CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Januari 2011

Chilled mango cheesecake..

 

 

Image3614

Salam Ahad semua..selamat berehat semua walau dimana jua anda berada..erm hari ni bersiaran dari Kg Pt Jerman..hujan sana sini apapun syukur..sejuk..Semalam petang mak et membuat cheese cake mangga.setelah melihat dibanglo Sifu Ah Mat Gebu..terus siapkan segala bahan dan buat..menjadi dan rasanya memang sedap,x rugi mencubanya..terima kasih sifu..cuti sekolah ni agendanya duk rumah jelah,rumah mak di Jb pastu balik Pontian kejap ziarah 2 nenda destinasi seterusnya Muar dan terakhir kembali semula ke Segamat..sekejap jer cuti sekolah rasanya huhuhu..yg penting dapat berjumpa dengan semua orang2 yg tersayang..seronoknya!

 

 

Image3587Image3598

Jom layan resepi yg sedap dan mudah ini,mak et C&P dari banglo Sedenak..terima kasih sifu!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap

26 Januari 2011

Pizza Wheels..

 

 

Image3406

Assalamualaikum semua pengunjung blog mak et walau dimana jua anda berada semoga kebahagiaan mengiringi hidup anda..selamat berhari Rabu..pagi ni anak2 dan mamanya sarapan pizza wheels ala2 pizza mini @ pusing,mak et jumpa kat dapur Puan Rosmarlina yg duk di Jepun..Terima kasih kerana memberi idea kepada mak et ,kekadang hilang idea nak buat sarapan apa yg ringkas untuk anak2 yg dah bersekolah..cuma mak et guna apa yg ada dalam simpanan peti besi..al maklumlah nak  beli pun x lama lagi dah start cuti sekolah..apa lagi balik bandaraya  Jb dan Muar semestinya..aduh! bertambah2 rindu kat bonda huhuhu…

Ok jom layan resepi dari dapur Puan Rosmarlina @ jintanmanis.com.terima kasih sekali lagi yer,mak et C&P resepinya..syukran jazilan,

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
90ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis


*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit mix vegetable dan mix cheese
sedikit taburan oregano@ dry pasley
* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato ( mak et tambah sos thousland island)
Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili dan taburkan, oregano@ dry pasley, sosej, mix vegetable dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.
5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang.

25 Januari 2011

Buah Melaka

Image3360

Salam Selasa semua..erm hari ni bumi Segamat hujan..beberapa hari x entri sebab tiada apa yg hendak di ceritakan,rutin menghantar dan mengambil anak berjalan seperti biasa..x sabar nak tunggu cuti raya Cina,dah rindu kat bonda dan adik beradik di Jb.harap perjalanan pulang nanti tiada masalah memandangkan di Labis sedang sibuk nak pilihanraya..selamat mengundi  untuk warga Tenang..semoga tenang semasa mengundi..

Sebenarnya teringin nak nak makan buah melaka@onde2 ni setelah jenjalan kat rumah zura,pastu g lah rumah Sifu Ah Mat Gebu  selongkar dapur dia cari resepi ..dan yess dapat..dulu masa anak dara bulan posa mak selalu buat untuk pulangkan pinggan @piring bg kat jiran2,mak et menolong jugak tp ingat bahan2nya..terima kasih pada sifuku  Mat Gebu atas resepi yg amat berguna ini..mak et C& P yer.,toce2!

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam
Cara membuatnya :-)

  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...

22 Januari 2011

Bun lagi erm bun coklat pulak..

 

Image3339

Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di hari Sabtu yg panas terik di Segamat..erm hari ni kakak Balqis sekolah ganti rasanya sama ngn negeri2 lain,sekolah ganti untuk cuti raya Cina yg bakal menjelma.semenjak mak et terjumpa ngn rumah kak Rosmarlina ,minat membun semakin menjadi2 hehehe..buat bun coklat ni 2 hari lepas ..dah abis pun buat pun separuh adunan almaklumlah askar x ramai..tu pun bila dah bulat2kan dohnya  sebelum dibakar jadi 16 biji yg sedang2..terima kasih yer pemilik jintanmanis.com aka Puan Rosmarlina..mak et C&P resepinya.

 

SumberIn lovePuan Rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/mentega
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat

 

Image3348

 

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Uli doh biar betul-betul lembut, uli lebih kurang 8 hingga 10 minit. Jika menggunakan Breadmaker tekan menu Dough dan ON sahaja, tunggu sehingga selesai dan boleh terus dibentuk.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3.Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat dan tutup doh, susun atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda.

4.Sebelum dibakar gilss permukaan doh dengan baki telur yang dicampur dengan 1/2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau sehingga permukaan bun perang. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kalau nak buat bun coklat kosong pun boleh juga,  tapi kena lebihkan kuantiti gula tu, letak lah dalam 3 sudu besar gula, kalau ade krim sapuan roti jenama nuttella pun sedap dibuat inti, ros guna krim coklat jenama van hauten

18 Januari 2011

Bun oat milo coklat chip..

Image3322

 

Assalamualaikum semua bertemu kembali di hari Selasa  yg cuacanya sedikit mendung di bumi Segamat,erm hari ini  nak entri bun oat milo coklat chip ni ..mak et ambik kat rumah Puan Rosmarlina yg dok di Jepun sana,banyak koleksi bun yg mudah dan sedap yg mesti mak et cuba lepas ni,untuk anak2 sarapan sebelum g Sekolah,kalau sebelum ni si Kakak nak minum milo jer tp sejak akhir2 ni mesti dia buat order untuk  esok pagi nak sarap apa,mungkin penat nak tunggu waktu sarapan di sekolah,masuk sekolah pukul 710 pagi terus perhimpunan,rasa seronok sangat dapat jumpa web ni dari rumah kak ummi Kuantan semasa dia menerima award dari Puan Rosmarlina,mak et C&P yer resepinya..terima kasih sekali lagi untuk pemilik laman web jintanmanis.com,mak et buat separuh dari adunan di bawah..

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)

350gram tepung roti
40gram Oats segera ( ros guna jenama quaker oats plastic warna biru tu)
2 sudu besar water roux
3 sudu besar milo ( dibancuh dengan 2 sudu besar air panas)
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
sedikt coklat chip
2 sudu kecil yis
180 ml susu segar suam@ air suam

* untuk gliss*
2 sudu besar susu segar +beberapa titik madu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Image3328

Image3327

 

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat chip dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh kecuali coklat chip di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Masukkan coklat chip dan uli sebentar, selepas itiu bahagi doh pada 14 bahagian kecil , dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat . Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan bancuah madu+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba

14 Januari 2011

Snickers Cheesecake hadiah untuk En Suami..

 

DSC_0955

Salam bertemu lagi di hari Jumaat penghulu segala hari..kali ni lambat mengentri kerana siang hari sedikit sibuk,almaklumlah bila  en suami balik bertambahlah  aktiviti2 diluar,selepas en suami  menghantar 2 anak dara g sekolah terus bayo bil maxis n cuci kereta,lepas ambik anak2 balik sekolah terus mencari keperluan dapur dan keperluan anak2 pulak…yang pasti makan tengahari diluar hehehe ..selesai semuanya dah petang,hujan lebat pulak sempatlah lelapkan mata kejap pastu lipat segala baju2 dan  masak  untuk makan malam,lauk simple jer ayam goreng n sup sayo..

Kali ni nak entri snickers cheesecake yg dikutip dari rumah kak wan..buat sempena birthday en suami yg sudah pun berlalu pada 6 hb Januari lalu..hanya ini yg sempat mama buat harap menepati selera papa yer..buat semalam petang selepas papa cakap jadi balik hehehe..sedap kan ?sebelum jenguk resepinya mak et nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak wan diatas resepi yg sedap dan mudah ini ..

Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan

Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar

Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream
Hiasan :  Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih
Loyang : Loose Base Tin 7"

DSC_0960Cara-cara :
1.  Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal.  Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.  Bakar selama 10 minit pada suhu 160C.  Biarkan sejuk dahulu.

2.  Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati.  Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.
3.  Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata.  Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.

4.  Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
5.  Tutup api ketuhar,  Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.
6.  Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
7.  Topping :  Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau  hingga coklat larut.  Angkat dan biarkan suam.
8.  Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.

13 Januari 2011

Fruity Braided Bread

Image3244

Selamat berhari Khamis semua..dah makan tghari? mak et belum lagi baru balik ambik anak2 balik Sekolah..semalam petang teringin nak mencuba membuat roti ni,alhamdulilah menjadi,suka sangat..lagi2 anak2 makan.resepi ni pernah nampak kat rumah kak ummi Kuantan pastu x lama sifu ah Mat Gebu pulak yg buat..apa lagi mak et pun mencuba ,puas hatilah walaupun rupanya x secantik sifunya roti,apapun syukur..

Image3258

Terima kasih kedua2 sifu atas resepi yg mudah dan sedap ni..mak et C&P resepinya yer..jom layan!

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram tepung roti
40 gram gula halus
1/4 camca teh garam halus
7 gram instant yeast
1/2 camca teh bread improver 
1/2 camca teh berad softerner
170 ml susu segar
1 biji telur + 1 camca teh esen vanilla, kacau rata
45 gram mentega
150 gram buah2an campuran (mak et guna 100g je)
1 biji telur*
1 camca besar susu*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata, untuk sapu atas roti)
Badam keping, untuk hiasan
Gula pasir, untuk hiasan.


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan tepung roti, gula halus, garam halus, bread softener, bread improver dan instant yeast. Gaul rata. Bancuhan telur disatukan dengan susu, kacau rata dan tuang dalam tepung tadi. Gaul rata hingga menjadi doh.Tambah mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Jika terlalu lembut, tabur sedikit tepung. Kemudian masukkan buah2an campuran dan gaul hingga rata. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar naik sekali ganda, kurang lebih 1 jam. KEADAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan on dan biar hingga siap..
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung. Bahagikan doh kepada 3 bahagian sama besar. Gelek setiap bahagian sepanjang 30 cm. Kemudian buat tocang dan kemaskan bahagian pangkal dan hujungnya. Alih dalam dulang yang telah dilenser dengan mentega. Biar naik sekali lagi selama 45 minit.
  3. Sapu telur rata2 dan tabur gula pasir dan badam keping. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 35 - 40 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

**lepas masak mak et sapu majerin atas roti**

12 Januari 2011

Apam mekar 3 rasa..

 
 
Image3230
Assalamualaikum semua..dah hari Rabu yer sekejap je dah minggu  ke dua sesi persekolahan ..memandangkan semalam cuti maka mak et dan 3 dara mengapam mekar..idea dari si kakak Balqis..tu yg jadi 3 rasa sebab sorang tukang  kacau perasa oren,sorang perasa strawberi dan sorang lagi pandan,mamanya warna plain hehehee..yg penting anak2 seronok..resepi ni mak et ambik dari kak fida@myresipi.com dah selalu buat resepi yg sama cuma selalu 2 warna terima kasih kak fida..i love u!..Jom layan resepinya..Image3219
 
Bahan-bahan ( Lebih kurang 60 biji, acuan lompang )
  • 250 g tepung gandum - diayak (2 cwn + 3 sb)
  • 200 g gula halus (1 cwn)
  • 2 sk ovallete
  • 200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna(mak et guna pandan,oren dan strawberi emulco)
  • secukup papercup
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum. diisi dgn papercup dan ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer)

  3. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan ikut kesukaan masing2..

  4. Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis.

  5. Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar... .hingga mekar...sejukkan kuih dan boleh dihidangkan..

11 Januari 2011

Mini sardine puff..

Image3177

Salam Selasa semua..erm hari ni anak2 x sekolah kerana hari Hol di Johor..mak et merajinkan diri membuat puff ni untuk sarapan bersama anak2.Sejak 2 kendara sekolah ni sarapan mak et hanya yg ringkas je untuk mak et dan si kecik..sebab  2 kakaknya memang sarapan kat Sekolah..jadi biasanya dia orang minum milo je sebelum g sekolah.senang jer nak buat ni sebab kulit pastri ni dah sedia ada dijual kat pasaraya Tesco..tempat2 lain mak et x pernah jumpa lagi setakat ni.resepi ni mudah je..mak et kutip dari banglo yg tersergam indah di atas Bukit Sedenak hehehehe  boleh gitu?Sifu Ah Mat Gebu.terima kasih atas ilmu masakan yg amat berguna..

 

Image3189

Bahan untuk sardin:
1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya(mak et ganti air asam jawa..agak2 lah yer)


BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)(mak et guna chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRy: Ambik sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna dan letak sedikit chesdale yg telah dihancurkan . Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya

09 Januari 2011

Chewy Gooey Yummy Brownies..

Image3170

Assalamualaikum semua..semoga cuti hujung anda terisi ngn aktiviti yg menyenangkan bersama yg tersayang..erm mak et x kemana2 melayan anak2 di rumah ,menyiapkan kembali keperluan persekolahan mereka untuk esok hari, sambil makan brownies ni..sedapnya.kaya ngn rasa coklat kerana menggunakan coklat masakan,coklat emulco dan serbuk koko.brownies ni mak et buat atas permintaan puteri mak et yg ke 2 tu,dari hari Khamis lagi suh buat..akhirnya petang semalam mak et operasi jgk ,asalnya nak buat kek coklat,tetiba berubah arah pulak semasa jenjalan ke FP Puan Rinn Chan.terima kasih yer kak ,mak et C& P resepinya yang asalnya kak Rinn ambik dari FP Mamazieza.terima kasih anda berdua kerana berkongsi resipi yg sedap dan mudah..tanpa menggunakan mixer..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber :
Mamazieza
BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil
BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco
BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko


1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan aiskrim atau sos kastad.
Ternyata memang lebih sedap setelah dibiar semalaman. .. 

07 Januari 2011

Puding roti sos kastard..

Image3156

Assalamualaikum semua berjumpa lagi  dihari Jumaat yg dingin di  Segamat mungkin jgk di tempat anda..erm dari malam  tadi sampailah sekarang cuaca sejukk jer..hari ni masak pun yg biasa2 jer dah tinggal  ngn anak2 jadi  kena ikut selera kanak2 rianglah..tetiba kan nak makan puding roti apa lagi mak et pun memudinglah roti ala2 gardenia  yg dibuat semalam..sedap..mabeles..

Resepi ni mak et ambik dari maya zakry@myresipi.com terima atas resepi yg mudah dan sedap ni..roti ala2 gardenia ni pulak mak et ambik dari Kak Dayang Jack ,terima kasih kak DJ..uli guna tangan jer memang berbaloi2 hasilnya.mak et C&P resepinya ,terima kasih daun keladi.

 

Image3139

 

Image3097

 

 

 

 

 

 

  Hehee sungguh kelakor rupamu!

Image3130

 

 

 

 

 

 

 

Amacam ok tak?

Puding roti bersos kastard

Bahan-bahan ( Mak et buat separuh dari adunan ni)

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • kismis dalam 1 kotak kecik(mak et tambah)
  •   Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala ( x letak sebb x ada)

    Bahan C-kuah

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Hancurkan /koyakkan roti, dan rendam dalam susu 1/2 jam (mak et sapu majerin kat roti pastu tabur sedikit gula dan  susun dalam loyang baru rendam ngan susu)
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang ..

06 Januari 2011

Selamat panjang umur ..

mandi manda 919

Assalamualaikum bertemu lagi di hari Khamis yg indah ini bertarikh 6 Januari 2011,merupakan tarikh lahir suami mak et yg ke 34tahun,semoga dipanjangkan  umur,dimurahkan rezeki dah diberikan  kesihatan yg baik oleh ALLAH  untuk mencari rezeki,berbakti kepada kedua ibu bapa juga menjadi suami dan papa yg terbaik untuk keluarga,Amin..

Kami semua sayangkan papa!hanya dirimu yg terbaik untukku diberikan oleh ALLAH..sebaik2 suami dan papa..

thumbnailCAQLNYKN

05 Januari 2011

Salam Tahun Baru semua..

 

DSC_0710

Assalamualaikum semua,selamat tahun baru 2011,harap2 mak et x terlewat mengucapkan Salam Januari buat semua yg sudi menjenguk blog mak et yg serba kekurangan ini..apa pun tahun ni mak et semakin sibuk menguruskan 2 anak dara yg sudah bersekolah.si kakak Balqis di Prasekolah manakala si Insyirah Tabika Kemas..x jauh jarak antara 2 sekolah ini dan setakat hari pertama iaitu hari ni mak et hantar dan ambik mereka x ada masalah,syukur Alhamdulilah.Hari pertama dan kedua sesi persekolahan en Abang yg uruskan.

Semoga tahun baru 2011 memberi banyak kebaikkan ,kemudahan dan ketenangan dalam hidup kita semua,Amin.Semoga kita jugak berubah menjadi  yg terbaik dikalangan ahli keluarga kita dan menjadi contoh untuk anak2 kita..