CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 Oktober 2010

Apam mekarku yg mekar..yahuuuuuuuuuuu!!

 

Image2002

Salam Ahad semua,mcmana ngn aktiviti anda semua bersama orang2 yg tersayang?semoga  ia menggembirakan..hari ni mak et membuat apam untuk minum petang,seronok sangat sebab ia mekar semekar2nya ala2 Taman bunga yg mekar setaman cheeewaaahhh!

Jutaan terima kasih kepada sifu2 dunia masakan yg menjadi sumber mak et antaranya kak su72,Kak fida@myresipi dan yg lain2 yg menjadi rujukan mak et sebelum mak et memulakan operasi mengukus..apa yg mak et  boleh katakan ialah semua bahan2 apam ni hampir sama dan hasilnya jgk amat memuaskan..

Ok jom layan resipi yg mak et kutip dari kak fida kota singa di myresipi..terima kasih daun keladi kak..mak et C & P.

Bahan-bahan ( Lebih kurang 60 biji, acuan lompang )
  • 250 g tepung gandum - diayak (2 cwn + 3 sb)
  • 200 g gula halus (1 cwn)
  • 2 sk ovallete
  • 200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn) xada mak et guna 100 plus
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna hijau
  • secukup papercup
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum. diisi dgn papercup dan ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer)

  3. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan hijau.

  4. Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis.

  5. Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar...
  6. ....hingga mekar...sejukkan kuih dan boleh dihidangkan...

  7. di dalam acuan lompang..yg tak mekar sebab tk dialas papercups...

  8. di dalam mangkuk muffin...lebih cantik jika menggunakan magkuk muffin size S...

29 Oktober 2010

Kek lapis pandan

DSC_0045 Salam bertemu kembali semua..semoga semuanya sihat dan bahagia selalu,hari ni mak et nak entri kek lapis pandan yg di kutip dari majalah kegemaran mak et apa lagi kalau bukan dari  majalah Rasa..

DSC_0066

Mak et buat sempena menyambut ulangtahun kelahiran bonda mak et yg ke  53tahun pada 21hb Oktober yang lalu..apa nak buat baru balik Jb minggu ni.. jadi barulah buat pada hari ini ..Bonda mak et ni kalau kek sebiji yg penuh krim dia x berapa suka,jadi mak et buatlah kek lapis pandan,biasanya  geng2 yang  seangkatan usia  dengannya  pasti suka..salah satu sebabnya  x muak,pastu ada campuran kek dan agar2 @ puding..

Jom layanzzzzzzzzz resepinya

 

Bahan2untuk kek:

250g mentega

250g gula halus(mak et kurangkan kepada 200 g)

5 biji telur gred B

250g tepung naik sendiri

1 sudu makan pes pandan

Cara-caranya:

1.Putar mentega dan gula halus hingga kembang.

2.Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan,kemudian masukkan tepung naik sendiri  dan terus putar rata.

3.Masukkan pes pandan dan putar lagi.Kemudian masukkan adunan kedalam loyang .

4.Bakar pada suhu 180C selama sejam,.setelah dipanaskan oven.

 

Bahan2 untuk agar2:

1 kg kek mentega pandan(seperti diatas)

12g serbuk agar2

20g tepung Hong Kwee

110g gula halus

1 tin susu cair

1 liter air

4 helai daun pandan

Pewarna hijau secukupnya

Cara-caranya

:1.Didihkan air,agar2 dan daun pandan didalam periuk ,kacau rata sehingga agar2 larut.

2.Masukkan teoung,susu cair  dan gula ,kacau rata.

3.Masukkan pewarna hijau dan kacau hingga sebati.Tutup api dan biarkan suam.

4.Potong kek menjadi 3 @4 bahagian mengikut kreativiti masing2..mak et potong  3 bahagian.

5.Letakkan  1 bahagian kek didalam bekas yg sesuai.Curahkan bancuhan agar2 ke atas kek tadi.Biarkan separuh beku.

6.Letakkan lapisan kedua kek ke atas puding,curahkan lagi bancuhan agar2 begitu juga untuk lapisan kek ketiga dan curahan agar2  keatas lapisan kek .

7. Sejukkan di dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI KEENAKAN KEK DAN AGAR2..

27 Oktober 2010

Cucur nasi ikan bilis

 

Image1876 Selamat pagi Rabu semua..bumi Segamat hujan dari subuh sampailah sekarang,apa pun kugagahi jua bangun hantar kakak g Sek dan merajinkan diri mencucur...maka jadilah cucur nasi ikan bilis.dikutip dari rumah kak yatie,rasanya wow!! memang sedap cuma mak et tambah lobak merah yg diparut..Terima kasih daun keladi tuk kak yatie kerana menambahkan lagi koleksi cucur..

Mak et C & P resepinyer..jom kita mencucur.

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya

1.Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.

2.Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.

3.Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.

4.Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.

5.Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah

26 Oktober 2010

Almond london..

 

Image1844 Salam Selasa semua..semoga sihat,alhamdulilah bumi Johor dah pun pulih sedikit dari jerebu.Hari ni mak et merajinkan diri membiskut atas permintaan kawan adik yg akan merayakan deepavali minggu depan,kan 1 Malaysia..

Sebenarnya kan nilah kali pertama mak et mem ALMOND LONDON.Banglo sifu Ah Mat Gebu lah menjadi pilihan hatiku..hehehee,terima kasih sifuku.mak et C & P resepinya yer..dapatlah 70biji lagi 20 biji selamat di ngap..

Image1849 Selamat dibungkus..ada pulak jari jemari si kecik Dahlia..

Jom layan resepinya mudah dibawah:


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-

1.Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

3.Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

4.Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....

24 Oktober 2010

Sepetang di Parit Sulong..

 

 

Image1818

Selamat malam semua..oklah sebelum melelapkan mata saja nak entri kisah semalam petang,ngeteh di Parit Sulong selepas ambik Cik Ola turun bas di depan  balai polis PS,lebih kurang pukul 615petang,kami pun  menuju ke warung roti tempayan yg sinonim ngn penduduk di sekitar PS..dah lama x pekena roti tempayan erm sedapnya..

Image1822

ha..ni mak et punya roti tempayan,makan bersama sambal sotong,sedapp!

21 Oktober 2010

Mini bun burger..

 

Image1801

Salam Khamis semua,alhamdulilah cuaca agak sejuk sedikit..erm dah lama x entri,hari nak kongsi cerita meroti ,biasalah bibik melayu yg banyak bekerja keras ,mak et tolong campakkan semua bahan2 je..pastu uli sekejap n bakar maka jadilah mini bun burger,almaklumlah kat rumah ni anak dara masih mini,hehehehe jom layan resepi dari Cik Mat Gebu yg dah semakin glamour seantara asia,terima yer SIFU, mak et C& P resepinya...jgk sekali lagi terima kasih kerana meninggalkan jejak di rumahku yg kadangkala sepi..ceeehhhhhh! 

Image1784 Eh..lupa nak bg tahu bun ni kalau  korang nak letak daging ker,jem ke,suka hati koranglah yer,mak et letak daging burger import dari Billion jer letak mayonis,sos cili n tomato sebab itu jer yg ada dlm esbokku n mak et buat separuh jer dr adunan di bawah..jom layan n selamat meroti..

BAHAN DOH BUN BURGER :-)
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)
BAHAN LAIN :-)
1 putih telur
Bijan secukupnya

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. UNTUK DOH BUN BURGER :- Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kuran 20 minit menguli jika guna tangan). Bulat2 kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

    2. UNTUK BUN BURGER :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. Buat hingga siap. Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau perang keemasan, sejukkan atas jaringan.

      15 Oktober 2010

      Jejak rindu..

      DSC_0668

      Selamat berhari Jumaat semua,semoga ceria selalu.Pada hari Selasa lepas mak et bersama famili jgk mak,abah n cik Apis memulakan pengembaraan ke Trong,Taiping menjejak rindu kat si kecik Haikal..percutian yg dirancang last minute.Mak et jgk sempat singgah di rumah 2 sahabat mak et K.Ime n Aisyah,gumbira rasanya..

      DSC_0685

      DSC_0687Setelah 2 malam berada di Taiping kami bergerak pulang melalui jalan tepi pantai,jgk melihat pemandangan sawah padi di Sabak Bernam,sebelum sempat jgk berposing kat Menara Condong,Teluk Intan..

      DSC_0703DSC_0707DSC_0713

      DSC_0748

       

      Ok layan kenangan kami di Teluk Batik,Sabak Bernam .,

      DSC_0616

      DSC_0614 DSC_0674DSC_0661 DSC_0814 DSC_0820DSC_0799DSC_0800

      10 Oktober 2010

      Epal puff.

      Image1622 Salam Ahad yang indah semua..sarap apa pg ni?mak et nak entri 1 lagi menu yg sesuai untuk mereka 2 yg rajin mcm mak et heheheh..dalam maksudnya tu..mak et kutip resepinya dari Kak su mersing,terima kasih daun keladi orang mersing,mak et c&p resipinya..

        BAHAN-BAHANNYA :-)
      Pastry Puff secukupnya
      2 biji epal hijau
      1/3 cawan kismis
      1 camca besar serbuk badam
      1 batang kayu manis
      2 camca besar mentega
      1 camca besar gula peerang (brown sugar)
      1/4 camca teh garam
      1/2 camca teh tepung jagung

    3. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
    4. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Buat hingga siap.
    5. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada cara u all buatlah..

    6. 08 Oktober 2010

      Semasa ke Petrosains..

       

      Salam berjumpa lagi..ini kisah Jumaat lepas.pergi ngn mami sue,2 anak bujangnya ngn Cik Gapar,Seronok pergi sana bayarannya pun x mahal,banyak ilmu yg boleh kita dapat lebih2 lagi kalau bawak anak2,erm mak budak pun seronok kalah budak2 sekolah..kalau nak kepastian jom layan gelagat2 kami yg sempat ke sana..best sangat2!..

      DSC_0267

      DSC_0298

      DSC_0314DSC_0386 

      DSC_0329

      DSC_0308

      DSC_0355

      DSC_0368

      DSC_0378

      DSC_0394

      DSC_0427

      DSC_0353

      DSC_0454

      DSC_0452

      DSC_0398

      DSC_0348

      Udang mentega nestum..

      Image1616

      Salam Jumaat semua,penghulu segala hari,semoga hari yg mulia ini kita sentiasa bersyukur dengan kenikmatan dan kebahagiaan yg diberikan olehNYA,AMIN..

      Hari ni mak et nak entri lauk semalam,boleh gitu?hehehehhehe..hari ni x masak sebab lauk ni masih ada n boleh dimakan lagipun pasni nak berkemas untuk pulang ke Jb,rumah bondaku..yesss seronoknya!pasni nak membungkus baju2 dan apa2 yg patut untuk diangkut ke JB.

      Resepinya mak et kutip dari zeera@myresipi.com. Terima kasih atas resipi yg ringkas dan menyelerakan..

      Jom layanzzz:

      1kg udang basah(saiz sederhana besar)

      3ulas bawang putih

      10 tangkai cili padi

      2 tangkai daun kari

      1/2 cawan susu cair

      4 sB mentega

      2 sB tepung beras

      1/2 cawan nestum

      Garam n lada sulah

      Minyak untuk menggoreng

      3 biji telur

      Cara2nya:

      1.Gaul udang dengan garam n lada sulah,goreng setengah masak dan angkat,kemudian toskan minyaknya.

      2.Pukul telur,mentega,susu cair dan tepung beras,ketepikan

      3.Panaskan minyakdan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing,kemudian masukkan udang.Sebatikan sehingga UDANG MASAK.

      4.Tuang adunan yang dipukul tadi,gaul rata n akhir sekali taburkan nestum.Sedia untuk dimakan begitu saja @ bersama  nasi panas...

      07 Oktober 2010

      Simply Sinful Cheesecake..

      Image1602

      Selamat berhari Khamis semua..semoga sihat hendaknya,erm kalau x sihat kenalah cari ubat yg bersesuaian..dah beberapa hari x mengentri di blog ala2 Mat Salleh ni hehehe..x sibuk mana pun cuma malas jer sikit,tp keja2 kat rumah tetap berjalan seperti biasalah sehinggalah mood rajin mengekek pun sampai seru pada petang semalam  dan jadilah kek keju yg paling ringkas tp SEDAP, x caya mehlah datang sini rasa..malu? erm malu x dapatlah den nak nolong..tolong makankan jerlah hehehehe..

      Image1603 Sejarah kek ni adalah diambil dari Bro Rozzan..dah lama mak et intip,cuma bila nak operasi jer ,en Abang  ajak g sanalah,sinilah,sinunlah hehehehe,x pergi rugi, apa lagi ikutlah sampailah ke Bandar Seri Putra n Petrosains..best u..cuma ada sedikit penambahan n pertukaran..biasalah tok gurunya Ah Mat Gebu..basenya mak et kutip dari blog Citarasawan n keknya dari Bro Rozzan ,mak et buat separuh adunan jer,almaklumlah tentera2 bersatu di rumahku masih kecik..heheheh..terima kasih untuk sifu Kak Wan n Bro Rozzan.

      Ok sape2 yg buat silalah klik kat nama2 sifu di atas yer...Selamat mencuba n merasa..

      01 Oktober 2010

      Apa Ah Mat Gebu bukak Kelab..?

       

       

      DSC_0604

      Salam 22 Syawal  semua..sekadar berkongsi info untuk sesape 2 yg masih lagi dalam tahap belajar memasak ke mengekek ke memuffin atau sebagainya yg seangkatan dengannya..bolehlah join ngn kelab Cik Mat Gebu dalam facebook..macam mak et ni lah jugak yg masih lagi dalam tahap belajar di dapur..bolehlah join Dapur Tanpa Sempadan di facebook..jom!