi sempatklah g Billion membeli susu anak2 dan keperluan dapur sikit,memandangkan stok susu anak dah tinggal sikit,sebab cadangnya nak g beli ngn en suami,dah dia  xjadi balik,g lah berdua ngn si Dahlia,pastu cepat2 bayo n terus ke sekolah kakak Balqis dan Insyirah,nasib baik dia orang x balik lagi,mak et malas nak pergi berempat,faham2 sendirilah kalau dah 4 kepala berada di Billion mcm2 kejadian boleh berlaku ,pergi berdua lebih selamat..

Image4431

Haa saja jer masukkan gambar  char kue teow ni,menu petang ni,nak tahu resepinya boleh rujuk kat   DTS yer,resepi yg senang dan sempoi jer..terima kasih sifu ah Mat Gebu.Ok bagi sesape nak mencuba cheese tart ni bolehlah  rujuk resepi yg mak et C&P dari dapur Kak Sari Yusa dan sumber dari Kak Azita Zain…terima kasih kalian berdua,izinkan mak et copipes yer.1 adunan ni boleh dapat 70 biji,tp mak et hanya dapat 66 biji jer..

Cheese Tart
Sumber:
Kak Azita Zain
Bahan-bahan Kulit Tart:
170gm margerin
50gm gula icing
1 biji telur (C)
1st esen vanilla
290gm tepung gandum
Cara-cara:
~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu, pukul sekejap sahaja.
~ Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
~Tekankan doh dalam acuan tart, cucuk permukaannya dengan garfu dan bakar 180 darjah C selama 25-30 minit.
~Keluarkan kulit tart dari acuan.

Image4436

 

 

Bahan Inti:
Inti blueberi  secukupnya
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur (B)
1/2st esen vanilla
~ Putar cream cheese dan gula kastor sehingga gebu.
~ Masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi hingga sebati.
~ Masukkan inti blueberi dan inti cream cheese ke dalam piping bag yang berlainan.
~ Paipkan inti blueberi  ke dalam kulit tart secukupnya dan kemudian paipkan pula cream cheese sehingga memenuhi sisi kulit tart.
~ Paipkan lagi inti  blueberi di atas cream cheese membentuk corak yang di sukai.
~ Bakar 10 minit lagi atau sehingga cream cheese tidak melekat bila disentuh sedikit dengan hujung jari.

20 April 2011

Kek cawan Oren dan ole2 untuk kawan2 Kakak Balqis..

Image4402Image074

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Rabu,semoga tugas2 seharian anda dapat dilaksanakan seperti biasa,semalam bersempena hari lahir kakak Balqis mak et buatkan kek cawan oren untuk kawan2nya dan adik2nya,kali ni mak et buat kek cawan oren pulak,almaklumlah nak sambut kat luar suami x balik lagi,insyaALLAH kalau x ada apa aral hujung minggu ni sambut kat lua r bersama suami,sambut hari lahir Insyirah dan Kakak Balqis sekali.

Beberapa hari lepas blog Cikgu Mat Som ada buat entri  belajar tatabahasa Bahasa Melayu dan belajar bahasa Jawa,seronok jugak menyebut perkataan jawa walaupun mak et ni campuran jawa n bugis,tp lidah agak terbelit nak menyebutnya,kalau bugis tu boleh sikit2 tp dah lama x berbual ngn nenek,mungkin lidah pun dah keras..Cikgu Mat Som  suh  mak et buat entri belajar bahasa bugis pulak..adoong!! bukan x nak tp malu  x pasal2 orang bugis menyumpah kat blog mak et heheehe..orang bugis ni garang tau hehehe..walau apa pun bangsa keturunan kita,darah yg mengalir tetap merah kan?nantilah bila mak et dah dapt ilham mak et buat yer,InsyaALLAH..

Ok berbalik pada cerita kek cawan oren ni,mak et kutip resepi dari buku kek cawan Puan Noorhaslinda Binti Hassan,alhamdulilah menjadi dengan cantik dan rasanya pun ok,sesuai untuk semua,manakala buttercreamnya mak et kutip lagi dari dapur kembangkempis@myresipi atau di sini yer.terima kasih kerana berkongsi ilmu yang  bermanafaat ini,jom tengok resepi..

Image4377

KEK CAWAN OREN

Bahan-bahan;

115gram mentega dalam tin/majerin

80gram gula kastor

2 biji telur

1sudu teh jus sunquick

175gram tepung naik sendiri

3 sudu besar susu segar

sedikit parutan oren

Cara membuatnya:

1)Panaskan oven pada suhu 170’C.

2)Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.Masukkan telur satu persatu,jus sunquick dan parutan oren.Pukul sampai kembang.

3)Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu segar.Masukan kedalam kertas cawan  dalam 3/4 penuh.

4)Bakar selama 23minit bergantung pada oven dan saiz kertas cawan memasing yer..

Kuantiti kek cawan ni pun bergantung pada saiz kertas cawan,Kalau saiz kecik,dapat banyak,kalau saiz besar dapt sikitlah.

Selamat Mencuba..

19 April 2011

Dania Balqis Binti Abd Razak pulak genap 6 tahun..

DSC_0208Image4367

Assalamualaikum para pengunjung blog mak et,terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dirumahku yg penuh dengan bunga ros..setelah 2 minggu hari lahir Damia Insyirah,hari ni genap  pulak umur Kakak Dania Balqis 6 tahun..Alhamdulilah bersyukur kepada ALLAH kerana memanjangkan umurnya agar terus dapat menghirup udara jgk merasai  nikmat ALLAH yang begitu banyak dan luas di bumi ini,Mama dan papa doakan agar kakak menjadi anak yg baik,rajin,cerdik dan menjadi contoh yg terbaik untuk adik2,Amin.

Kakak ni semakin besar semakin banyak soalan cepu emas yg selalu kakak tanyakan pada mama dan papa,lagi2lah bila papa balik,maklumlah orang dah besar..erm oklah kat sini mak et ceritakan sedikit kisah 6 tahun lalu semasa saat2  nak melahirkan Kakak Balqis,alhamdulilah sepanjang tempoh mengandung mak et x ada masalah,sama mcm mengandungkan anak2 yg lain,Damia dan Dahlia..Cuma mengandung anak pertama rasa keterujaan dia lain macam sikit,dah namanya pun pertama,seronok,gembira,gementar semua ada,maklumlah nak jadi mama dan papa..

Nak  dijadikan cerita pada 18hb April 2005,mak et n suami g Mersing,asalnya nak jalan2 cuti mata,tetapi dah sediakan baju persalinan ,mana tahu penat nak balik boleh tido kat sana..x dapat tido hotel 5 bintang dapt tido hotel cap ayam pun oklah hehehe..dah geraknya petang jadi sampai bandar Mersing pun dah malam,teruslah check inn kat Hotel cap ayam,lepas mandi dan letak beg pakaian,kita orang pun g makan kat restoran di tepi pantai,sambil makan tu merasalah angin2 sepoi2 bahasa..berbunga ros dihati mak et masa tu,maklumlah rasa macam romantik sesangat sedangkan perut dah memboyot hehehe..siap makan pusing2 lagi bandar Mersing dan terus balik Hotel tido..

Keesokkan harinya rasa panik ,bila nak mandi keluar darah bercampur lendir,masa tu x ada rasa sakit pun,terus call mak,mak mertua n kakak ipar yg sulung,dan terus bersiap2 untuk pulang,sepanjang perjalanan berdoa agar jalanlah bersalin dalam keta,biar sempat g klinik bersalin hehehhe,sebab jangkaan bersalin 23hb,ni baru 19hb,x kanlah dah nak bersalin hari ni,sampai rumah lebih kurang pukul 3 petang masa tu pinggang dah terasa sakit tp datang2 dalam satu jam,pastu hilang,oklah bioleh tahan lagi sambil tunggu mak balik keja,makin lama sakit kat pinggang semakin kerap dari setiap setengah jam hinggalah setiap 15 minit,dalam pukul 630petang mak pun balik keja,jumpa mak ,cium mak dan mintak mak doakan supaya mudah untuk bersalin,bila mak dah bg kata2 semangat,suami pun hantar g klinik bersalin.

Sampai jer kat Klinik sakitnya semakin terasa,aduhh!!kononnya boleh tahan lagi nak g ngeteh kat restoran sebelah klinik tp dah  x larat nak berjalan,akhirnya terus masuk klinik bersalin ,daftar nama terus Puan Doktor n cik misi pun memulakan tugas2 khasnya,pukul 930 malam selamatlah  lahir  ke dunia DANIA BALQIS BINTI ABD RAZAK seberat 3.2kg di Klinik Bersalin Lahtipah Bandar Baru Uda.

Mama ,papa n adik2 sayang sangat kat Kakak,kami doakan kakak menjadi anak dan kakak yg baik,dianugerahkan ALLAH nikmat kesihatan yg baik agar kakak dapat belajar dengan cemerlang di Sekolah,sekarang kakak dah 6 tahun sekolah pra,dah  lancar membaca rumi,ngaji pun kakak dah lancar mengeja dan kenal huruf cuma English jer kakak masih perlu belajar menyebut perkataan agar x kemelayuan,insyaALLAH kakak boleh kalau rajin yer.Semoga kakak dipanjangkan umur,AMIN..

18 April 2011

Serimuka kak yatie

Image4352

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Isnin yg cerah di Segamat,semoga mood bekerja semua baik2 saja setelah cuti berhujung minggu,mak et n anak2 balik rumah bonda pada Jumaat petang dan kembali semula ke Segamat pada tengahari semalam..seronok sangat2 dapat jumpa bonda dan adik beradik..

Biasalah bila dah balik Jb,jumpa bonda selalu tido sampai pukul 2-3 pagi sibuk bertukar2 cerita ngn bonda hehehehe..itulah seronoknya bila balik jb pastu bangun pagi matanya pedih mcm x boleh nak bukak,dan kuih serimuka ni antaranya ole2 yg sempat mak et buat untuk bonda dan adik2 ,beserta kek coklat tanpa telur resepi dari Kak Dayang Jack tp kan x sempat nak ambik gambar dah selamat abis huhuhu..

Serimuka ni merupakan kali ke 2 yg mak et buat setelah yg pertama kali  kurang menjadi hijaunya ,agak lembik,kalinya cukup rasa kata bonda,syukur..terima kasih kepada Kak Yatie di atas resepi dan tip2 yg diberikan lepas ni dah x seram lagi nak mengukus hehehehe..walaupun orang lain dah sibuk buat serimuka durian mak et masih lagi terkial2 ngn serimuka pandan hehehe..x pe akan datang serimuka durian pulak tunggu!!

Ok mari kita layan resepi dan cara2 membuatnya..mak et C&P yer Kak Yatie terima kasih daun keladi..

Lapisan Bawah:

  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik
.

14 April 2011

Bila suami semakin jauh…

DSC_0079

DSC_0105Assalamulaikum semua,harap2 semua sihat handaknya..bertemu lagi di hari Khamis yg cerah ini,hari ni merupkan hari pertama suami mak et bekerja di Penang nun jauh di utara sana dan tinggallah mak et n anak2 nun jauh di selatan  huhuhu..apa nak buat dah  kerjanya sebegitu yg penting perjuangan mesti diteruskan..dari Terengganu ke Penang pulak ,nasib baik x lama ,kira2 2 bulan,kalau x ada apa2 halangan  dengan masa hujung bulan 5 nanti dapatlah mak et n anak2 bercuti2 Malaysia ke Penang pulak,bestnya hehehhe..boleh pekena pasembor..erm dah lama x makan,dah ngidam pulak ni..

Walau dimana jua papa bekerja mencari rezeki ,diri ini dan anak2 tetap mendoakan yg terbaik untuk kita semua,biarlah jauh dimata tp tetap dekat dihati,ada masa boleh video call,chatting di skype atau MMS yer..jauh bukan jarak pemisah,malah menguatkan lagi ikatan kasih sayang kita sekeluarga,AMIN…

12 April 2011

Serimuka labu..

Image4331

Assalamualaikum semua,semoga sihat dan ceria selalu walau dimana jua anda berada,erm hari ni ma et nak tayang serimuka labu yg mak et buat petang semalam,gara2 nak abiskan stok labu yg tinggal x berapa banyak,maka mak et pun menyerikan labu tu  hehehe..

Macam biasalah dah namanya   mak et bab copipes adalah sebahagian dari idupku,mak et kutip kat rumah Puan Yatie yg sentiasa berseri2 rupanya aka Kak Yatie,terima kasih kak diatas ilmu mengukus ni,kalau x tahu makan jelah mak et,membuatnya x ada..mungkin itulah antara hikmahnya menjadi pekerja rumah seumur hidup yg penting dapat elaun sara diri,Alhamdulilah,syukur..

Image4311

Ok jom layan resepi serimuka labu ni,izinkan mak et C&P  resepinya ye Kak Yatie,

Bahan lapisan bawah

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb minyak
Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 1 atau 2 jam.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. (Saya guna plastik yg di sapu sedikit minyak, alas kain dlm plastik tu supaya tangan tak panas....dan tekan2kan pulut hingga padat)
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
Bahan lapisan atas
  • 1 cawan labu yg telah di rebus dan di lecek (labu mak et x sampai 1 cawan)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tpng gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung/tpng kastard
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 biji telur
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung ,tepung ubi dan tepung kastard ke dlm mangkuk besar.
  2. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam dan gaul sebati.Masukkan labu yg di lecek tadi.
  3. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  4. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 25 minit saja.
  5. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  6. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

08 April 2011

KEK CAWAN STRAWBERI

Image4283

 

 

Assalamualaikum pembuka bicara sepi di hari Jumaat yg penuh warna keindahan,semoga pengunjung blog mak et sihat hendaknya,erm apa program hujung minggu ni? mak et n anak2 x kemana hanya duduk di rumah je,esok kakak Balqis kena sekolah ganti ermm..asalnya x tahu nak letak entri apa memandangkan ada seorang teman di FB ingin resepi kek cawan strawberi,maka dengan rajinnya mak et menaip bahan2nya,cara membuatnya jugak buttercream yg mak et kutip dari kembangkempis@myresipi.com alhamdulilah menjadi dengan sedap dan cantik.Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Sebenarnya mak et bukan jenis orang yg kreatif nak mendeko kek @kek cawan tp sejak duk rumah dah mula minat nak mencuba,tp bab membakar,mengukus dan mengechilled memang feberet sejak bekerja di rumah heehe..seronoknya bertambah lagi2 bila masakan kita disukai oleh anak2 dan suami,rasa terharu dan bangga sangat,betuk x semua ibu2?

Ok jom layan bahan2 kek cawan strawberi kalau bahasa Londonnya cup cakes strawberry yg mak et kutip dari buku Kek Cawan hasil tangan  Puan Noorhaslinda Binti Hassan yg juga seorang tenanga pengajar seni dekorasi kek cawan dan kek hiasan,banyak ilmu yg boleh didapati dari buku ni,lebih2 lagi bagi mereka2 yg mula berjinak2 nak memulakan hobi meghias kek cawan macam saya lah..tangan kayu aka tangan keras..

Bahan-bahan

115gram mentega dalam tin/majerin

80gram gula kastor

2biji telur

2 sudu teh perisa strawberi

1/2 sudu teh pewarna pink

175gram tepung naik sendiri(diayak)

2sudu besar dairy whipping cream

1sudu teh esen vanila(ni  mak et tambah)

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.Masukkan telur satu persatu,perisa strawberi dan pewarna pink.Pukul sampai kembang.

2.Masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream.

3.Masukan hampir2 3/4 kertas cawan dan baka dengan shu 170’c selama 23minit.(ni bergantung pada oven masing 2 yer..agak2lah)

Buttercream untuk disapu di atas kek cawan

Bahan-bahan
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)( mak et guna butter churn)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) (mak et guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
Cara-cara
  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Hiasan kek cawan

1.edible imej mickey n minie mouse(pun ada dikedai bahan kek dan boleh dimakan)

2.coklat urai dan bintang warna warni.

07 April 2011

TRIFFLE STRAWBERI LEMAK MANIS

 

Image4284

Assalamualaikum semua dan selamat berjumpa lagi di hari Khamis yg cerah di bumi Segamat sekarang ni,semoga anda semua sihat dan ceria dalam melaksanakan tugas2 seharian ,walau apa jua bidang tugasan anda yang buat,buatlah dengan ikhlas,insyaALLAH..

mak et jugak seperti biasa melakukan rutin harian menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah juga kerja2 di rumah..kadang2 orang tanya x bosan ke jadi surirumah? sebelum mak et berhenti keja dulu,mak et dah buang perasaan bosan  tu jauh2,cuma bila anak2 tido tu rasa sunyi kejap dunia hehehe..masa tu tulah kepala ni berpk nak buat apa erk?

Maka jadilah tfiffle mudah ni,mak et kutip dari dapur Kak Ummi Kuantan,cuma ada sedikit perubahan memandangkan pisang  x ada,maka mak et gantikan strawberi yg diimport dari Jusco Tebrau,Ahad lepas kerana stok strawberi agak sukar di cari di Segamat.Terima kasih yea Kak Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan lazat ni,anak2 mak et suka sangat,mamanya pun suka yg amat2.. pasni bolehlah buat lagi..

Image4290

mak et buat dapat 3 bekas mcm ni,1 lagi dah selamat dinyam3x

Jom layan bahan2 nya,mak et C&P yer tuan rumah..

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(keluaran Jelita Mac 2011)

Bahan:-

  • 1 gulung swiss roll cake - inti blueberi atau ikut selera(mak et guna lebihan muffin )
  • 20 biji pisang lemak manis - (dapatkan yg baru nak kuning je tau, jgn yg masak) kupas kulitnya(mak et guna strawberi)
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *1 1/2 sudu besar tepung jagung ) * dibancuh
  • * 3 sudu besar air ) bersama
  • buah ceri - belah dua(x letak)
  • minyak untuk menggoreng pisang(x guna sebb guna strawberi)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali, goreng pisang lemak manis (tanpa tepung) hingga berwarna coklat keemasan. Angkat dan toskan.(jika anda menggunakan pisang yer)
  2. Potong 1/2 inci tebal kek gulung, susun di dalam bekas yang sesuai.
  3. Dalam periuk, campurkan susu sejat, gula, esen vanila dan telor. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak pekat. Tutup api. Biarkan sejuk sedikit.
  5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah disusun kek gulung tadi.
  6. Aturkan pisang di permukaan triffle tadi serta hiaskan dengan ceri. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 atau 4 jam sebelum dihidangkan.(gantikan pisang ngn strawberi)

Selamat mencuba yer..

06 April 2011

Kek cawan strawberi dan ole2 untuk kawan2 Insyirah..

 

Image4257

Image4283

Assalamualaikum semua,alhamdulilah berjumpa lagi,sempena hari lahir Insyirah semalam,mak et ada buat sedikit ole2 untuk kawan2nya,beg kain yg diisi makanan ringan dan jugak kek cawan strawberi yg dihiaskan dengan kartun mickey mouse dan hiasan bintang dan gula manik  yang berwarna warni…pertama kali menghias kek cawan ditambah pulak dengan tangan  keras,jadilah jugak walaupun x berapa cantik,yg penting niat di hati ni nak bagi kawan2 dan cikgunya merasa dan sebagai tanda kenangan..

Image4261

Image4280

Oklah kan?kalau beli harganya boleh tahan,buat sendiri berbaloi2..

05 April 2011

Damia Insyirah Binti Abd Razak genap 5 tahun..

DSC_0852

DSC_0800

 

 

Assalamualaikum semua,semoga semua sihat dan bahagia selalu,insyaALLAH..Syukur alhamdulilah hari ni umur Damia Insyirah genap 5 tahun,semoga ALLAH panjangkan umurnya menjadi anak yg baik,rajin belajar,dan sayangkan papa,mama,kakak dan adik dan ahli keluarga yang lain.

Semasa mengandungkan dia 5 tahun lalu diawal kandungan alhamdulilah mak et tiada apa masalah yg sukar cuma kelakar sikit semasa mengandungkan dia teringin sangat nak g rumah MawiAF3 kat Felda Taib Andak,awalnya en suami malas nak layan karenah ibu mengandung ni,tp setelah dipujuk2 akhirnya en suami pun mengalah pergilah masuk Felda Taib Andak bersama Cik Olen dan Cik Ola(tukang tanya kat orang)masa tanya dengan orang pertama dia cakap rumahnya dekat dengan tangki air,cari punya cari tak jumpa,pusing2 lagi tanya lagi dengan budak dia cakap depan lagi,cari lagi x jumpa jgk,akhirnya en suami cakaplah dahlah jom lah balik,aduhhh sadisnya hati ibu mengandung waktu itu..huhuhuhu

Tetiba si ibu  mengandung pun bersuara “bang kita baru tanya 2 orang ,cukupkan 3 orang baru afdal x jumpa jugak baru balik”en suami yg baik  hati menurut perintah “oklah” dan mangsa terakhir seorang budak lelaki yg sedang menyapu  dihalaman rumah dia.Cik Olen”Dik mana rumah Mawi?”ADIK “ Tu..yg ada astro”.alangkah bestnya waktu itu..x dapat tengok mawi dapat tengok rumah dia pun jadilah ..apa lagi berhentilah kat depan rumah dia ,nampak mak dia tengah angkat jemuran heehe,x kacau pun pastu sempatlah Cik OIa dan Cik Olen berposing depan rumah dia,pastu barulah balik dengan penuh bunga di taman hati ibu yg mengandungkan DAMIA INSYIRAH BINTI ABD RAZAK..

Sekarang ni bila tengok muka Mawi dalam tv,majalah@ suratkhabar dia mesti tahu itu MawiWorld walaupun sekarang ni Mawi dah banyak keja disebalik tabir,pelik kan?sedangkan sepanjang tempoh pembesarannya mak et x pernah dedahkan dia dengan lagu2 @video klip Mawi ,itulah kebenarannya orang yang mengidam semasa mengandung bukan tipu tau tp kebenaran.

Apalah ada pada Mawi kan? sekadar insan biasa yg berasal dari keluarga susah tetapi nasibnya berubah bila bergelar pelajar AF..mak et bukan peminat fanatiknya tp minatnya kerana dia jugak guru agama seperti mak et suatu masa dulu dan paling penting dia anak Johor sepertiku hehehe..Abang mak et pernah hadiahkan cd Mawi semasa hari lahir yg ke 26tahun..sekarang dah masuk 31tahun..

Insyirah selamat lahir setelah 2 malam mama tido Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar..ni anak Muar mcm papa..tu pun dah terlewat 9 hari dari tarikh sepatutnya,nasib baik x ikut tingkap .Sekarang Insyirah dah sekolah ,belajar pandai 2 yea!Selamat panjang umur semoga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk anak mama,AMIN.

02 April 2011

BUN KENTANG

Image4227

Assalamualaikum semua,selamat beristirehat bagi pengunjung blog mak et  yg bercuti pada  hari ini dan Ahad,semoga apa jua yg anda lakukan mengembirakan diri anda jgk orang2 yg berada bersama2 anda,mak et dan anak2 bersiaran dari Bandaraya Johor Bahru,sampai rumah bonda semalam petang dengan selamatnya,alhamdulilah,terubat rindu kat ahli keluarga.

Hari ni nak tayang bun kentang yg sempat mak et buat pada hari Khamis petang sebagai ole2 untuk orang JB jugak sedikit ole2 dari Tengganu,walaupun x banyak yg penting sama2 dapat merasa,betul x?resepi bun ni mak et kutip dari dapur jintanmanis.com lagi iaitu dapur Puan Rosmarlina ,terima kasih daun keladi,amat gembira kerana bun ini menjadi dengan jayanya,alhamdulilah,mak et pun ada jenjalan kat dapur2 sifu yang  lain,nampaknya resepinya lebih kurang sama je..Bagi sesiapa yg nak mencubanya silalh,pasti x mengecewakan.silalah..silalah..silalah..

mak et C&P resepi dari dapur jintanmanis.com,terima kasih sekali lagi .jom layan dan selamat mencuba..

Image4215

Sebelum di solek..

Image4216

selepas disolek ala2 tangan keras

Image4220

selesai operasi pembakaran..

 

 

Bahan-bahanya

250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar( mak et guna 100nl susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
Caranya. ( roti)
1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba

******Sekadar ingatan untuk mak et dan pengunjung2 yg lain yer(mak et C&P dari dapur jintanmanis)*****

Nota, ramai yang bagi feedback kata doh ni lembik, cuba kurangkan kuantiti cecair tu ye, maksud ros, jgn masuk 120ml susu terus, masuk sikit-sikit, lagi satu, telur tu letak setengah biji dulu, then tengok kelembutan doh, kalau dah rasa ok, teruskan menguli, tp honestly ros kalau buat bun kentang ni mmg ikut resepi ni betul-betul, mungkin tektur tepung roti ataupun kelembapan pada kentang yang dilenyak mempengaruhi lembiknye doh. :)