CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 November 2010

Tempe goreng berempah..

 

 

Image2294

Salam Isnin semua..hari ni mak et bersiaran langsung dari rumah mak diJb,almaklumlah cuti sekolah dan en hubby pun dah start keja kat Terengganu ..

Erm..hari ni nak entri menu minum petang apa lagi kalau bukan tempe goreng berempah,hehehe makanan istimewa orang jawa n yg bukan jawa jgk macam mak et campuran bugis n jawa hihihi..resepinya macam biasalah dikutip dari banglo  si teruna yg semakin fofuler..Cik Mat Gebusss..Terima kasih yer!

Semalam petang mak et  sempat merajinkan diri meroti boy hehehe..hanya ni jer yg sempat diambik gambar.dapat 16biji..untuk resepi silalh klik sini

Image2277

Jom layan resepi tempe goreng berempah:.

2 paket tempe (yang bungkus dalam plastik) mak et guna yg bungkus dengan daun dlm 8 keping.
2 camca besar tepung jagung
Sedikit air
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 camca teh ketumbah biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan manis*
15 biji lada hitam*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tempe, dikerat dua dan hiris nipis. Gaul kan dengan semua bahan2 diatas hingga rata kecuali air. Tuang sedikit air dan gaul hingga bahan2 menyaluti tempe tadi.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng tempe dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlalu banyak untuk sekali gorengan.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos......

24 November 2010

Jom nguyah bepang kacang..

 

Image2222

Assalamualaikum semua..petang tadi hujan lebat n x dapat nengok tv,en suami pulak ke Terengganu,maka dengan rajinnya mak et ke dapur mengodek bepang kacang..buat nguyah2 diwaktu petang sambil menonton Ulek Mayang hehehee..saja2 je..time mamanya nak tengok tv,waktu lain anak2 yg konker huhuhuhu…

jom layan resepi..terima kasih kepada kak wan di citarasawan diatas resepi yg mudah n sedap..pasni x yah beli kat kedai,sendiri buat..mak et C &P resepinya…thank u kak wan!


Bahan-bahan
300gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
200gm bijan di sangai
200gm gula pasir
2-3 sudu besar air
Loyang empat segi dengan pemotong
Cara-cara :
1.  Gris loyang dengan minyak masak.  Tabur bijan sangai serata dasar loyang diikuti dengan kacang tanah.  Ketepikan.
2.  Masak gula hingga menjadi karamel, masukkan sedikit air ditepi periuk supaya tidak terpercik.   Kacau cepat2.  Kemudian tuang ke dalam loyang berisi kacang tanah hingga rata.
3.  Ambil pemotong dan tekan padat atau potong bentuk empat segi dengan pisau ketika masih panas. 
4.  Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

20 November 2010

Berkorban apa saja..

 

Salam bersua kembali,semoga sihat hendaknya,bagaimana dengan aidil adha yg lalu? Semoga ia membahagiakan anda,mak et dan en suami melakukan ibadah korban di Kg Air Hitam,Muar..

Jom tengok…

DSC_0466Sebelum disembelih..inilah lembu yg ku korbankan..

DSC_0469Bermula dengan bismillah diiringi ngn takbir..sungguh syahdu..

DSC_0482selesai sudah operasi sembelih

Antara saksi kejadian.

DSC_0493DSC_0495DSC_0491DSC_0528

Mereka2 yg amat rajin melaksanakan daging korban

DSC_0544

DSC_0558DSC_0567DSC_0578

DSC_0602

Semoga ibadah korban yg kita laksanakan mendapat ganjaran yg mulia disisiNYA,amin ya rabbal alamin…

13 November 2010

Carrot Cake..erm mabeles!!!

Salam Sabtu yg ceria..apa program hari ni? mak et n d geng akan pulang ke Pontian,rumah nenek mak et..dah lama x jumpa nenek jgk saudara mara di Pontian dan jgk untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mak et di Kg Pt Jerman ..Jerman?? hehehehee..kat Pontian jer..

Sebelum bergerak nak entri kek lobak merah yg dah dibuat pada hari Rabu lepas..x basi tau masih ada lagi dalam peti besiku hehehehee..terima lasih pada Mat Gebu dan kak su Mersing..mak et ikut resepi kedua2nya..apapun   memang mabeles..Cik Mat  saya C& P resepinya yer..cuma tambah kismis ikut kak su Mersing..

Image2101 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

 

Image2092

 

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

11 November 2010

Alhamdulilah Kakak dapat no 3..

DSC_0325 Selamat berhari Khamis semua..hari ni mak et n d geng tengok Balqis ambik hadiah  dan buat persembahan kat Dewan,sempena Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil,dia x dapat sijil sebab baru berumur 5 tahun.

Balqis hanya dapat piala kecemerlangan ,kawannya yg dapat no 1 dan 2 berumur 6 tahun,syukur sangat dia berjaya dengan baik walaupun selalu ponteng sekolah..mama dan papanya selalu g jenjalan,x kan nak tinggal pulak hehehee..Majlis ni membabitkan 7 Sekolah..jadi macam 2 persembahan yg ada..

DSC_0265 Macam2 gelagat anak2 membuat persembahan..

DSC_0247  nyanyian lagu negaraku  dan Tabika Kemas

DSC_0248dikelilingi sang kumbang anak daraku..

 

DSC_0267DSC_0257

berpidato dan bercerita

DSC_0268

DSC_0276 Nyanyian sambil berdrama dan senamrobik

DSC_0284

DSC_0285

 

 

 

 

 

 

 

Pakaian seragam

DSC_0283

DSC_0279

 

09 November 2010

Lemon chicken..

Image2079

Berjumpa lagi,kali ni entri lauk tengahari ni..pertama kali  makan kat Awana Kijal,Terengganu..sungguh sedap sampai teringat2 jer..bilalah nak pergi lagi..huhuhuhuhu..

Bila dah teror berinternet,tergerak hati nak mencari resepi ni dan jumpa di rumah kak Wan,hilang ngidam hehehehee.Terima kasih kak wan,en Abang makan dengan penuh selera,Cik Adik tersenyum simpul ..boleh gitu?

Ok mari kita melayan resepinya dan cuba2lah memasaknya..

Isi Ayam Goreng
Bahan-Bahan
400gm isi ayam 1 s/mkn halia kisar * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

  1. Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
  2. Gaul hingga adunan menjadi sebati.
  3. Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
  4. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
  5. Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
  6. Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
  7. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.

Sos Lemon(Bahan-bahan)

  1. 4 s/mkn jus lemon
  2. 5 s/mkn gula
  3. 3 s/mkn tepung jagung
  4. 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan
  5. 1 s/mkn cuka
  6. Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

Satukan kesemuanya dalam periuk kecil,didihkan sambil dikacau hingga sos agak pekat,rasa  dan tambah apa yg dirasakan kurang.

***Rasa sos haruslah masam manis.***

Deepavali yang memang betul2 deepavali..

 

Assalamualaikum semua..harap2 semuanya sihat ,erm sekejap jer dah 9 hari kita berada di bulan November..minggu depan kita sebagai umat islam akan menyambut Aidil Adha jika dipanjangkan umur,insyaALLAH..

Ok hari ni nak entri cerita hujung minggu lepas..Jumaat petang mak et n famili balik ke Muar,begitulah rutin kami sekeluarga,bergilir2 kalau minggu ni di Muar,giliran seterusnya di Jb..

Image2038

Pagi Sabtu,Cik OLen menunjukkan skillnya memasak masakan malbari,iaitu poori yg dimakan bersama kari ayam..bahan2nya nampak mudah.Malamnya pulak,giliran Cik Ola pulak membelanjakan kami dan ahli keluarga lain makan2 di restoran Johnny' di Batu Pahat(gaji pertama misi)

DSC_0174 Pagi Ahad sekali lagi Cik Olen menyediakan sarapan pagi yg istimewa diberi nama telepaleaapam jugak sedap dimakan bersama kari @ santan pekat yg diletakkan sedikit gula..

Jom layan aksi2 kami:

DSC_0067 DSC_0086DSC_0090DSC_0092 Cik Ola yg sudi belanja makan..

DSC_0079

DSC_0099DSC_0106  Pasangan Ideal

Lepas dah kenyang ada lagi sponsor dari pasangan imigresen..apa lagi kalau bukan main bowling..tp mak et  n Dahlia x join sebab Dahlia dh ngantuk..

DSC_0115Famili yg sponsor acara baling2an..

DSC_0153Balingan cantik dari kakak,diperhatikan anaknya.

DSC_0151DSC_0132